Sunday 20 May 2018

Jalur Gemilang

Source : Google
Jalur Gemilang adalah nama rasmi yang diberikan kepada bendera Malaysia idea untuk memberikan nama tersebut diusulkan oleh Dato' Hashim bin Mat Idris memandangkan bendera Malaysia pada waktu itu masih belum mempunyai nama.

Cadangan tersebut telah dikemukakan kepada Perdana Menteri, Mahathir Mohamad dan pada 11 Julai 1995, beliau telah bersetuju supaya diadakan satu peraduan bagi mencari nama sesuai untuk Bendera Malaysia. Penyertaan kali ini dihadkan kepada pihak-pihak tertentu sahaja. 

Cadangan nama bendera yang dikemukakan perlu mengambil kira kriteria yang ditetapkan iaitu nama bendera hendaklah dalam Bahasa Melayu, bersifat emotif, iaitu yang boleh menggerakkan semangat dan kesetiaan kepada bangsa dan negara, serta prosa-prosa yang menarik dari zaman lampau yang melambangkan keperwiraan, kesetiaan dan lain-lain.

Pada 1 Julai 1996, Urusetia telah mengemukakan sebanyak 75 cadangan nama serta ulasan-ulasan dengan mengenai nama-nama bendera yang dicadangkan oleh Ahli-ahli Jawatankuasa untuk pemilihan.
Source : Google

Dari jumlah tersebut, tiga nama telah disenarai pendekkan:
  • Setia Perkasa
  • Seri Setia Perkasa 
  • Seti Setia Negara

Walaubagaimanapun, Jemaah Menteri dalam mesyuarat pada 11 September 1996 telah menolak ketiga-tiga nama tersebut kerana nama-nama terbabit tidak mempunyai kaitan atau huraian perihal bendera itu sendiri dan bersetuju agar cadangan nama baru dikemukakan.

Sususalan dari itu, pihak Urusetia telah menerima sebanyak 28 cadangan nama baru daripada Ahli Jawatankuasa untuk dipertimbangkan. 

Antara nama-nama yang dicadangkan:
  • Rukun
  • Malaysia Raya
  • Jalur Citra Nusa, 
  • Jalur Padu Nusa, 
  • Jogan Nasional, 
  • Jalur Sateria Negara, 
  • Jalur Nusa Gemilang 
  • Jalur Sinar Gemilang
  • N.U.S.A, 
  • Sang Perkasa Wangsa
  • Mega Sakti 
  • Jalur Gemilang 
  • Saga Merah 
  • Wirawan Jaya
Source : Google
Dalam mesyuaratnya yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara pada 2 Juan 1997, Ahli Jawatankuasa telah memilih tiga nama mengikut keutamaan iaitu Jalur Gemilang, Jalur Nusa Gemilang dan Jalur Sinar Gemilang untuk dikemukakan kepada Jemaah Menteri.

Jemaah Menteri akhirnya telah memutuskan untuk memilih Jalur Gemilang sebagai nama baru bagi Bendera Malaysia. Nama Jalur Gemilang telah dicadangkan oleh Encik Redzuan Tumin, Pegawai daripada Jabatan Muzium Negara dan Antikuiti.

Perisytiharan nama Jalur Gemilang pada Bendera Malaysia telah diadakan pada 30 Ogos 1997, jam 11.58 malam oleh Perdana Menteri, Y.A.B Dato'Seri Dr Mahathir Mohamad di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Source : Google






No comments:

Post a Comment

INDAHNYA PENGALAMAN

Hye, bertermu kembali untuk blog kali ini.hahaa. Yaa, mungkin ini blog terakhir untuk sesi tahun 2018. Jika deberi kesempatan, bertemu kemba...