Di bawah saya sertakan kronologi berita yang saya dapat dari laman sesawang astroawani.
PETALING JAYA:Satu kebakaran berlaku di Bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja di Jalan Gasing di sini.
12.20PM: Punca dan impak masih belum dikenal pasti. Buat masa ini, pengguna jalan
raya sedang berkongsi foto serta video kejadian di media sosial.
1PM:
Laporan awal Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) - Setakat ini, 40
peratus bangunan terjejas dalam kebakaran setinggi enam tingkat. JBPM masih
tidak dapat mengenal pasti jika ada kemalangan jiwa atau tidak.
Sejumlah
39 anggota penyelamat dari beberapa buah
JBPM dari Petaling Jaya, Hang Tuah dan Pelabuhan Klang telah digerakkan ke
lokasi kejadian pada 11.58 pagi sejurus selepas mendapat panggilan kecemasan
lima minit sebelum itu.
1.30PM: Dalam mengesahkan kebakaran
tersebut, kenyataan media dari Jabatan Hal Ehwal Korporat KWSP berkata cawangan
dan pejabat Petaling Jaya itu telah ditutup buat sementara waktu.
"Pasukan
Pengurusan Krisis Cawangan sedang bekerja dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat
yang akan memastikan kebakaran tidak merebak ke tingkat lain atau kawasan
sekitar. Memandangkan keselamatan pelanggan dan kakitangan adalah keutamaan
kami, pengungsian bangunan telah dilakukan dan pejabat dan perkhidmatan kaunter
ditutup.
"Kami
ingin memberi jaminan kepada ahli bahawa integriti maklumat dan simpanan ahli
tidak terjejas. Kami akan sentiasa memantau situasi dan akan memaklumkan
sebarang perkembangan setelah operasi cawangan dibuka semula," kata
kenyataan itu.
1:50PM: Sidang media Timbalan
Ketua Pegawai Eksekutif Operasi KWSP, Datuk Mohd Naim Daruwish di lokasi
memberitahu tiada kemalangan jiwa berlaku dan semua pekerja di bangunan itu,
kira-kira 600 orang, terselamat. Pelanggan-pelanggan KWSP yang pada masa
insiden berada di kaunter juga berjaya dikeluarkan.
"Data
pencarum juga selamat kerana kita ada backup data," katanya. "Kita
akan ambil tindakan untuk recovery process secepat mungkin. Our business
continuity plan will be in place."
Beliau
berkata pelanggan KWSP buat masa ini boleh ke cawangan KWSP yang lain untuk
berurusniaga.
2PM: Sidang media Timbalan Ketua
Pengarah JBPM Selangor, Datuk Soiman Jahid mengesahkan, tiada kebakaran berlaku
dalam bangunan, hanya cladding atau lapisan pelindung di luar bangunan yang
terbakar.
"Punca
kebakaran adalah percikan api akibat kerja penyelenggaraan serta cuaca panas
dan angin kuat. Cladding yang digunakan juga adalah bahan mudah terbakar
seperti yang digunakan di Grenfell Tower di London. Bahan cladding ialah
polyethylene (polyfoam), bahan yang mudah terbakar. Ia tidak sepatutnya
digunakan di mana-mana bangunan, terutamanya di bangunan agensi kerajaan,"
tegasnya.
"Bangunan
ni tak terbakar, yang terbakar hanya cladding sahaja!"
Soiman
berkata pihak bomba mengambil masa 30 minit untuk memadamkan api.
No comments:
Post a Comment