Tuesday 27 February 2018

Siapa Itu Pelaut

 Assalamuaalaikum dan selamat sejahtera semua,hari ni abang nak cerita tentang dunia abang,dunia pelaut,dunia perkapalan.Apabila disebut tentang perkapalan,hanya yang bermain di minda ialahsebuah kapal yang berlayar membelah lautan.Dan isu yang sering dikaitkan kepada pelaut hanyalah:

1)perempuan
2)dadah
3)arak
4)judi

Semua tu cerita buruk buruk je tanpa kita tahu apa yang sebenar dialami oleh kami sebagai pelaut.Jom kita selami apakah yang dialami oleh seorang pelaut.

1)Rindu pada yang tersayang.Serious beb,meleleh juga air mata jantan otai pelaut ni kalau berbulan bulan malah ada yang sampai setahun lebih tak dapat berhubung ngan bini or family.
2)Tekanan kerja atau bahasa yang lebih mudah everyday is monday.Tak ade cuti beb!Boleh bayang tak dalam kehidupan ni,hari hari kerja lebih 8 jam sehari?uisshhhhh,bukan senang wei nak hadap kerja hari hari,itu pun tak kira lagi time ribut laut bergelora semua,nak rest lepas kerja pun tak proper.
3)Susah cari pasangan hidup kerana kebanyakkan perempuan tak boleh terima ditinggalkan suami berbulan.itu pun tak masuk lagi kes yang dah berkahwin,mula mula si isteri cakap faham,tapi akhirnya tak boleh tahan asyik kena tinggal je.
4)Kehidupan atas kapal macam penjara.Ni la pada abang yang paling memeritkan.Hari hari rutin kehidupan kau,kau buat benda yang sama,di tempat yang sama.Borink tahap maksimum.

  Sekarang kita masuk pulak apa cabaran dan risiko kami sebagai pelaut?

1)Kebakaran.
2)Letupan.
3)Eksiden semasa melakukan kerja kerja kami yang bahaya sebagai contoh terjatuh dari tempat yang tinggi.
4)Cuaca yang ekstrrem.
5)Lanun.
6)Manoverboard(jatuh laut)
7)Dan lain2

  Jadi,hasil perkongsian abang ni,abang harap dapat la mengubah pandangan masyarakat kepada pelaut.Jangan dipandang serong kepada semua pelaut,betul,kami bukan malaikat,bukan juga syaitan,tapi kami juga adalah manusia.Ya,memang ada yang sesetengah dari kami melakukan perkara yang tak senonoh.tapi bukan semua.Tanpa kapal,maka tak bergeraklah ekonomi dunia sebab hampir kesemua barang2 seperti minyak,makanan,besi,batu arang dan banyak lagi semuanya diangkut menggunakan kapal.Kami tak minta dihargai,tapi cukuplah sekadar memahami dan mengenali siapakah itu PELAUT.






Working Non stop

Borink

Merindui Keluarga Kami



Semua gambar di atas diambil dari Google images.

Real Playground

Namaste everybody

Entry harini nak share dgn korang apa aktiviti yg biasa aku buat time cuti. Bak kata org aktiviti yg menjana poket lah kan takdelah time cuti duk saje membongak makan tido makan tido hahah. 



Real playground aiteeee

So most of the time bila2 time cuti, kebiasaannya aku akan ikut pakcik aku turun kelaut tangkap ikan. Rezeki dalam air, tak menentu ada masa lumayan ada masa rezeki harian. 



Bot Pokde Zul

Waktu turun kelaut bergantung pada pasang surutnya air. Ada waktu keluar jam 2 ke 3 pagi, waktu subuh, tak kurang juga waktu siang sebelum tengah hari. 


Masa ni turun kelaut waktu tgh hari cari ikan menangin


Lepas 'buang' jaring, mancing dulu boh


Ikan layur antara ikan yg dikejar masa musim 'air mati' 

Ikan layur ni ada 3 jenis layo hitam dan layo kuning, harga bagi layur kuning boleh mencecah sehingga rm30 sekilo. Bagi jenis layo putih ianya juga dipanggil ikan timah. 


Antara hasil ikan berjaya mendarat, caru ada, kembong ada, gelama ada, ikan duri ada, taklupa udang toher yg boleh mencecah harga rm160 sekilo pada musim perayaan 

Antara jenis jaring yg digunakan adalah jenis jaring mata halus


Ikan menangin dan juga ikan 'batang' atau lebih dikenali sebagai ikan tenggiri 


Hasil macing sementara tunggu jaring di 'talor'


The fisherman know that the sea is dangerous and the storm is terrible, but they never found these dangers sufficient reason for remaing ashore - Vincent Van Goh

Pada sahabat sekalian yg teringin nak rasa pengalaman turun kelaut, boleh roger masa cuti nanti. Adios!

Monday 26 February 2018

Kek Batik Oreo

Perfect! Memang sesuai dijadikan pencuci mulut. Rasa manis coklat yg secukupnya tapi bergantung cara pembuatannya jugak lah kan. Pagi tadi baru teringat ramai yg request utk share resepi kek batik oreo. Entry kali ni sy nak share sikit pasal resepi dan cara membuat kek batik oreo. Simple jee nak buat sedap pulak tuh kalau menjadi lah kan.

Sources:Google
Nampak berselera kann tengok. Jangan terliur pulak ye guys. Nanti dekat rumah korang try le huhu. 
Bahan-bahan die murah je dalam RM30 dah lengkap semuanya. Kek ni jugak dikenali sebagai kek jimat sebab senang dan kos pembuatan pun murah! 

Antara bahan-bahan yg diperlukan;
1. 2 cawan milo
2. 3 sudu besar serbuk koko
3. 250g mentega
4. 1/2 tin susu pekat
5. Lebih kurang 30 keping biskut marie (dipatah patahkan)
6. 2 paket biskut oreo (setiap kepong dipotong 4)

Tengok tuh guys! Bahan simple je kannn! Pergi kedai runcit depan rumah pun boleh dapatkannya. Huhu! Then, sy akan explain cara pembuatan kek batik oreo ni secara detail dekat korang ye. Baca sampai habis baru tahu cemana nak buat. 

Cara-cara membuat;
1. Dengan api kecil, cairkan mentega.
2. Tambah susu pekat dan gaul sehingga sebati.
3. Then, tambah milo dan serbuk koko dan gaul sampai tiada ketulan.
Sources:Google
4. Tutup api; masukkan biskut marie yg telah dipatah patahkan dan saul sampai rata kesemua coklat tuh.
Sources:Google
5. Masukkan separuh adunan kedalam baking tin.
6. Tabur kepingan oreo diatas adunan.
Sources:Google
7. Masukkan lagi separuh adunan dan ratakan.
8. Hiaskan adunan anda dgn menyusun kepingan oreo diatasnya.
9. Sejukkam didalam peti sejuk semalam.
10. Kek batik sedia dihidang dan potong mengutuk citarasa potongan anda.
Sources:Google
Dah siap guys! Haih terasa nak buat lagi pulak bila hasil kek batik oreo ni hm. Memang drpd dulu minat sangat dekat kek ni. First time buat pernah jugak lah tak jadi, hampa dibuatnya. Tapi cuba buat sekali lagi alhamdulillah menjadi. Practice make perfect bro! Sedap pulak tuh guys! Kene dgn selera mmg rasa puas hati sangat sangat. Nanti bila ada kelapangan, korang boleh lah try ye dekat rumah. Boleh dijadikan pencuci mulut masa dinner dgn family ye. Tak rugi guys! Make sure try yee. Huhu. 

Okay lah guys, rasanya itu je lah kot utk kali ni. Kalau ade sesapa yg nak tambah resepi atau rahsia drpd nenek moyang korang boleh lah comment dekat entry ni okay. In shaa Allah kite jumpa lagi dekat next entry okay. Bye assalamualaikum sy dahulukan.


ADAKAH BETUL PERLU 8 JAM CAS UNTUK SMART PHONE BARU.


Benarkah kita perlu mengecas phone (cas yang pertama) yang baru debeli untuk jangka masa 8 jam. Mesti korang pernah kan dengar ayat camnikan dan pernah buat. Majoriti sekarang, semua orang mempunyai phone, tak kira muda, dewasa dan kanak - kanak. Hidup tanpa phone pada zaman ini boleh diibaratkan seperti ' katak bawah tempurung'.

Dengan phone, korang dapat mengaccess pelbagai pengetahuan, ilmu, berita dan lain - lain. Disebabkan setiap masa dalam atu hari, korang tidak boleh berjauhan dengan phone, semestinya korang ingin jangka masa bateri yang lama.

Ramai diantara kita percaya untuk pengecasan pertama adalah selama 8 jam. Tidak boleh lebih dan kurang. Alasannya adalah untuk memastikan bateri tersebut dapat bertahan lama untuk dipakai. Perkara ini adalah BENAR untuk bateri jenis nikel kadmium.

BATERI NIKEL KADMIUM, SOURCE BY GOOGLE
Tapi korang perlu tahu, disebabkan zaman dan teknologi yang canggih, kita tidak perlu lagi untuk mengecas sehingga 8 jam. Ini kerana phone yang baru didatangkan dengan Li - Ion atau Li - PO.
BATERI LI - ION, SOURCE BY GOOGLE
BATERI LI - PO, SOURCE BY GOOGLE

Apa yang berbeza antara kedua - dua bateri ini. Haa, mesti korang nak tahukan. Beza antara dua jenis bateri tersebut adalah bateri nikel kadmium mempunyai ' memory effect' manakala untuk bateri Li - Ion tidak mengalami sindrom 'memory effect'.


SOURCE BY GOOGLE

'Memory effect' adalah bermaksud bateri ini akan mengekalkan kapasiti tertentu berdasarkan bagaimana ia dicas untuk kali pertama. Okeyla untuk sekarang. Moga bermanfaat untuk semua. Bye.







akokokokkokkokokk klatee!!

Assalamualaikum gaiz,,,so,harini saya nak share sket pasal kuih kegemaran saya..untung pengetahuan semua..mak saya berasal dari Kota Bharu kelantan,,kebanyakkan makanan di Kelantan agak manis..saya sebenarnya tidak gemar pada makanan yang manis,,tetapi..ad satu jenis kuih ni..saya sngat gemar walaupon rasanya manis..ia degelar akok,,sangat populer di kalangan masyarakat pantai timur terutamanya kelantan dan terengganu..akok ni berbentuk bujur ..ia mengikut saiz acuan yang digunakan
                            http://traditionalkuihkelantan.blogspot.com/2012/05/kuih-akok.html


seperti yang didalam gambar..rupa bentuknya tidak lah menarik,,tetapi rasanya aummmmmmmmmmm!!!..sedap bohhh..sesiapa yang tidak pernah rasa lagi..sangat disarankan untuk merasa makanan ini...

saya ingin share lah sket resepi kuih akok ni since my grandma buatkn untuk cucu dia,,,

so,bahan2 yang diperlukan ialah
1. 1 cawan telur
2.1 cawan santan pekat
3. 1/2 cawan gandum
4. secubit  garam
5. acuan muffin


mudah saja kn bahan2 yang diperlukan untuk membuat akok ni..

cara2nya pulaa

1. panaskan overn selama 15 min suhu 200'c dan griskan muffin tray dengan minyak.masukkan           acuan   ke dalam oven

2.satukan gula kabung,air dan daun pandan.masukkan hingga gula hancur.

3.keluarkan daun pandan,kemudian sejukkan sebentar,

4.masukkan santan,tepung,garam telur dan air gula ke dalam blender,dan blend hingga betul2 
 kembnag

5. keluarkan acuan dari oven dan tuangkan aduna ke dalam acuan tersebut.

6.bakar menggunakan suhu 180'c selama 15-20 min 







                                           https://ms.wikipedia.org/wiki/Kuih_akok




                 http://inilahmalaysia.com/resipi-kuih-akok-kini-anda-boleh-makan-puas-puas/



mudah bukan cara membuat akok...secara tradisionalnya,akok dibakar mengunakan kayu api..dan acuannya dibakar sekali bersama kayu api tersebut,,,tetapi zaman sudah moden dan hanya mengunakan microwave sahaja untuk memudahkan kerja..sekian,,selamat mencuba


Resepi Itik Salai Masak Lemak Cili Api

Haa....kalinie pasti anda terliur dengan entri saya untuk kali nie iaitu makanan yang patut dirasai ketika berada di Negeri Sembilan iaitu Itik Salai Masak Lemak Cili Api.

Bukan senang nak rasa tau masak lemak cili api yang sebenar nie tauu.Mari ikuti saya dalam perkongsian resepi turun temurun ini.



Bahan-Bahan A:


Cili Padi Bersama Kunyit Hidup Ditumbuk
1.Kunyit Hidup (2 ulas)

2.Cili padi hijau secukup rasa
3.Cili padi merah
4.Bawang putih dan merah



Bahan-Bahan B:

1.Asam Gelugor(1@2 keping)
2.Serai(1@2 batang)
3.Santan Kelapa dari kelapa parut seelok eloknya.
4.Potongan Itik Salai



Bahan Bahan C:(Ikut citarasa)

1.Ubi kentang
2.Pucuk Ubi
3.Pucuk Paku
4.Belimbing asam


Okay sekarang bahan bahan pun kita dah tahu,so Kita mulakan dari bahan bahan yang pertama,
Mula-mula tumbuk kesemua Bahan A menggunakan lesung batu,tumbuk sehingga lumat dan podeh ae molekek kek porut bak orng nismilan koba.




Itik salai



Nie Nasihat orang tuo-tuo kalo nak itik salai tuh bau wangi...Ha pastikan time salai tuh guna sabut kelapa tauu,itik tu pulak lumur ngan kunyit bergaram pastu perap ngan daun kunyit,biarkan dalam 30 minit pastu baru lha boleh salai.









Lopeh dah tumbuk bahan A,kita sambung lak dengan Bahan B iaitu selepas itik dah disalai,Masukkan Bahan A tadi dalam periuk bersama dengan itik salai yang dah dipotong tadi kemudiannya masukkan santan dan diikuti dengan asam gelugor,serai yang dah ditumbuk dan kalau ingin menyelerakan Bahan C tuhh...konform torangkek ,wuhuuu,Bab nie jangan lupa tambah garam,gula tauu kang tawar lak gulai tuhh.habis yo dah mendidih maka selesai ye masakan,mudah tak mudah masak lemak cili api nie?Sekarang anda sendiri yang nilai.

Gulai lomak yang dah siap

Jangan lupa selitkan Ulam sekali ye...














Semua Sumber gambar Dari:google image

Friday 23 February 2018

CARA MEMBUAT TELUR ITIK MASIN



Hi korang, setiap kali korang pergi gerai atau restoran, mesti korang pernah terpandang telur masin. Pernah tak korang terfikir macam mana cara untuk membuat telur masin.

Bukan mudah sebenarnya untuk kita membuat sendiri tapi kita boleh cuba kan. Telur masin juga boleh dijadikan pendapatan sampingan untuk sesetengah masyarakat.


PHOTO BY GOOGLE


Apa itu telor masin. Haaa, telur masin adalah telur yang diawet dengan menggunakan rendaman air garam. Kebiasaanya telur masin diperbuat daripada telur itik. Belum pernah lagi saya melihat telur masin diperbuat dari telur ayam. Mungkin ada kot, kot je la kan, hahaa.

Proses untuk menghasilkan telur masin tidak begitu rumit untuk dilakukan. Ianya begitu mudah dan tidak memerlukan peralatan yang mahal.

Nak tahu tak macam mana caranya, caranya adalah seperti berikut:

  1. Pilih telur yang bermutu tinggi, telur yang mempunyai kuning telur yang kemerah - merahan    adalah lebih sesuai.
  2. Masukkan garam dalam air sehingga garam hancur dan biarkan air garam sejuk terlebih dahulu. Setelah air garam sejuk, tuang air garam tersebut ke dalam bekas yang berisi telur.
  3. Pastikan telur tersebut tenggelam di dalam air garam.
  4. Biarkan telur tersebut selama 10 - 11 hari. Jangan lama sangat, nanti tak leh nak makan, hehehe.
  5. Selepas 10 hari, telur masin dah pon siap. Dah pon boleh makan. Mudahkan.

SOURCE BY GOOGLE


JANGAN TERLIUR OKAY 😋 , SOURCE BY GOOGLE



Tapi ada sedikit nota yer.

  1.  satu telur = 1 sudu garam kasar
  2. Jika ingin memasukkan telur yang baru, tandakan 'X ' atau apa - apa je la supaya tidak tertukar dengan yang lain.

Sesetengah orang, diorang tidak menggunakan air garam tetapi menggunakan tanah liat kering dan sekam padi yang dibakar. Tapi cara ini agak sukar untuk mendapatkan sumber tersebut.



TELUR MASIN YANG MENGGUNAKAN KAEDAH TANAH LIAT DAN SEKAM PADI, SUMBER GOOGLE


Sekian sahaja daripada saya, selamat mencuba semua, 💪



Thursday 22 February 2018

BAGAIMANA MUTIARA DIHASILKAN OLEH TIRAM



Sebut je pasal mutiara, mesti korang terbayang kan duit kan. Yer, mutiara adalah perhiasan kecantikan wanita yang mahal. Kebiasaanya mutiara dijadikan sebagai perhiasan untuk kaum wanita, tetapi mutiara juga digunakan sebagai bahan utama untuk produk kosmetik. Hmm, semua untuk perempuan la.


photo by google


Jaga - jaga kalau korang nak belikan mutira nie ( gelang, rantai, etc. ) . Yelah, manatahu nanti korang nak buat suprise anniversary ker. haha. Secara umumnya, mutiara mempunyai 2 jenis iaitu mutiara  asli dan mutiara tiruan. Semestinya harga diantara mutiara tersebut berbeza la okay.

Mutiara asli semestinya lebih cantik berbanding tiruan. Mutiara asli diperoleh secara semulajadi iaitu melalui tiram yang dikutip daripada dasar laut. Macam mana yer tiram dapat menghasilkan mutiara. Korang tahu tak?


photo by google


Haa, sebenarnya ini berlaku disebabkan oleh tindak balas semulajadi. Tiram akan menghasilkan sejenis lapisan yang dipanggil 'narce' yang menyeleputi bendasing tersebut. Nacre merupakan sejenis cecair yang terdiri daripada kalsium karbonat. Ia jugs terdiri daripada protein conchin dan perlucin yang bertindak sebagai gam untuk menyatukan lapisan ini.

Sementara itu, mineral aragonite pula mempunyai struktur kristal. Gabungan ini akan menghasilkan kristal yang seakan bercahaya. Lama kelamaan , lapisan narce akan semakin menebal dan menyeleputi bendasing maka terjadilah mutiara. Yaa, proses ini memakan masa yang agak lama untuk menghasilkan mutira asli. Realiti, tidak kesemua mutiara adalah berbentuk sfera. Ada yang bujur dan tidak sekata.


photo by google


Sementara itu, mutiara tiruan pula dihasilkan dengan menyelaputi lapisan luar manik yang diperbuat daripada gelas dengan pelarut organik yang mempunyai ciri - ciri berkilat. Maka tidak hairanlah mutiara tiruan mempunyai permukaan yang sangat licin dan seakan bercahaya.


photo by google


Itu saja daripada saya, harap perkongsian ilmu ini dapat membantu korang semua di masa hadapan.

Wednesday 21 February 2018

Duty Free

  Hai,yang ni adalah entry ke 4 yang dari abang.Tajuk hari ni yang abang nak cerita tentang tempat Duty Free.Kat mana dalam Malaysia ni adalah duty free?mesti korang ingat kat Pulau Langkawi kan?Tapi abang tak nak cerita kat Langkawi,tapi abang nk cerita kat Kelantan,memandangkan abang kan orang Kelantan..hehhe..

  Kat Kelantan ni ada dua tempat yang duty free,yang pertama adalah di Rantau Panjang,dan yang kedua adalah Pengkalan Kubor.Tapi abang nak cerita satu tempat je hari ni sebab kebetulan family abang nak makan rojak buah di Pengkalan kubor.
Jarak perjalanan ke Pengkalan Kubor ni dari Kota Bharu mengambil masa lebih kurang setengah jam hingga 40 minit bergantung kepada keadaan lalu lintas.Macam mana nak pergi tu pandai pandai la korang bukak waze ke google maps kea apa kea tau just baca papan tanda jalan je pasal jalan di Kelantan ni senang je,yang penting tak de tol..hehhehe

  Ok,sekarang,bila korang dah sampai kat sana,korang akan nampak deretan rumah kedai dan deretan khemah kedai.Semua barang yang jual kat sana tak dikenakan cukai termasuklah GST..hehhe..So,nak dipendekkan cerita,kat sini harga barang memang superb murah.Malah ada sesetengah barang,harganya lebih murah dari Langkawi.So,this is heaven for women,termasuklah mak dengan isteri abang..hehhhe..Jenuh wei menunggu diaorang pilih barang.Dah la lama tunggu,lepas tu banyak lagi beli,berat weiiii nak bawak barang barang tu kat kereta.Dugaan wei bila datang ngan perempuan..hehhe..Contoh barangan yang dijual di sana adalah coklat,pinggan mangkuk,baju,buah buahan,peralatan dapur,nak disingkatkan,semua ada dijual disini,just stanby duit,lepas tu bayar je.hehhe.


  So,bagi yang berminta nak datang ke Kelantan,Pengkalan Kubor ni adalah salah satu tempat yang menarik untuk korang menghabiskan duit untuk shooping pasal harga yang ditawarkan confirm berbaloi baloi..hehhe..Dan untuk orang Kelantan,korang tak payah la nak pergi Langkawi semata mata nak p beli coklat,Pengkalan Kubor lagi murah wei harga coklat dia..Ok,itu sahaja dari abang kali ni..






















ADAKAH IKAN AIR MASIN BOLEH HIDUP DI KAWASAN AIR TAWAR DAN SEBALIKNYA



Pernakah korang terfikir kenapa ikan air masin tidak boleh hidup di dalam air tawar atau sebaliknya. Padahal kesemua ikan mempunyai insang yang sama. Jeng jeng jeng. Jangan gila sudah okay.

Kesemua ikan mempunyai ciri - ciri yang sama, ada insang, ada sirip dan ada ekor. Ikan air tawar seperti ikan kelah, ikan keli dan ikan sepat. Ikan air masin seperti ikan siakap, ikan tongkol dan ikan kembung. Alahhh, ikan yang banyak jual kat pasar laa.



ikan air tawar photo by google




ikan air masin photo by google

Tapi kan, apa yang membezakan antara ikan air tawar dan ikan air masin. Mesti korang nak tahu kan. Yang membezakan ikan dari dua kategori ini ialah mempunyai ciri biologi yang berlainan iaitu proses osmosis.


APA ITU OSMOSIS

photo by google


Osmosis adalah pergerakan air dari cairan yang mempunyai kandungan air yang lebih tinggi (tidak pekat) menuju ke cairan yang lebih rendah (pekat). Kenapa osmosis penting untuk ikan. Sebab, untuk mengimbangkan jumlah air dan zat terlarut di dalam tubuh ikan tersebut. Ini penting untuk menghalang terjadinya perubahan arah pengaliran air yang tidak diharapkan.



photo by google


Maka berakhirlah threat saya untuk kali ini. Jumpa lagi dikemudian hari.




INDAHNYA PENGALAMAN

Hye, bertermu kembali untuk blog kali ini.hahaa. Yaa, mungkin ini blog terakhir untuk sesi tahun 2018. Jika deberi kesempatan, bertemu kemba...