Makanan aku nak share ni aku pun tak pernah nampak sebelum ni and ni first time aku makan makanan ni iaitu puding cheese mangga!! Haaa dengar pun dah terliur kannn haha. Then balik jee kenduri aku terus search google cemana nak buat puding ni. Ni lah aku nak share dekat korang semua resepi dan cara2 nak buat puding cheese mangga. Baca lah sampai habis yee :)
Source : Google |
Source : Google |
Bahan-bahan:
20gm agar agar tali..cuci dulu
5 cawan air
1 cawan gula
2 biji mangga (besar sikit)
1 keping slice cheddar cheese
12 keping biskut creakers (hancurkan)..boleh juga guna biskut marie
2 1/2 cawan susu segar
2 sudu besar tepung kastard..bancuh dengan sedikit air
Secubit garam
Sedikit pewarna oren
Source : Google |
Cara-cara:
1) Hancurkan biskut creakers..letak dalam loyang 8 inci..ketepikan
2) Masak agar2 dengan air hingga larut agar2..kemudian masukkan gula..kacau2 rata..perlahankan api
3) Ambil 1 1/4 cawan adunan agar2 tu..tuang dalam loyang biskut tadi..kacau bagi biskut dan agar2 sebati..tekan2 bagi sama..biarkan sederhana beku
4) Lebihan adunan agar2 tadi..masukkan susu segar..cheese..tepung kastard..secubit garam..kacau sebati..perlahankan api
5) Ambil dalam 3 3/4 cawan adunan agar2..tuang perlahan2 atas biskut tadi..biarkan sederhana beku
6) 1 biji mangga..potong2..blend dengan lebihan agar2 dalam periuk hingga hancur..tuang semula dalam periuk..tuang sedikit pewarna oren..masak sebentar..kemudian tuang atas agar2 tadi perlahan2..tinggalkan sedikit agar2 ni lebih kurang 1/2 cawan lebih sikit..biarkan sederhana beku
7) 1 biji mangga lagi..potong dadu kecil2 tabur atas agar2 tadi perlahan2..kemudian lebihan agar2 tu tuang atas mangga..biarkan beku sepenuhnya..simpan dalan peti sejuk 3 jam
8) Boleh keluarkan puding dari loyang (terbalikkan perlahan2 sambil tapak tangan menahan untuk keluarkan perlahan2puding tu)..potong ikut suka..boleh makan
Haaaaa drpd resepi ni rasa cam mudahh kannn! Nanti dekat rumah boleh lah mintak tolong mak atau kakak utk tolong buat sekali yee. Baru lah sedap makann bersama keluarga dan amat sesuai utk dijadikan pencuci mulut tauuu. Selamat mencuba yee :))
Source : Google |
No comments:
Post a Comment