Source:Google |
Kisah mengenai Al-Fateh saban tahun diperkatakan dan langsung tidak membosankan sekalipun diulang tayang berkali-kali. Sekalipun begitu, adakah kita sudah mengenali sosok tubuh ini secara dekat? Beliau juga merupakan salah seorang idola sy sejak kecil lagi. Bukan juga sy sendiri memilih beliau sebagai idola bahkan pemuda2 lain juga memilih beliau sebagai idola sepanjang hidup utk membangkitkan semangat dalam diri masing2.
1. Latar belakang Diri
Muhammad bin Murad bin Muhammad bin Bayazid atau Sultan Muhammad II adalah nama sebenar bagi Sultan Muhammad al-Fateh. Beliau dilahirkan pada 29 Mac 1432M di Edirne, Turki dan merupakan putera Sultan Murad II dengan Huma Hatun.
2. Gelaran Al-Fateh
Sultan Muhammad II mendapat gelaran ‘Al-Fateh’ (pembukaan), setelah berjaya membuka kota Konstantinople seawal usia 21 tahun (ada pendapat lain mengatakan 19 tahun), sehingga berjaya menghancurkan empayar Rom Byzantine. Bahkan, ketika usianya masih kecil lagi bapanya, Sultan Murad memanggil puteranya itu dengan gelaran ‘Al-Fateh’.
3. Menguasai Enam Bahasa
Sultan Muhammad Al-Fateh juga berkebolehan menguasai enam bahasa asing iaitu bahasa Turki, Greek, Hebrew, Arab, Parsi dan Latin. Ini memberinya peluang untuk dirinya berkomunikasi dengan masyarakat di persekitaran dan sangat disenangi oleh rakyat serta negara-negara lain yang berhubungan dengan Uthmaniyyah ketika itu.
4. Didedahkan Dengan Pelbagai Ilmu Sewaktu Kecil
Sewaktu kecil, ibunya sering mendekatkan diri Al-Fateh dengan bacaan buku-buku ilmiah mengenai tokoh-tokoh pahlawan Islam agar anaknya itu mencontohi keperibadian ulama terdahulu. Beliau juga didedahkan kepada ilmu geografi dan wilayah Konstantinople setiap kali selepas solat Subuh, walhal ketika itu Al-Fateh masih lagi kanak-kanak.
Selain itu, beliau juga turut diajarkan ilmu memanah dan peperangan oleh ayahnya.
5. Dididik Oleh Guru Yang Hebat
Bapa Sultan Muhammad Al-Fateh telah melantik Syeikh Aq Syamsuddin; seorang ulama hebat daripada keturunan Saidina Abu Bakar As-Siddiq RA, juga penasihat kerajaan Turki Uthmaniyyah ketika itu untuk menjadi guru kepada Al-Fateh.
6. Kuat Beribadah
Hal ini dapat dilihat tatkala beliau ingin memilih tenteranya. Sultan Muhammad Al-Fateh hanya memilih mereka yang tidak pernah meninggalkan solat fardhu, solat sunat rawatib dan solat tahajjud sejak usia baligh. Namun, tiada seorang pun yang tinggal kecuali hanya beliau seorang.
7. Raja Atau Sultan Yang Terbaik
Salah satu faktor kemenangan tentera Islam di bawah kepimpinan Sultan Muhammad Al-Fateh ketika itu adalah kerana rencananya yang penuh berstrategi. Sudah pasti, ia sudah lama dikaji sebelum apa jua keputusan dilaksanakan. Pemikiran yang kritis dan melangkaui sempadan itulah dimiliki oleh sebaik-baik Raja ini.
Oleh itu, wajarlah bagi kita umat terkemudian ini untuk bersama-sama teladani kisah mereka terdahulu yang sanggup mengorbankan harta mahupun jiwa demi Islam tercinta. Usah tuding jari kepada orang lain, tanyakan pada diri masing-masing, adakah aku telah menyumbangkan sesuatu untuk Islam?
Wallahua’lam.
Wallahua’lam.
No comments:
Post a Comment