Showing posts with label Mathlauddin Idris. Show all posts
Showing posts with label Mathlauddin Idris. Show all posts

Thursday, 6 December 2018

Leadership on The High Seas

Every person was born to be a leader even not to give a command to other person, we still a leader to ourself to lead and choose our own way in our life. Especially we as a students have very big responsible to complete our study and pass the examination with flying colours. In addition we studies in this our belove alma mater in Malaysian Maritime Academy which is mainly focus to become a captain onboard merchant vessel. It is very huge responsible once you become a captain to ensure and manouvre the ship to reach the destination to deliver the precious cargo which is worth million dollars safely to the charterer. A captain also responsible as the golden stripes on his shoulder to handle every single things onboard including small things happen onboard vessel. 
MT Alam Bakti
Leader as a captain onboard merchant vessel to give command to his officers or crews is very important to ensure all crews are doing their task accordingly. Leadership onboard is totally different if we want to campare to manager or supervisor on land because every decision made by the captain need to take consideration every things including cargo onboard. If the captain make a wrong decision its can give bad impact to crew onboard and can leads to death due to accidents which might be happen anytime. 
Myself during onboard
As I experienced during my 12 months seaphase onboard on product tanker vessel MT Alam Bakti, it clearly shows that the leadership of my captain really impress myself to make him as my idol to become captain of merchant ship one day. His name is Captain Nasiadka Janusz from Gdynia, Poland. Obiviously I can observe from his leadership that give very good impact to the crew and the surrounding of the ship. Firstly, He as a captain never take a matter for granted even simple things onboard. He always check the task that he give to their officer to ensure they doing the task properly and correctly. Then, he always give a due every task to their officer. This method can make officer more responsible to complete their job and make themselves to not delay their job and meet the dateline given by the captain. 
Myself during onboard

Secondly, Captain Nasiadka always has a short management meeting every weekend with top 4 onboard to discuss anythings related to their job and to rectify any problem such as machinery problem in engine room or any defect of equipments on deck before arrival at port. This meeting to ensure all the equipment in good condition before start any cargo operation to avoid any bad consequences that can be happen due to mashinery problem. 
MT Alam Bakti
After that, me as his only cadet onboard that really need knowledge to learn and someone to guide me to learn something new related to ship onboard. He always to ensure me to learned something new everyday. He will ask me anythings related to this career and guide me if I do not know how to answer his questions. He also do the same things to all crews that he always do an explaination how to do the task before delegate the task. Its shows the great leader not only give command but show us how to do. Im so grateful to have such a great captain during my first time experience onboard. 

During my cadetship onboard, he was my captain for the first 7 months. I learned a lot from him especially from his leadership that he always show to the all crew. Im really admire him as a captain to command a ship. There still a lot of things and story about his leadership. Since my final just around the corner, i will share with all of you guys for the next entry. Lastly, i want to wish best of luck to all of you. Assalamualaikum. 

Saturday, 1 December 2018

Staffing Management

Source : Google Image
Staffing is the traditional management function of attraction and selection of the best people and putting them on job where their talents and skills can be best utilized. Staffing is the function of human relationship in the organisational structure with competent staff. Staffing in that part of the management function which is concerned with people at work and with their relationship within the organisation.
Source : Google Image
Efficient staffing management begins by hiring the right people for open positions. Hiring efficient, knowledgeable employees will help your business attain a reputation for quality products and service. Hiring undependable or unknowledgeable employees can turn off customers and make you lose business.

Selecting the right people to work together can create an effective team dynamic that leads to more efficient delivery of products and services.
Source : Google Image
In facts, staffing management plan give very big impact in an organisation to ensure having great organisation structure. There are some importance of staffing in an organisation:
  1. Staffing function help on discovering of qualified and obtaining competent personnel for various job in an organisation.
  2. It promotes optimum utilization of human resources.
  3. It can increase job satisfaction and morale of the worker through the adequate remuneration for each job. 
  4. It ensure continuity and growth of the organisation, through development manager. 
  5. It leads to efficient functioning of the organisation due to systematic program for selection, training and appraisal of employees are required by proper staffing function.  
From the point above, we can conclude that it is very important to having proper staffing in an organisation. Meaning that the human resources should be constantly monitored, assessed and adjusted to ensure the company's future success.
Source : Google Image




Thursday, 19 July 2018

IDOLA

Source:Google

Sejarah telah mencatatkan bahawa Islam pernah menguasai sebanyak 2/3 dunia pada zaman kegemilangannya. Kegemilangan tamadun Islam ini berpunca daripada hasil usaha umatnya yang terlalu cintakan untuk melihat agamanya berada tinggi melebihi apa-apa yang ada di bumi ini kerana Islam itu sememangnya tempatnya adalah yang tertinggi.


Kisah mengenai Al-Fateh saban tahun diperkatakan dan langsung tidak membosankan sekalipun diulang tayang berkali-kali. Sekalipun begitu, adakah kita sudah mengenali sosok tubuh ini secara dekat? Beliau juga merupakan salah seorang idola sy sejak kecil lagi. Bukan juga sy sendiri memilih beliau sebagai idola bahkan pemuda2 lain juga memilih beliau sebagai idola sepanjang hidup utk membangkitkan semangat dalam diri masing2. 

1. Latar belakang Diri
Muhammad bin Murad bin Muhammad bin Bayazid atau Sultan Muhammad II adalah nama sebenar bagi Sultan Muhammad al-Fateh. Beliau dilahirkan pada 29 Mac 1432M di Edirne, Turki dan merupakan putera Sultan Murad II dengan Huma Hatun.

2. Gelaran Al-Fateh
Sultan Muhammad II mendapat gelaran ‘Al-Fateh’ (pembukaan), setelah berjaya membuka kota Konstantinople seawal usia 21 tahun (ada pendapat lain mengatakan 19 tahun), sehingga berjaya menghancurkan empayar Rom Byzantine. Bahkan, ketika usianya masih kecil lagi bapanya, Sultan Murad memanggil puteranya itu dengan gelaran ‘Al-Fateh’. 

3. Menguasai Enam Bahasa

Sultan Muhammad Al-Fateh juga berkebolehan menguasai enam bahasa asing iaitu bahasa Turki, Greek, Hebrew, Arab, Parsi dan Latin. Ini memberinya peluang untuk dirinya berkomunikasi dengan masyarakat di persekitaran dan sangat disenangi oleh rakyat serta negara-negara lain yang berhubungan dengan Uthmaniyyah ketika itu.

4. Didedahkan Dengan Pelbagai Ilmu Sewaktu Kecil

Sewaktu kecil, ibunya sering mendekatkan diri Al-Fateh dengan bacaan buku-buku ilmiah mengenai tokoh-tokoh pahlawan Islam agar anaknya itu mencontohi keperibadian ulama terdahulu. Beliau juga didedahkan kepada ilmu geografi dan wilayah Konstantinople setiap kali selepas solat Subuh, walhal ketika itu Al-Fateh masih lagi kanak-kanak. 
Selain itu, beliau juga turut diajarkan ilmu memanah dan peperangan oleh ayahnya.
5. Dididik Oleh Guru Yang Hebat
Bapa Sultan Muhammad Al-Fateh telah melantik Syeikh Aq Syamsuddin; seorang ulama hebat daripada keturunan Saidina Abu Bakar As-Siddiq RA, juga penasihat kerajaan Turki Uthmaniyyah ketika itu untuk menjadi guru kepada Al-Fateh.

6. Kuat Beribadah

Hal ini dapat dilihat tatkala beliau ingin memilih tenteranya. Sultan Muhammad Al-Fateh hanya memilih mereka yang tidak pernah meninggalkan solat fardhu, solat sunat rawatib dan solat tahajjud sejak usia baligh. Namun, tiada seorang pun yang tinggal kecuali hanya beliau seorang.

7. Raja Atau Sultan Yang Terbaik


Salah satu faktor kemenangan tentera Islam di bawah kepimpinan Sultan Muhammad Al-Fateh ketika itu adalah kerana rencananya yang penuh berstrategi. Sudah pasti, ia sudah lama dikaji sebelum apa jua keputusan dilaksanakan. Pemikiran yang kritis dan melangkaui sempadan itulah dimiliki oleh sebaik-baik Raja ini.

Oleh itu, wajarlah bagi kita umat terkemudian ini untuk bersama-sama teladani kisah mereka terdahulu yang sanggup mengorbankan harta mahupun jiwa demi Islam tercinta. Usah tuding jari kepada orang lain, tanyakan pada diri masing-masing, adakah aku telah menyumbangkan sesuatu untuk Islam?
Wallahua’lam.




Tuesday, 29 May 2018

Rempeyek padu

Hampir seminggu berpuasa tapi bahang hari raya aidilfitri kian terasa. Haaa puasa cukup takk minggu pertama bulan Ramadhan ni? Kalau tak cukup tak boleh raya ye guys. Mak korang dekat rumah tuh dah mula ke buat kira2 utk persiapan hari raya untuk tahun ni?? Penting jugak persiapan raya disamping melakukan ibadah2 sesama sepanjang bulan yg mulia ini. Yelah kann banyak bende kot nak kene beli utk raya. Semestinye perbincangan bajet raya wajib diadakan dalam setiap keluarga utk beli baju raya, langsir raya, kuih raya, duit raya utk anak2 dan banyakkk lagi.

Entry kalini sy tergerak hati utk share sedikit utk resepi dan cara2 membuat kuih raya iaitu rempeyekkk! Yelahh kann kite mesti nak sangat kurangkang bajet semasa hari raya kann. So, kite kene lah buat kuih raya homemade bukannya buat kuih tunjuk jee tiap tahun. Banyakkkk sangat penjimatan yg kita dapat kalau buat kuih raya sendiri tau. 

Ni sy nak share sikit kuih yg sy cakap tadi tuh. Tiap tahun jugak lah mak sy buat kuih ni sendiri. Sedappp pulak tuh. Senang jee nak buat dekat rumah tuh. Baca sampai habis ye guys. :)
Source:google

Bahan-bahan:
1 paket tepung beras 
1 cawan ikan bilis ( di blend )
1 biji telur 
2 sudu ketumbar - di blend
1 sudu jintan putih 
1 sudu jintan manis 
1 cawan santan kelapa ( tak perlu pekat sgt )
1 sudu kecil kapur sireh ( bancuh dlm air bg larut ) 
Sedikit garam
Sepeket ikan bilis tuk hiasan 
1/2 kg kacang tanah
Minyak untuk menggoreng 
Acuan rempeyek
Source:google

Cara-cara membuatnya:
Blend rempah td, masukkan dlm adunan tepung ..kemudian masukkan sdikit air , masukkan telur, gaul2 bg sekata , masukkan ikan bilis yg telah di blend td, santan , air kapur dan garam ..gaul2 bg sekata dan tambah sdkit air..hati2 dgn kelikatan tepung ..kene pandai agak, jgn terlalu pekat dan jgn terlalu cair ..
Panaskan minyak dlm kuali..kalau boleh biar minyak byk ..masukkan acuan dlm kuali biarkan panas ...bila minyak sudah panas ..angkat acuan dan tuangkan adunan tepung td guna senduk kecik dan letakkan kacang tanah ,(jgn byk sangat kcg tanah tu takut berat) dan letakkan 1 ikan bilis .. goreng kan... api jgn kuat sgt nti hangus. Buat berulang2 kali , goreng2 sambil terbalikkan . ...dh agak2 kekuningan boleh angkat dan toskan.. buat lagi tanpa henti.
Source:google

Dahh pun siap! Senang je kann buat rempeyek padu ni. Siap ade ikan bilis tuh yg sedap sampai makan sambil menonton tv je. Kuih pun cepat habis bukannye etamu yg makan tapi tuan rumah sendiri yg makan. Berbaloi sangat kalau buat kuih raya sendiri berbanding beli di kedai. Bajet utk buat kuih raya boleh lah simpan utk keperluan lain seperti beli pakaian baru dan sebagainya. 

Sy rasa sampai sini je lah dulu entry kalini. Korang yg baca entry ni make sure cube yee dekat rumah nanti. Ape salahnye bekorban sikit utk raya tahun ni. Jimat pun jimat. Haaa lagi satu! Buat kuih sendiri ni jugak boleh dapat dgn kuantiti yg banyakk. Berbaloi sangat sangat! Jangan tak cube yee utk raya tahun ni. Rugi tauu kalau sia siakan peluang ni. Hehe. Okayy byee assalamualaikum. Jumpa lagi utk next entry. :)
Source:google





Ayam goreng berempah ala MAMAK


Tak payah dh ke kedai mamak! Buat je ni ha, senang je! Sedap gila!
Source:google

Bahan-bahan :

1 ekor ayam, dipotong 12 bahagian
1 biji bawang putih
3 bawang merah besar
20g halia
4 batang serai
15g lengkuas
2 batang daun kari, daun sahaja
2 sudu besar serbuk kari ayam atau daging
2 sudu besar gula
1 sudu besar garam
1 sudu besar lada hitam
minyak masak, cukup untuk mengisi kuali kira-kira 3cm mendalam

Cara Menyediakan Ayam :

Source:google

Kaedah

Dalam pengisar, masukkan bawang putih, bawang merah, halia, serai dan lengkuas, dan kisar sehingga halus. Jika perlu, tambah sedikit air untuk membantu proses pengadunan. Tuangkan campuran ke dalam mangkuk.
Masukkan daun kari, serbuk kari, serbuk pati ayam, gula, garam dan lada hitam ke dalam adunan. Kacau sehingga sebati.
Masukkan ayam ke dalam campuran dan salutkan ayam dengan sama rata. Tutup dan simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya dua jam atau, sebaik-baiknya, semalaman.
Panaskan minyak dalam kuali sehingga ia panas dan bersedia untuk menggoreng, kira-kira 180°C hingga 200°C.
Berhati-hati bila memasukkan ayam ke dalam kuali, dan jangan isi kuali dengan terlampau banyak ayam. Ayam boleh dimasak berkumpulan jika kuali anda tidak cukup besar.
Terbalikkan ayam setiap 4 hingga 5 minit untuk memastikan ayam dimasak dengan sama rata. Warnya kulit ayam yang sudah masak adalah perang keemasan gelap, dan suhu dalaman harus di antara 66°C hingga 73°C. Ia akan mengambil kira-kira 15 hingga 20 minit untuk ayam masak dengan betul, bergantung kepada saiz dan potongan ayam anda.
Rehatkan ayam goreng berempah yang dimasak di atas beberapa tuala kertas untuk mengeluarkan minyak lebihan sebelum dihidangkan.

Source:google
Berhati-hati dengan percikkan minyak panas!

Tips tambahan :

Anda juga boleh gunakan beg ziplock untuk perapan ayam anda. Ia mengambil kurang ruang di dalam peti sejuk berbanding mangkuk besar.
Tidak mempunyai termometer memasak? Anda juga boleh membuang sedikit perapan ke dalam minyak untuk pastikan jika minyak sudah sedia untuk menggoreng. Berikut adalah cara untuk memastikan minyak telah sedia:

Minyak mula menggelegak sekitar perapan bermakna ia sesuai untuk menggoreng
Tiada apa yang berlaku bermakna minyak tidak cukup panas
Minyak mula berasap bermakna minyak adalah terlalu panas dan akan membakar ayam anda pula.
Tutup tangan anda dengan lengan panjang atau kain untuk melindungi dari percikkan minyak panas. Atau gunakan spatula atau penyepit yang panjang.

Source:google
Untuk pastikan ayam anda masak sepenuhnya tanpa termometer memasak, pilih bahagian paling tebal ayam dan potong. Daging yang masak akan berwarna putih dan pejal, dengan jus ayam yang tidak berwarna. 
Jangan hidangkan ayam yang kurang masak!


Sunday, 20 May 2018

Jalur Gemilang

Source : Google
Jalur Gemilang adalah nama rasmi yang diberikan kepada bendera Malaysia idea untuk memberikan nama tersebut diusulkan oleh Dato' Hashim bin Mat Idris memandangkan bendera Malaysia pada waktu itu masih belum mempunyai nama.

Cadangan tersebut telah dikemukakan kepada Perdana Menteri, Mahathir Mohamad dan pada 11 Julai 1995, beliau telah bersetuju supaya diadakan satu peraduan bagi mencari nama sesuai untuk Bendera Malaysia. Penyertaan kali ini dihadkan kepada pihak-pihak tertentu sahaja. 

Cadangan nama bendera yang dikemukakan perlu mengambil kira kriteria yang ditetapkan iaitu nama bendera hendaklah dalam Bahasa Melayu, bersifat emotif, iaitu yang boleh menggerakkan semangat dan kesetiaan kepada bangsa dan negara, serta prosa-prosa yang menarik dari zaman lampau yang melambangkan keperwiraan, kesetiaan dan lain-lain.

Pada 1 Julai 1996, Urusetia telah mengemukakan sebanyak 75 cadangan nama serta ulasan-ulasan dengan mengenai nama-nama bendera yang dicadangkan oleh Ahli-ahli Jawatankuasa untuk pemilihan.
Source : Google

Dari jumlah tersebut, tiga nama telah disenarai pendekkan:
  • Setia Perkasa
  • Seri Setia Perkasa 
  • Seti Setia Negara

Walaubagaimanapun, Jemaah Menteri dalam mesyuarat pada 11 September 1996 telah menolak ketiga-tiga nama tersebut kerana nama-nama terbabit tidak mempunyai kaitan atau huraian perihal bendera itu sendiri dan bersetuju agar cadangan nama baru dikemukakan.

Sususalan dari itu, pihak Urusetia telah menerima sebanyak 28 cadangan nama baru daripada Ahli Jawatankuasa untuk dipertimbangkan. 

Antara nama-nama yang dicadangkan:
  • Rukun
  • Malaysia Raya
  • Jalur Citra Nusa, 
  • Jalur Padu Nusa, 
  • Jogan Nasional, 
  • Jalur Sateria Negara, 
  • Jalur Nusa Gemilang 
  • Jalur Sinar Gemilang
  • N.U.S.A, 
  • Sang Perkasa Wangsa
  • Mega Sakti 
  • Jalur Gemilang 
  • Saga Merah 
  • Wirawan Jaya
Source : Google
Dalam mesyuaratnya yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara pada 2 Juan 1997, Ahli Jawatankuasa telah memilih tiga nama mengikut keutamaan iaitu Jalur Gemilang, Jalur Nusa Gemilang dan Jalur Sinar Gemilang untuk dikemukakan kepada Jemaah Menteri.

Jemaah Menteri akhirnya telah memutuskan untuk memilih Jalur Gemilang sebagai nama baru bagi Bendera Malaysia. Nama Jalur Gemilang telah dicadangkan oleh Encik Redzuan Tumin, Pegawai daripada Jabatan Muzium Negara dan Antikuiti.

Perisytiharan nama Jalur Gemilang pada Bendera Malaysia telah diadakan pada 30 Ogos 1997, jam 11.58 malam oleh Perdana Menteri, Y.A.B Dato'Seri Dr Mahathir Mohamad di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Source : Google






Saturday, 19 May 2018

Marhaban Ya Ramadhan

Source : Google
Bulan Ramadhan merupakan salah satu nikmat sangat agung yang diberikan kepada umat Islam untuk mendapat ampunan dan rahmat Allah SWT. Di bulan Ramadhan seseorang membutuhkan bekal intelektual dan pengetahuan yang cukup untuk bisa menjadi orang yang bershaum sesungguhnya agar bukan sekadar menahan lapar dan haus.Bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh keberkatan. Selain berpuasa, ada banyak amalan sunnah Ramadhan yang dapat menghidupkan lagi keimanan seorang hamba. Rebutlah amalan sunnah di bulan Ramadhan ini. Berikut adalah antara amalan sunnah di bulan Ramadhan yang amat dianjurkan. 
1. BersahurBersahur bukan saja membantu kita mengisi tenaga untuk persediaan berpuasa, tetapi ia juga adalah suatu amalan yang amat dituntut dalam Islam. 
Source : Google



2. Memperbanyakkan Berdoa
Doa orang yang berpuasa adalah mustajab di sisi Allah kerana orang yang berpuasa mempunyai kedudukan yang tinggi dan istimewa apabila mereka berpuasa kerana Allah.
Untuk itu, rebutlah kesempatan sepanjang bulan Ramadhan ini untuk mengecapi tawaran yang amat berharga daripada Allah. Berikut adalah doa yang amat dianjurkan, terutamanya pada 10 malam terakhir Ramadhan.
3. Bersedekah / Memberi Makan Orang BerbukaNabi SAW adalah seorang insan yang paling pemurah, malah Baginda adalah lebih pemurah sewaktu bulan Ramadhan. Dalam salah satu hadis ada menyebutkan tentang keutamaan memberi makan untuk orang berbuka.
“Barang siapa yang memberikan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tersebut, tanpa mengurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa itu” (HR Nasa’i dan Tirmidzi)
Source : Google
4. Saling Mengingatkan Kepada Kebaikan
Puasa bukan sekadar menahan lapar, tetapi juga mengawal nafsu daripada melakukan perkara keburukan. Dengan adanya media sosial pada hari ini, kita cenderung menyebarkan berita yang diketahui kebenarannya.
Maka, cuba jadikan bulan puasa ini sebagai titik tolak agar kita lebih berhati-hati dalam menekan butang share. Pilihlah konten yang baik dan bermanfaat untuk disebarkan kepada rakan-rakan anda kerana secara tidak langsung kita juga dapat saling mengingatkan antara satu sama lain.

5. Menghidupkan 2/3 Malam
Seperti yang kita tahu, dalam bulan Ramadhan inilah Allah menyembunyikan malam Lailatul Qadr, di mana segala amalan akan dilipatgandakan pahalanya sebanyak 1000 bulan. Jika sebelum ini kita sukar untuk bangun malam dan beriktikaf, inilah waktu yang paling tepat untuk memulakannya walaupun dengan sekecil-kecil amalan.
Source : Google

Semoga dapat mengamalkan. Walaupun ada sebahagiannya yang nampak mudah, amalan sunnah Ramadhan ini tak patut dipandang remeh. Lakukanlah sekecil-kecil sunnah kerana ia tetap akan mendapat kebaikan di sisi Allah. Amin ya Rabbi. 







Saturday, 12 May 2018

Puding Cheese Mangga

Hye assalamualaikum guys, last weekend aku ade pergi wedding sedara aku dekat area kl. Wedding die simple but nice gila biasa lahh kan zaman makin moden kan so persiapan punn nice sangat2. Tp tuh bukan main point aku buat entry ni senanya. Aku just nak share ade satu makanan ni sedap gilaaa aku rasa sampaikan aku amik banyak kali kottt! Buat selamber jee amik banyak kali haha sebab sedap kann. Tak makan rasa rugi pulak.
Makanan aku nak share ni aku pun tak pernah nampak sebelum ni and ni first time aku makan makanan ni iaitu puding cheese mangga!! Haaa dengar pun dah terliur kannn haha. Then balik jee kenduri aku terus search google cemana nak buat puding ni. Ni lah aku nak share dekat korang semua resepi dan cara2 nak buat puding cheese mangga. Baca lah sampai habis yee :)
source:Google
Source : Google

Source : Google

Bahan-bahan:

20gm agar agar tali..cuci dulu
5 cawan air
1 cawan gula
2 biji mangga (besar sikit)
1 keping slice cheddar cheese
12 keping biskut creakers (hancurkan)..boleh juga guna biskut marie
2 1/2 cawan susu segar
2 sudu besar tepung kastard..bancuh dengan sedikit air
Secubit garam
Sedikit pewarna oren
Source : Google
Cara-cara:

1) Hancurkan biskut creakers..letak dalam loyang 8 inci..ketepikan
2) Masak agar2 dengan air hingga larut agar2..kemudian masukkan gula..kacau2 rata..perlahankan api
3) Ambil 1 1/4 cawan adunan agar2 tu..tuang dalam loyang biskut tadi..kacau bagi biskut dan agar2 sebati..tekan2 bagi sama..biarkan sederhana beku
4) Lebihan adunan agar2 tadi..masukkan susu segar..cheese..tepung kastard..secubit garam..kacau sebati..perlahankan api
5) Ambil dalam 3 3/4 cawan adunan agar2..tuang perlahan2 atas biskut tadi..biarkan sederhana beku
6) 1 biji mangga..potong2..blend dengan lebihan agar2 dalam periuk hingga hancur..tuang semula dalam periuk..tuang sedikit pewarna oren..masak sebentar..kemudian tuang atas agar2 tadi perlahan2..tinggalkan sedikit agar2 ni lebih kurang 1/2 cawan lebih sikit..biarkan sederhana beku
7) 1 biji mangga lagi..potong dadu kecil2 tabur atas agar2 tadi perlahan2..kemudian lebihan agar2 tu tuang atas mangga..biarkan beku sepenuhnya..simpan dalan peti sejuk 3 jam
8) Boleh keluarkan puding dari loyang (terbalikkan perlahan2 sambil tapak tangan menahan untuk keluarkan perlahan2puding tu)..potong ikut suka..boleh makan 

Haaaaa drpd resepi ni rasa cam mudahh kannn! Nanti dekat rumah boleh lah mintak tolong mak atau kakak utk tolong buat sekali yee. Baru lah sedap makann bersama keluarga dan amat sesuai utk dijadikan pencuci mulut tauuu. Selamat mencuba yee :))

Source : Google




Tuesday, 20 March 2018

Pisang

Pisang merupakan salah satu buah-buahan yg amat digemari penduduk tempatan. bukan juga di Malaysia sahaja, malah negara-negara jiran kita amat popular dgn pelbagai jenis pisang. Di Malaysia sahaja sudah mempunyai lebih dua puluh jenis pisang yg terdiri daripada pelbagai bentuk, ukuran dan rasa. Kegunaanya juga pelbagai bergantung kepada jenis pisang tersebut.

Segelintir penduduk terutama golongan muda masa kini tidak tahu dan tidak mengenali jenis-jenis pisang yg terdapat di Malaysia. Saya juga sejujurnya tidak lah arif tentang jenis-jenis pisang tetapi entry kali ni sy nak share dgn korang semua jenis-jenis pisang.

1. Pisang Emas
Pisang ini hanya bersaiz kecil akan tetapi rasanya sungguh lazat berbanding dgn jenis pisang lain terutama ianya ranum, warna isi dalamnya juga kuning keemasan. pisang ini mudah lebam dan bertukar menjadi kehitaman. Saiz panjang pisang ini selalunya 9cm dan lebar 3.5 cm sahaja. Pokoknya juga kecil sahaja.
Source:Google
2. Pisang Embun
Pisang embun juga antara pidang yg digemari ramai kerana saiznya yg besar dan puas dimakan secara mentah. Di Filipin ia dikenali sebagai ambon dan di Indonesia pula dikenali ambon putih. Tetapi pisang ini perlu dimakan segera kera isi dalamnya tidak tahan lama dan mudah lembik.

Source:Google

3. Pisang Abu
Pisang abu sering digorenguntuk dijadikan pisang goreng yg selalu dijual oleh peniaga. Pisang ini mudah didapati dimana-mana kedai kerana pisang ini selalu dicari oleh peniaga pisang gorang. Daun dari pokok pisang abu pula boleh digunakan untuk alas nasi lemak atau pelapik kuih kerana kekentalannya.
Source:Google
4. Pisang Nipah
Pisang ini juga sesuai digunakan sebagai pisang goreng dan tidak sesuai untuk dimakan mentah. Pokok buah pisang nipah ini ditanam untuk mendapatkan hasilnya,
Source:Google
Ternyata daripada 4 jenis pisang ini kita dapat tahu pelbagai kegunaan setiap jenis pisang yg terdapat di Malaysia ini. Ada banyak lagi jenis pisang kalau sy nak share dalam entry ini tapi sy akan sambung next entry sy kalau ade kelapangan.

Buah pisang juga amat baik untuk kesihatan setiap yg makannya. Pisang adalah salah satu sumber potassium, iaitu menjaga mineral penting untuk penjagaan tekanan darah normal dan fungsi hati. Dinasihatkan juga supaya makan 2 biji pisang dalam satu hari. Semoga entry kali ini bermanfaat kepada pembaca diluar sana. kalau ade sesiapa yg ingin share tentang kelebihan dan kegunaan jenis pisang amatlah dialu alukan memberi pendapat diruang komen. :)


Tuesday, 13 March 2018

Highland Tower

Tragedi 11 Disember 1993 merupakan satu tragedi ngeri yg tidak dapat dilupakan oleh rakyat Malaysia sehingga. Pada tarikh keramat itu, telah berlakunya 1 blok drpd 3 blok setinggi 12 tingkat telah runtuh disebabkan oleh tanah runtuh dibelakang bangunan tersebut. Bangunan tersebut dinamakan Highland Tower. Lokasi kejadian ini terletak di Taman Hillview, Ulu Kelang, Selangor. Tragedi tersebut merupakan satu-satunya tragedi bangunan runtuh yg pertama dan terburuk setelah Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1857. Kejadian menyayat hati seluruh warga kota Kuala Lumpur dan juga seluruh rakyat Malaysia telah meragut seramai 48 nyawa yg direkodkan.
Source:Google
Musim tengkujuh pada ketika iaitu pada bulan November dan Disember itu merupakan faktor utama kejadian bangunan runtuh itu. Hujan lebat bearutan setiap hari tanpa henti menyebabkan banjir, banjir kilat dan tanah runtuh. Takungan air hujan dibelakang blok 1 telah memecahkan tembok tempat parking kereta yg mengakibatkan gelonsoran tanah berlaku. 
Source:Google
Anggota bomba dan penyelamat buntu utk melakukan tugas mereka cari dan menyelamatkan mangsa yg tertimbus dalam runtuhan. Pihak bomba juga pada ketika itu tergamam melihat kejadian tanah runtuh yg sungguh dahsyat buat kali pertamanya. Tetapi, usaha mereka utk menyelamatkan mangsa tidak terputus malah memberi semangat utk menjalankan amanah mereka dan dibantu penduduk setempat. 
Source:Google
Hari berganti hari, malam diganti siang, proses mencari mangsa tertimbus diteruskan lagi utk mengumpulkan mangsa kejadian dan proses pengecaman wajah mangsa oleh pihak keluarga utk dikebumikan. Suasana pilu sepanjang hari selama berminggu kerana kepiluan kejadian tersebut masih segar dalam ingatan penduduk Highland Tower. 
Source:Google
Kini, Highland Tower telah bertahun tahun mereput begitu sahaja. Ramai yg mengatakan blok 2 dan 3 itu menjadi port utk penagih dadah dan mat gian utk melapiaskan nafsu. Tempat ini juga sering dikunjungi kumpulan paranormal untuk pengembaraan dan penyiasatan aktiviti paranormal. 
Source:Google

Source:Google

Source:Google






Monday, 26 February 2018

Kek Batik Oreo

Perfect! Memang sesuai dijadikan pencuci mulut. Rasa manis coklat yg secukupnya tapi bergantung cara pembuatannya jugak lah kan. Pagi tadi baru teringat ramai yg request utk share resepi kek batik oreo. Entry kali ni sy nak share sikit pasal resepi dan cara membuat kek batik oreo. Simple jee nak buat sedap pulak tuh kalau menjadi lah kan.

Sources:Google
Nampak berselera kann tengok. Jangan terliur pulak ye guys. Nanti dekat rumah korang try le huhu. 
Bahan-bahan die murah je dalam RM30 dah lengkap semuanya. Kek ni jugak dikenali sebagai kek jimat sebab senang dan kos pembuatan pun murah! 

Antara bahan-bahan yg diperlukan;
1. 2 cawan milo
2. 3 sudu besar serbuk koko
3. 250g mentega
4. 1/2 tin susu pekat
5. Lebih kurang 30 keping biskut marie (dipatah patahkan)
6. 2 paket biskut oreo (setiap kepong dipotong 4)

Tengok tuh guys! Bahan simple je kannn! Pergi kedai runcit depan rumah pun boleh dapatkannya. Huhu! Then, sy akan explain cara pembuatan kek batik oreo ni secara detail dekat korang ye. Baca sampai habis baru tahu cemana nak buat. 

Cara-cara membuat;
1. Dengan api kecil, cairkan mentega.
2. Tambah susu pekat dan gaul sehingga sebati.
3. Then, tambah milo dan serbuk koko dan gaul sampai tiada ketulan.
Sources:Google
4. Tutup api; masukkan biskut marie yg telah dipatah patahkan dan saul sampai rata kesemua coklat tuh.
Sources:Google
5. Masukkan separuh adunan kedalam baking tin.
6. Tabur kepingan oreo diatas adunan.
Sources:Google
7. Masukkan lagi separuh adunan dan ratakan.
8. Hiaskan adunan anda dgn menyusun kepingan oreo diatasnya.
9. Sejukkam didalam peti sejuk semalam.
10. Kek batik sedia dihidang dan potong mengutuk citarasa potongan anda.
Sources:Google
Dah siap guys! Haih terasa nak buat lagi pulak bila hasil kek batik oreo ni hm. Memang drpd dulu minat sangat dekat kek ni. First time buat pernah jugak lah tak jadi, hampa dibuatnya. Tapi cuba buat sekali lagi alhamdulillah menjadi. Practice make perfect bro! Sedap pulak tuh guys! Kene dgn selera mmg rasa puas hati sangat sangat. Nanti bila ada kelapangan, korang boleh lah try ye dekat rumah. Boleh dijadikan pencuci mulut masa dinner dgn family ye. Tak rugi guys! Make sure try yee. Huhu. 

Okay lah guys, rasanya itu je lah kot utk kali ni. Kalau ade sesapa yg nak tambah resepi atau rahsia drpd nenek moyang korang boleh lah comment dekat entry ni okay. In shaa Allah kite jumpa lagi dekat next entry okay. Bye assalamualaikum sy dahulukan.


Wednesday, 21 February 2018

Gong Xi Fa Cai

Salam 1 Malaysia. Dengar raya jeee, automatik mood cuti on! Tak kira lah raya orang melayu ke cina ke india ke semua orang akan berasa excited utk bercuti. Itulah indahnya negara kita Malaysia yg akan menyambut semua perayaan yg ada di Malaysia ni. Tak kira bangsa dan agama, kite sebagai rakyat bawah naungan bumi Malaysia sewajarnya berbangga dan bersyukur dilahirkan di negara yg aman dan sejahtera ni.

Minggu lepas merupakan tahun baru cina atau Gong Xi Fa Cai yg berasal drpd bahasa mandarin yg bermaksud “tahniah moga mendapatkan lebih kekayaan”. Ucapan ini telah digunakan secara meluas sebelum zaman Dinasti Qin iaitu 221 BC! 

Source:Google
Setiap perayaan di Malaysia ini merupakan cuti umum untuk rakyat Malaysia tidak kira bangsa dan agama. Begitu juga cuti umum kepada kakitangan kerajaan dan juga badan bukan kerajayaan. Semua sekolah juga diberi cuti selama seminggu begitu juga tempat belajar sy iaitu Akademi Laut Malaysia yg diberi cuti agak panjang berbanding institusi yg lain walhal pelajar berbangsa cina dapat dibilang menggunakan sebelah tangan sahaja. 

Gambar Bersama Mr. Chua
Semua pelajar dibenarkan balik ke kampung masing2 pada 14hb yg lepas. Semua pelajar excited tak tahu lah tahap apa sebab kiteorg dekat sini jarang dapat balik lagi lagi student yg dduk jauh dgn ALAM ni. Kelas kiteorang pun habis lebih awal pada hari tuh mmg semua fikiran memasing dah ke kampung! belajar pun dah tak masuk haha. Kelas terakhir harituh pun kebetulan dgn lecturer cina Mr. Chua, kiteorang bergambar dgn dia sebelum balik bercuti. Haha
Lepas habis kelas kiteorg terus makan tengah hari bersama acah make bonding bfr holiday haha. Then, terus balik bilik packing barang dan menantikan detik utk dibenarkan pulang ke kampung. Riuh satu ALAM masa tuh semua beriya nak balik jumpa keluarga tercinta. 
Lunch dgn classmates

Sebelum dibenarkan pulang, semua bilik diperiksa oleh warden utk memastikan semua bilik dalam keadaan tersusun dan kemas. Itu lah praktik dan latihan yg diterapkan dalam diri kami utk memastikan bilik kami in tip top condition.
Pemeriksaan bilik
Last but not least, harap percutian tahun baru cina ni korang semua dapat spend time dgn family memasing sebab ahad ni dah kene lapor ALAM dah. Boleh focus utk study pulak, LA pun berlambak naik cuti dduk rumah tuh rajin2 lahh jenguk buku dalam beg tuh yee. Itu je lahh kot utk entry kali ni share pasal suasana balik bercuti dekat ALAM. Sekiann. :)




INDAHNYA PENGALAMAN

Hye, bertermu kembali untuk blog kali ini.hahaa. Yaa, mungkin ini blog terakhir untuk sesi tahun 2018. Jika deberi kesempatan, bertemu kemba...