Wednesday, 21 February 2018

Gong Xi Fa Cai

Salam 1 Malaysia. Dengar raya jeee, automatik mood cuti on! Tak kira lah raya orang melayu ke cina ke india ke semua orang akan berasa excited utk bercuti. Itulah indahnya negara kita Malaysia yg akan menyambut semua perayaan yg ada di Malaysia ni. Tak kira bangsa dan agama, kite sebagai rakyat bawah naungan bumi Malaysia sewajarnya berbangga dan bersyukur dilahirkan di negara yg aman dan sejahtera ni.

Minggu lepas merupakan tahun baru cina atau Gong Xi Fa Cai yg berasal drpd bahasa mandarin yg bermaksud “tahniah moga mendapatkan lebih kekayaan”. Ucapan ini telah digunakan secara meluas sebelum zaman Dinasti Qin iaitu 221 BC! 

Source:Google
Setiap perayaan di Malaysia ini merupakan cuti umum untuk rakyat Malaysia tidak kira bangsa dan agama. Begitu juga cuti umum kepada kakitangan kerajaan dan juga badan bukan kerajayaan. Semua sekolah juga diberi cuti selama seminggu begitu juga tempat belajar sy iaitu Akademi Laut Malaysia yg diberi cuti agak panjang berbanding institusi yg lain walhal pelajar berbangsa cina dapat dibilang menggunakan sebelah tangan sahaja. 

Gambar Bersama Mr. Chua
Semua pelajar dibenarkan balik ke kampung masing2 pada 14hb yg lepas. Semua pelajar excited tak tahu lah tahap apa sebab kiteorg dekat sini jarang dapat balik lagi lagi student yg dduk jauh dgn ALAM ni. Kelas kiteorang pun habis lebih awal pada hari tuh mmg semua fikiran memasing dah ke kampung! belajar pun dah tak masuk haha. Kelas terakhir harituh pun kebetulan dgn lecturer cina Mr. Chua, kiteorang bergambar dgn dia sebelum balik bercuti. Haha
Lepas habis kelas kiteorg terus makan tengah hari bersama acah make bonding bfr holiday haha. Then, terus balik bilik packing barang dan menantikan detik utk dibenarkan pulang ke kampung. Riuh satu ALAM masa tuh semua beriya nak balik jumpa keluarga tercinta. 
Lunch dgn classmates

Sebelum dibenarkan pulang, semua bilik diperiksa oleh warden utk memastikan semua bilik dalam keadaan tersusun dan kemas. Itu lah praktik dan latihan yg diterapkan dalam diri kami utk memastikan bilik kami in tip top condition.
Pemeriksaan bilik
Last but not least, harap percutian tahun baru cina ni korang semua dapat spend time dgn family memasing sebab ahad ni dah kene lapor ALAM dah. Boleh focus utk study pulak, LA pun berlambak naik cuti dduk rumah tuh rajin2 lahh jenguk buku dalam beg tuh yee. Itu je lahh kot utk entry kali ni share pasal suasana balik bercuti dekat ALAM. Sekiann. :)




No comments:

Post a Comment

INDAHNYA PENGALAMAN

Hye, bertermu kembali untuk blog kali ini.hahaa. Yaa, mungkin ini blog terakhir untuk sesi tahun 2018. Jika deberi kesempatan, bertemu kemba...