Showing posts with label zulfahmi_razak. Show all posts
Showing posts with label zulfahmi_razak. Show all posts

Tuesday, 4 December 2018

experience about leadership onboard


Assalamulaikum  semua, bertemu kita lagi . Dan blog ini adalah blog terakhir sebelum aku grad daripada ALAM.  Tajuk yang aku nk crita pada harini adalah berkenaan pengalaman atas kapal berkaitan leadership. So seperti yang anda tahu, setiap kapal  mempunyai top 4 iaitu kapten, chiefmate,chief engineer dan 2nd engineer. Setiap orang ini memainkan peranan dan tugasan mereka yang tersendiri. Bagaimana cara mereka-mereka ini menunjukkan leadership yang baik untuk dijadikan contoh kepada anak2 buah mereka . jikalau mereka sendiri pun buat kerja mcam melepaskan batuk ditangga takkan la anak buat mereka akan bagus? . semestinya mereka akan mengikut langkah top 4 ini.

Saya akan crita kan pengalaman saya degan seorng chiefmate yang bagi saya dia adalah seorang kurang bijak mengawal anak buah nya . dia mengnggap crew2 ini sebagai robot . hanya mengarah sana sini . langsung tak bagi rehat dan kerja yang berterusan drpda 8 pagi sehingga 6 petang . saya pernah bekerja selama  18jam sehari . apabila saya mengatakan bahawa saya sudah keletihan beliau membalas “ saya pun bekerja dari pagi ,kalau syaa boleh buat takkan awak tak boleh buat”. Apabila dia mengatakan sebegitu saya hanya berdiam diri. Saya mmng tak bboleh melawan kerana merekan yang memberi arahan. Sikap sebegitu sangatlah tidak bagus kerana jika terjadi apa2 , mereka juga yang kena jawab dgn banyak pihak .

Mereka ini sepatutnya comply dengan  MLC 2006, berkaitann dgn rest hour . kami semua berkerja hanya untuk menunaikan tanggungjawab bukan nya menjadi kerahan di atas kapal .
Seterusnya, sebagai kapten, mereka seharus nya memantau rest hour anak buah mereka keran itu adlah tanggung kapten di atas kapal . siapa lagi yang ingin menjga crew slain kapten.  Kapten juga terdapat berbagai kerennah . ada yang baik sangat dan ada yang terlalu kejam . sikap  ini haruslah diubah kerana jiga kapten menunjuk kan hasil kerja yang baik, crew juga akan menjalan kan kerja dgn baik. So suma kerja yang diarahka dapat disiapkan dlm jangka masa yang singkat dan tiada sebarang kecelakaan.

Kadang2 top 4 ini melayan crew mengikut nationality . jika dorang tak suka negaara ini so mereka akan memberikan kerja lebih kepada mereka .

Sebagai kesimpulan nya kita berada diatas kapal hendaklah comply dgn company regulation dan mana2 IMO convention yang berkaitan .   ingatlah bahawa crew juga seorang manusia, mereka mencari makan untuk anak bini semasa bekerja , jadi jaga  lah mereka seperti keluarga kita sendiri.




Monday, 23 July 2018

Planning to achive your Goal !!


REVIEW YOUR GOALS TWICE EVERYDAY IN ORDER TO BE FOCUSED ON ACHIEVING THEM. -LES BROWN-

Setiap orang mesti mempunyai matlamat hidup atau nama inggeris nya adalah ‘goal’ masing2 kn . Lain orang lain matlamat yang ingin mereka gapai. Untuk aku, matlamat hidup aku adalah aku ingin menjadi seorang anak yang berguna untuk ibu dan ayahku. Bukan senang nk membanggakan mereka. Mereka telah mendidik aku sehingga aku berjaya. Apabila aku sudah besar , inilah masanya untuk aku membalas jasa mereka. Untuk aku menggapai matlamat aku, aku mestilah ada planning aku yang tersendiri. Antara planning aku ialah :

Aku ingin menghabiskan diploma aku dengan mendapat keputusan yang cemerlang. Apabila aku convocation, aku ingin melihat mereka bangga dengan keputusan yang aku capai. InsyaAllah aku akan belajar dengan bersungguh-sungguh untuk semester 6 ini dan pass all the requirement untuk Mardep.

my love
sweetnye
Apabila aku sudah mendapat coc class 3 dan bekerja dengan company aku iaitu Eaglestar, gaji yang aku dapat aku mesti bagi sedikit kepada mereka . Aku ingin mengurangkan beban ibu dan ayahku. Daripada kecil mereka telah bertungkus lumus mencari rezeki untuk membesarkan aku. Mereka membeli pakaian sekolahku dan setiap hari mereka memberi duit belanja kepadaku. Tak terkira wang yang telah mereka belanja kan kepadaku.

Selain itu, apabila aku sign off daripada kapal, aku ingin membawa mereka melancong ke luar Negara . Ibu seorang yang kaki berjalan, beliau selalu membuat trip ke luar Negara bersama rakan-rakan nya. Tetapi trip itu hanya yang dekat2 sahaja seperti Indonesia dan Vietnam. Jadi , apabila aku mempunyai wang yang lebih, aku ingin membawa ibu bapaku pergi jauh sedikit seperti ke US atau ke Europe. Sebagai seorang anak aku tahu mereka sangat mengidamkan untuk pergi ke tempat2 tersebut. Oleh itu, cara untuk aku menunaikan impian mereka adalah dengan membawa mereka.

Di samping itu, aku cuba untuk mencari kerja didarat dan membeli rumah berdekatan dengan rumah ibu bapaku . Jikalau mereka sakit, aku boleh menghantar mereka ke hospital pada bila2 masa dan apabila mereka lanjut umur, aku ingin menjaga mereka. Itu adalah tanggungjawab yang sangat besar seorang anak. Jangan membiarkan ibu bapa kita bersendirian. Ini kerana orang tua sangat memerlukan kasih sayang anak2 mereka. Aku akan selalu menjenguk mereka di rumah.

Sebenarnya banyak je lagi planning aku. Seperti yang anda baca, semua nya berkaitan tentang duit. Tak semestinya semua nya perlu dibalas dengan duit. “duit tidak boleh membeli kebahagiaan” yes memang betul tu, tapi dengan cara itu juga boleh membahagiakan mereka selain berbuat baik dengan mereka .


bersama ibu di pagi raya

sebelum beraya ke rumah sedara mara

mozac convocation

Thursday, 19 July 2018

my idol !!!


Setiap orang mesti mempunyai idola mereka yang tersendiri, begitu juga saya. Idola saya adalah seorang insan yang digelar ayah. Beliau diberi nama RAZAK BIN OMAR . Beliau dilahirkan di hospital besar Melaka pada tanggal 21 februari 1968. Daripada kecil beliau dibesarkan di Melaka dan menetap di Melaka sehinggalah kini. Beliau dibesarkan di kampung Bachang Melaka. Beliau mendapat pendidikan awal di sekolah kebangsaan bachang dan pada peringkat sekolah menengah pula di sekolah menengah kebangsaan mushi Abdullah batu berendam. Ayah saya tidak begitu pandai seperti ayah orang lain. Walaubagaimanapun itu tidak menjadi penghalang kepada saya untuk menjadikan beliau sebagai idola saya. Ayah mendapat kerjaya pertama nya di johor bahru dan berpindah ke Melaka . Di Melaka ayah bekerja di kilang Ansell iaitu kilang membuat sarung tangan getah. Ketika bekerja di situlah beliau bertemu dangan ibu saya. Mereka berkahwin dan sehingga kini dikurniakan anak seramai 4 orang dan saya anak yang ke-3.

hari raya 2018

 Pada peringkat awal perkahwinan ayah dan ibu membuka gerai roti canai di kampung alai. Ini kerana ibu menetap di kampung alai. Ketika itu mereka tinggal di rumah datuk saya di Alai. Ketika saya berumur 3 tahun kami sekeluarga berpindah ke bukit beruang Melaka. Setelah itu ayah mencari kerja di area rumah saya dan Alhamdulillah beliau mendapat kerja di CTRM Melaka . Sehingga kini ayah masih bekerja di sana. Ayah mula kerja sebagai orang bawahan sahaja tetapi pada hari ini beliau memegang jawatan sebagai ketua Human Resources di syarikat itu.

Seperti yang anda tahu peranan seorang bapa sangat lah berat kerana ingin menanggung keluarga. Ayah seorang yang tegas dan penyayang.  Ayah pergi kerja siang dan malam tetapi tidak pernah mengabaikan tanggungjawab nya terhadap keluarga. Saya tahu ada kalanya ayah di dalam kesusahan dan kepayahan dalam membesarkan saya namun ayah tidak pernah berputus asa malahan berusaha sebaik mungkin demi saya serta adik beradik yang lain. Namun ayah tidak pernah menunjukkan di depan saya akan masalah yang dihadapi oleh beliau. Ini kerana beliau tidak mahu adik beradik yang lain bersusah hati. Seorang ayah mampu menukar kebahagiaannya dengan apa cara sekalipun untu membahagiakan anak-anaknya. Beliau memberi pendidikan yang secukupnnya dari segi ilmu agama dan keduniaan. Ketika kecil ayah mengajar kami adik beradik membaca Al-quran . Saya sering dimarahi oleh ayah ketika membaca A-Quran.

ayah dan ibu

Sungguh banyak pengorbanan ayah terhadap saya. Ada pada ketika rumah saya dilanda banjir , ketika balik dari sekolah, ayah mendukung saya sejauh 200m untuk pergi kerumah saya. Ayah selalu menyokong saya untuk Berjaya. Beliau turuti semua kehendak saya . ketika saya kecil beliau lah yang selalu menhantar saya ke peraduan mewarna . Ada pada sesuatu hari saya memberontak ingin ke pertandingan mewarna di hotel seri Malaysia . Tetapi sebagai seorang ayah, beliau menghantar juga saya ke sana. Sehingga hari ini saya rasa sangat bersalah kepada ayah . Beliau tanpa jemu memberi nasihat kepada saya. Ketika saya mengambil peperiksaan spm ayah stiap hari berana di surau dan membaca yassin. Selepas spm ayah membawa saya pergi ke perak untuk interview  UTP. Saya diterima untuk menuntut di sana. Saya tahu kos perbelanjaan untuk smbung belajar di sana sangatlah mahal. Tetapi setelah saya berfikir panjang saya tidak ingin menyambung pengajian di sana. Saya menngambil keputusan untuk masuk ke alam.

Ayah adalah idola saya dalam hidup ini tidak dapat dibayangkan jika hidup saya tanpa ayah. Kasih saying ayah diberikan akan saya balas dengan menjadi seorang yang Berjaya, soleh serta bertanggungjawab pada ayah . Maafkan saya ayah jika pernah mengguris hati ayah. Terima kasih ayah.
men in black

pagi hari raya


Sunday, 27 May 2018

ORANG-ORANG GEMOK !!!!

fakta tentang malaysia  (google image)

obesiti
(google image)
Obesiti dapat ditakrifkan sebagai seseorang yang mempunyai berat badan yang berlebihan. Dalam erti kata lain, obesiti ialah badan yang tidak ideal dengan ketinggian. Pada zaman yang semakin pesat dengan revolusi perindustrian seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan, semakin banyak remaja yang menghadapi masalah obesiti. Kebanyakan remaja pada zaman sekarang kurang menjaga bentuk atau fizikal badan mereka. Fenomena ini terjadi kerana para remaja suka makan makanan segera yang tinggi dengan kalori. Remaja menganggap bahawa obesiti sebagai satu fenomena biasa. Buktinya, Institut Jantung Negara (IJN) dalam kajiannya pada tahun 2007 melaporkan bahawa 60 peratus remaja telah menghidap penyakit jantung pada tahun tersebut. Sepatutnya, setiap individu perlu berpegang teguh serta mengamalkan cogan kata yang berbunyi badan sihat, otak cerdas. Persoalannya, apakah punca-punca masalah kegemukan dalam kalangan remaja yang semakin mewabak pada era ini?

Punca masalah obesiti dalam kalangan remaja semakin merebak pada masa ini ialah para remaja tidak mempraktikkan amalan pemakanan seimbang. Pada zaman revolusi perindustrian ini, banyak syarikat makanan segera yang berkalori tinggi dan berlemak tinggi. Bagi ibu bapa yang bekerja, mereka senang dan gembira dengan perkembangan perindustrian makanan segera ini kerana mereka tidak sempat menyediakan makanan untuk anak-anak lantaran berkejar-kejar ke tempat kerja. Jadi, anak-anak dibekalkan dengan makanan segera seperti sosej, nuget, burger dan sebagainya. Senario ini dapat dibuktikan apabila pensyarah dari Unit Makanan dan Kesihatan Universiti Malaya telah membuat bancian mengenai gaya pemakanan harian bagi remaja. Hasilnya, sebanyak 70 peratus remaja yang ibu bapanya bekerja terpaksa mengambil makanan segera sebagai makanan harian. Jelaslah bahawa ibu bapa pada zaman ini lebih mengutamakan hal-hal lain daripada anak sendiri ibarat anak kera di hutan disusui, anak di rumah mati kelaparan. Tuntasnya, remaja zaman ini yang tidak mengamalkan pemakanan seimbang telah menatijahkan obesiti dalam kalangan mereka.

Punca lain bagi masalah kegemukan dalam kalangan remaja kini ialah mereka tidak bersukan dan beriadah. Fenomena ini terjadi kerana mereka leka dengan hiburan daripada kaca televisyen dan corong-corong radio, lebih selesa tidur malah sikap mereka sendiri yang malas untuk bersukan atau beriadah. Remaja yang malas juga tidak suka bersukan mahupun bersosial dengan masyarakat luar. Remaja lebih gemar melakukan aktiviti yang langsung tidak mendatangkan faedah. Buktinya, kita sering melihat remaja kini lebih cenderung melepak, merokok, merayau-rayau dan sebagainya. Mereka berpelesiran ke sana dan ke sini seperti tiada arah tujuan. Sikap ini tentulah tidak mendatangkan kesedaran kepada para remaja untuk menjaga kesihatan diri. Pendek kata, jelaslah bahawa remaja yang kurang gemar bersukan dan beriadah telah menyumbang kepada masalah obesiti yang melanda Malaysia pada alaf baharu ini.
Punca lain tercetusnya masalah kegemukan dalam kalangan remaja juga adalah kerana sikap remaja itu sendiri. Sikap remaja yang tiada pendirian dan suka terpengaruh menyebabkan mereka suka mengambil makanan ringan. Bukan itu sahaja, remaja juga tidak mempunyai ilmu pengetahuan tentang implikasi yang bakal dihadapi oleh mereka jika terlalu banyak mengambil makanan yang berlemak serta berkalori tinggi yang akhirnya akan mengundang penyakit obesiti. Mereka terlalu mengikut hawa nafsu. Apabila syarikat pengeluar makanan segera mencipta produk baharu, mereka akan mengiklankan produk itu kepada orang awam. Cara ini telah menyebabkan remaja terpengaruh oleh iklan-iklan yang yang indah khabar daripada rupa. Unit Psikologi dari Universiti Kebangsaan Malaysia telah menyatakan  bahawa remaja sekarang kurang kesedaran terhadap kesihatan diri mereka. Ringkasnya, sikap remaja itu sendiri akan mengundang masalah obesiti.

Kegemukan dalam kalangan remaja juga berpunca daripada sikap ibu bapa yang kurang menjaga pemakanan anak-anak mereka. Ibu bapa terlalu memanjakan anak-anak bagai menatang minyak yang penuh sehingga mengikut telunjuk mereka. Apabila anak-anak hendak makan apa-apa pun, ibu bapa akan memberikannya walaupun makanan tersebut tidak berkhasiat dan kurang sesuai dengan tumbesaran anak-anak mereka. Ibu bapa akan memenuhi hasrat anak-anak yang ingin makanan segera seperti yang terdapat di Restoren McDonald, Pizza, KFC dan lain-lain lagi. Unit Kesihatan dari Hospital Universiti Malaya telah membuat kajian mengenai ayam goreng di KFC bahawa ayam tersebut mengandungi garam yang tinggi, lemak yang tinggi serta berkalori tinggi yang mengundang sahaja mengundang obesiti malah turut mengundang penyakit kronik yang lain. Konklusinya, kegemukan dalam kalangan remaja bertitik-tolak daripada sikap ibu bapa yang kurang menjaga pemakanan anak-anak mereka sejak kecil lagi

Secara intihanya, beberapa punca yang telah dibincangkan menjadi pencetus masalah obesiti di negara kita. Masalah ini kian serius dan membimbangkan semua pihak. Oleh itu, ibu bapa perlulah menggalakkan anak-anak mereka makan makanan yang berkhasiat. Masyarakat juga haruslah melakukan anjakan paradigma supaya tubuh badan mereka sihat selaras dengan hasrat kerajaan yang ingin melahirkan insan yang badan cergas, minda cerdas. Kerajaan juga boleh mengadakan kempen secara besar-besaran mengenai keburukan obesiti ini. Kempen yang dijalankan juga se
.
wajarnya secara berketiak ular dan bukan bermusim sahaja atau seperti hangat-hangat tahi ayam sahaja. Komitmen daripada semua pihak sudah pasti dapat merealisasikan usaha negara untuk melahirkan masyarakat yang cemerlang, gemilang dan terbilang dalam menuju Wawasan 2020 yang kita semua impikan.
(google image)


(google image)


BAZAR RAMADHAN !!!


Ramadhan tiba lagi !!!!!! 
Alhamdulillah bertemu lagi kita pada ramadhan tahun ini. Syukur kerana Allah memanjangkan umur kita sehingga ramadhan tahun ini . pada bulan ramadhan ini mestilah semua org akn ke bazar ramadhan kn. Sepertimana yang kita tahu, bazar ramadhan adalah merupakan tempat bagi pelbagai juadah berbuka puasa dijual untuk umat Islam ketika bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini.

Anda boleh singgah sebentar untuk memilih hidangan kegemaran anda daripada pelbagai juadah yang dijual di mana-mana bazar berdekatan dengan kawasan sekitar anda.

google image
1. Bazar Ramadhan Melaka Mall (until midnight)
2. Bazar Ramadhan MITC
3. Bazar Ramadhan Bukit Baru
4. Bazar Ramadhan Taman Cempaka
5. Bazar Ramadhan Peringgit
6. Bazar Ramadhan Bukit Beruang
7. Bazar Ramadhan Bukit Katil
8. Bazar Ramadhan Alor Gajah
9.Bazar Ramadhan Masjid Tanah
10.Bazar Ramadhan Duyong
11.Bazar Ramadhan Bemban
12.Bazar Ramadhan Jasin
13.Bazar Ramadhan hang tuah mall


Semoga dengan perkongsian ini, sedikit sebanyak dapat membantu korang untuk membeli juadah makanan di bazar ramadhan Melaka bagi berbuka puasa khususnya kepada orang Melaka sendiri.

Kebaikan Bazar Ramadan


1) Pelbagai pilihan jenis dan kuantiti juadah berbuka dan kuih muih
2)Masa yang cepat dengan membeli terus dan tidak perlu buang masa masak di dapur
3)Memudahkan dan menyenangkan kepada kakitangan yang bekerja 
4)Rezeki yang melimpah ruah kepada peniaga
5)Harga barangan jadi murah di sebabkan persaingan

google image

Keburukan Bazar Ramadan

1)Pembaziran kerana secara automatik kita akan membeli dengan kuantiti banyak di waktu perut kosong, akhirnya makanan tidak habis dan dibuang begitu sahaja.
2)Parkir kenderaan yang susah dan bila meletak kenderaan jauh terpaksa pula berjalan kaki
3)Trafik yang sesak disekitar kawasan bazar mengundang kemalangan jalanraya 
4)Sampah sarap semasa dan selepas berniaga akan bertimbun dan jika tidak diuruskan dengan baik akan menyebabkan bau, menyakitkan mata dan menjejaskan kesihatan
5)Bazar ramadan yang berskala besar dengan berbagai keperluan hari raya akan dibuka sehingga larut malam menjadi tempat pertemuan dan bergeselan lelaki dan wanita terutama di kawasan padat pengunjung, bakal mengundang gejala maksiat.
6)Ramai peniaga yang tidak menutup aurat, tidak solat dengan alasan pakaian kotor malahan ada yang secara terang-terang menyedut air minuman sambil berniaga (tidak berpuasa)
7)Makanan tidak bersih, juadah yang dihidangkan tidak ditutup, mudah terkena habuk dan kotoran serta dihinggap lalat menyebabkan pembeli sakit perut serta ceret beret.
8)Sewa tapak gerai yang mahal tanpa bumbung, belum lagi kira yang pekej kanopi, lagi melambung harganya, pihak ini sengaja mencari kesempatan membuat keuntungan atas angin padahal yang berniaga semua satu bangsa dan satu agama. Akhirnya untuk menampung kos yang tinggi, para peniaga terpaksa menaikkan harga jualan termasuk GST. Inilah pihak yang mengambil kesempatan boleh dikatakan sebagai 'Melayu tipu Melayu'.
9)Penutup pintu rezeki peniaga gerai di tempat lain dengan menyita dan meletak pita keselamatan melarang mereka berniaga dan melarang orang menbeli adalah satu tindakan yang zalim, sedangkan mereka telah berniaga di tempat itu sejak puluhan tahun.

BAZAR RAMADHAN DEPAN MC !!
(GOOGLE IMAGE)

BAZAR RAMADHAN HANG TUAH MALL !!
(google  image)

Saturday, 21 April 2018

MODULAR COURSE

hello, si hrini aku nk crita pasal modular course yang tengah aku amek skrg kat alam. modular course ni sbnarnya ada banyak . ontohnya ialah ecdis,radar, ena , basic fire fighting dan lain2. semua course ini wajib diambil kalau kita nak naik kapal . ianya adalh requirement drpda IMO . course ini adlah untuk menunjuk kn bahwa kita competence untuk melakukan sesuatu kerja di ats kapal. saya nk crita kn dkt anda semua tentang Electronic Navigation Aids(ENA).




Antara topic nya adalah Electo-Magnetic Radiation . bab ini menerangkan pasal there will be magnetic field around the wire when current passing thhrough the wire . the speedof radiation is 3000000 km/s . once the radiation is transmit , there will be no relationship between the antenna . speed radiation ini akan berkurang kerana ianya melalui perbagai  jeniis permukaan.

Seterusnya ialah Hyperbolic Navigation . bab ini menerangkan pasal. radiation antara dua station iaitu Master dgn Slave atau Slave dgn Slave. Hyperbolae terjadi apabila radiation antara kedua2 station tersebut intersect with each other . apabila dia intersect maksud nya kedudukan kapal bolehh berada di situ .

seterus nya kita masuk kepada equipment Loran-C . pada masa kini loran-c ini tidak diguna pakai kerana zaman moden ini kita mempunyai GPS .  GPS tterus bagi lat and long kapal kita tetapi loran c kita yang kena mencari nya sendiri .  4 faktor perlu diambil kira untuk menentukan slave, antaranya ialah;

1) TD gradient
2) baseline extension
3) strength of signal
4) angle of crossing

google image



Terdapat banyk term2 di loran c ini . antranya ialah ECD - envolope cycle different . maksudnya ialah distortion of pulse receive compared to the theoretical shape. maksud lain ialah pulse error to measure time different . seterusnya SNR - signal to noise ratio. mksudnya the quality of signal due to the noise. ratio untuk noise dan pulse mestilah 1 to 1.

Selain itu, ASF- additional secondary factor. ini adalah the reduction of speed of signal due to different surface . terdapat cara untuk masuk kn error bnda ini . dengan cara manual (daripada buku correcction) dan automatic. akhir sekali ialah CYC- cycle matching .  mksudnya the cycle in the pulse . setial pulse ini mempunyai 25 cycle . dan pada cycle yg ke 3 ianya boleh membezakan antara ground wave atau pun skywave.
terdapat juga NORTCH FILTER. ianya berfungsi untuk menyekat frekunsi yang mengacau loran c kita .

kita pergi ke equipment yang seterusnya . GPS . gps ini berfungsi untuk menentukan position kapal kita . selain itu kita boleh select satellitte mana yang kita nk guna atau pun buang . gps ni boleh dalam 2 mode iaitu 2D mode dan 3D mode . 2 D mode ini ialah bila ada hanya 2 benda iaitu latitude dan lonngitude . kalau 3D pula terdpt 3 bnda iaitu, lat, long dan altitude . biasaanya 3D akan digunakanoleh kapal trbng keran dari situ mereka boleh tahu ketinggian kapal terbang mereka semasa terbang di udara.

google image


akhir sekali kita pergi ke equipment yang terakhir iaitu ECHOSOUNDER . function benda i i adalah untuk melihat berapa jarak drpda bawah kapal kita ke dasar laut . equipment  ini sngat penting kerana dari situ kita boleh monitor kapal kita supaya tidak aground . terdpt 3 mode iaitu, surface, tranducer dan UKC. echosounder sngt penting untuk land fall dan offiing . setiap equipment terdapat error . antaranya ialah ;

1) wrong rotation of speed of stylus
2) phytogoras correction
3) zero mark not adjacent to the zero scale
4) variation of velocity of propagation.

false echoes;

1) aeration
2)multiples echo
3) false sounding due to greater depth
4) beamwidth
5) reflection
6)other cause of false echo
7) crossnoise
8) excessive roll and pitch

google image


so itu sahaja dpt saya share kat anda semua . semoga bermanfaat untuk anda .

Ramadhan tiba lagi !!!

Seperti yang anda semua tahu bahawa kita akan menyambut bulan ramadhan tidak lama lagi . jangan ingat nk main mercun dan prgi bazaar ramadhan aje okay . sebagai umat Islam kita di wajib kan untuk berpuasa pada bulan ramadhan. selain itu, kta mestilah membanyak kn membaca kitab suci Al-Quran. kita kena ingat juga apakah kebaikan pada bulan yang suci ini . ramai orng yang tidak tahu kan . so hrini saya nk share sikit lah pasal bulan ramadhan .

google image

google image

 


KEWAJIPAN BERPUASA
Firman Allah ( Ayat Al-Baqarah ayat 183 dan 185 )
"Wahai orang-orang beriman!! Kamu diwajibkan berpuasa sebagimana yang diwajibkan ke atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa".
Bagi orang-orang Islam yang beriman, bulan Ramadhan adalah bulan yang dinanti-nantikan ketibaannya oleh setiap ummat Islam, memandangkan ia bulan yang mulia dan memberi begitu banyak manfaat dan keistimewaan, faedah, fadhilat dan masa depan yang cerah bagi mereka yang tahu dan menghayatinya.
google image

KEUTAMAAN RAMADHAN
Terdapat puluhan hadis Rasulullah saw yang menjelaskan tentang fadhilat dan keutamaan pusa di bulan Ramadhan, bukan sahaja untuk manfaat ummat Islam di akhirat kelak, malah ianya memberi faedah yang besar untuk kesihatan tubuh badan manusia di dunia ini.

ANTARA FADHILAT DAN KELEBIHAN BERPUASA DI BULAN RAMADHAN.
1. Pintu langit dibuka
2. Pintu-pintu syurga di buka

FADHILAT YANG LAIN
1. Mereka yang berpuasa akan mendapat balasan syurga
2. Orang yang berpuasa dimakbulkan permintaanya oleh Allah SWT
3. Orang yang berpuasa mendapat 2 kegembiraan iaitu semasa berbuka dan apabila bertemu dengan Allah pada hari kiamat kelak
4. Orang yang berpuasa mendapat peliharaan Allah Swt
5. Orang yang berpuasa dengan sempurna dijanjikan mahligai yang indah di syurga
6. Setiap kali sujud orang yang berpuasa, dikurniakan 1700 kebajikan, dibinakan mahligai di syurga dan 70,000 malaikat memohon keampunan baginya dari pagi hingga petang.

AMAL IBADAH DI BULAN RAMADHAN
Dalam khutbah terakhir bulan Sya'ban untuk persediaan menghadapi bulan Ramadhan, Rasulullah saw telah memberi nasihat kepada ummat Islam supaya menyempurnakan amal ibadah sepanjang bulan ramadhan, antaranya ialah:
-Solat sunat Tarawih
-Solat-solat sunat yang lain
-Bantu membantu sesama umat islam seperti bersedekah dan seumpamanya
-Memberikan hidangan berbuka puasa
-Banyakkan membaca tahlil
-Banyakkan beristighfar dan bertaubat, memohon keampunan kepada Allah swt
-Banyakkan berdoa memohon syurga dan perlindungan dari azab neraka
--Banyakkan bersabar, kerana bulan Ramadhan adalah bulan kesabaran.
-Tinggalkan dan jauhi dari segala perbuatan maksiat dan kemungkaran, kerana ia boleh menghapuskan ganjaran pahala ibadah kita.

google image


Oleh itu marilah sama-sama kita berpuasa dengan seikhlas-ikhlasnya. Jangan kita hanya berpuasa, kerana ikut orang lain berpuasa atau kerana bapa kita puasa, maka kita juga kena puasa. Hayatilah kelebihan-kelebihan berpuasa, agar kita sempurna di dunia dan di akhirat.


LIFE

morning, "life is not easy unless you know how to manage it". sebagai manusia di muka bumi ini , kita sering berhadapan dengan perbagai masalah seperti duit, rumah tangga, kerja sekolah dan pekerjaan. Kita tak akan lari drpda perkara di atas kerana Allah nk menguji kita. Kalau kita bersyukur dengan nikmatnya nescaya Allah akan memberi nya lagi . Jika kita boros dan menggunakan rezeki ke jalan yang tidak betul tak kan lah Allah nk memberkati nya kan. Sebab itulah ibu bapa kita sejak drpda kecil lagi dh mendidik kita agar menjadi insan yang berguna . Selain itu juga mereka telah menerap kan nilai-nilai murni dalam diri kita sejak dari kecil lagi.

google image


Sebagai pelaut, saya berdepan dengan masalah duit. ianya bukan kerana tak cukup duit, tetapi the way saya menggunakan duit tersebut.shore leave belanja taknak kalah . nak beli barang2 mahal je . hardrock cafe lah, starbuck cup la apa lah . hidup seaman ni macam tu lah . mereka ada duit teteapi mereka menggunakan dengan perkara sia2 . mungkin bagi mereka itu tidak sia2 . depends dkat sesetengah orang lah mcm mna dorang fikir itu.

google image


kalau seperti orang yang bekerja di darat pula , mereka berhadapan dengan masalah duit . di sebabkan mereka mempunyi anak2, kereta, rumah dan motor. bukan lah saya tidak kata org kapal ni tidak memberi nafkah tetapi org didarat lebih banyak menggunakan duit drpda org kat kapal . apabila mereka tiada duit, mereka akan stress dan buntu. sebab itulah adanya kes2 bunuh diri . ini kerana mereka tidak boleh nk memikir kan cara nk mendapatkan duit . ada pula orang yang pergi meminjam ah long . apabila ah long tersebut mengenakan interest yang tinggi mereka tidak dpat membayarnya . jadi ah long itu akan mencari org tersebut, keluarga  dan pergi ke tempat kerja . dari situlah berlaku nya bunuh membunuh.

google image


seperti yang saya alami ketika ini , kehidupan yang saya alami terkadang sulit saya fahami , sedih dan sedih yang saya jalani dalam kehidupan ini , tapi saya selalu berdoa kepa allah agar allah memberi jalan , dan dipermudahkan , saya pernah berfikir untuk meninggalkan dunia ini kerana saya penat dengan kehidupan yang saya alami kerana saya selalu merasa sedihh , ujian yang allah berikan kepada saya terlalu berat , aku benar benar tidak paham dengan kehidupan ini , tetapi setelah saya cuba untuk berikhtiar saya sedar bahawa semuanya ini akan indah pada ahirnya , dan kehidupan didunia tidak selalu sedihh 
.
 Hidup ini selalu saja tidak menyenangkan dan sukar untuk di jalani ,zaman sekarang ini banyak orang yang putus asa dan mengakhiri hidupnya dengan cara yang tidak betul kerana kehilangan pekerjaan,bankrut,kehilangan aset bahkan yang bodohnya karna kehilangan cinta.
Hal tersebut tidak patut kita contoh kerana pada dasarnya kita itu di uji oleh Allah jika kita boleh menghadapinya maka kita akan mendapatkan pahala dari Allah dan Allah juga pasti akan menaikan darjat manusia itu sendiri.Maka kita harus bersabar, kerana sabar adalah kunci dalam menghadapi segala permasalahan.


google image



SHORE LEAVE IN UNITED STATES OF AMERICA

Assalamualaikum guys, so today aku nak crita pasal my first time shore leave in US . Kapal first aku ialah kapal untuk membiasakan diri diatas kapal . So AET telah menetapkan satu kapal ini iaitu Eagle Louisiana sebagai training ship untuk newly cadet . Semua cadet yang AET sponsor akan onboard kapal tersebut dahulu sebelum dipecahkan ke kapal lain . Pada masa itu , terdapat 13 cadet iaitu batchmate saya . Ianya terdiri daripada 9 orang engin kadet dan 4 orang deck kadet . Selain itu, terdapat dua orang designated training officer (DTO) sebagai pembantu atau orng yang incharge akan kami semua . Seorang 2nd engineer melayu dan chiefmate daripada kashmir, India. Kedua2 nya sangat baik . Mereka melayan kami seperti anak2 mereka .


google image




Selepas beberapa hari di atas kapal , tiba masanya untuk kami turun ke darat . Kami di atas kapal itu hnya untuk familiarization . So kami tidak terlibat dgn mana2 operation atas kapal tersebut . Apabila kapal masuk ke port, captain mengatakan kami boleh keluar shore leave. Kami berasa sangat teruja kerana ini adalah pertama kali kali turun ke US . First port saya turun adalah Port Neches. KAmi trun beramai-ramai. Tempat pertama kami pergi ialah  Target mall . Di situ terdapat pelbagai jenis pakaian. Harga nya pun berpatutan .

google image
 


Selepas itu, kami pergi ke kedai gadjet iaitu Best Buy. Di sana terdapat pelbagai alat elektronik . Untuk para gamers digalak kn untuk pergi ke sana kerana terdapat barang2 seperti keyboard dan mouse untuk gamers. Harga nya pun standard2 sahaja . Saya pergi ke sana bukanlah untuk membeli barang2 gadjet, tetapi saya hanya ingin mengguna kan internet sahaja . Internet di sana sangat kuat dan memboleh kn saya video call dengan rakan2 dan family di malaysia .

google image



Selain itu, kami sempat singgah di kedai reject ataupun bundle di US iaitu Ross . DI situ barang2 nya adalah original cuma di reject kerana ada koyak sedikit atau jahitan senget . Disebabkan barang reject, mereka menjual nya dengan harga yang sangt murah . Saya membeli seluar Adidas dengan hanya 8 dollar sahaja . Klau perempuan digalakn kn dtg keran terdapat pelbagai jenis handbag disana .

google image


Selepas kami pergi ke semua tempat , biasa nya destinasi terakhir kami adalah waltmart . ini kerana teksi akan mengambil kami d situ. waltmart ini adalah seperti tesco . Ia menjual barang barangan runcit . Jadi , ibu2 selalumya akan pergi kesana untuk membeli barangan dapur. Benda yang saya suka beli disana adalah coklat . ianya kerana coklat nya mempunyai pelbagai jenis yang tidak terdapat dimalaysia dan harga nya pun murah .

google image

Akhir nya kita dh pun smpai ke penghujung cerita . KAmi naik teksi dan kembali ke kapal . dengan semua penat , terpaksa kembali kerja seperti biasa . itu lah seafarer. kami hanya boleh enjoy sekejap sahaja . Selalu kan lah diri anda untuk turun shore leave kerana dapat menghilangkan stress. terlalu lama atas kapal juga tidak bagus . jadi ini sahaja kita dapat menghilangkan stress.

Tuesday, 20 March 2018

MOTOR BERKUASA TINGGI

My dream motorcycle......

Assalamualaikum, hari ini saya nk ceritakan tentang motor2 berkuasa tinggi yang menjadi kegilaan saya. Sebenarnya banyk je jenis2 motor yang berkuasa tinggi. Tetapi hanya beberapa motor yang menarik perhatian saya. Saya berharap pada suatu hari nnti saya akan memiliki beberapa buah motosikal tersebut . Tetapi saya ada satu masalah . Ianya adalah kerana ibu saya . Ibu saya tidak  membenarkan saya membeli motor berkuasa tinggi . Ini kerana beliau mengatakan motor tersebut tidak selamat dan membazir . Pada masa yang sama ,nanti saya bekerja di laut . so motor tu hanya akan tersidai di rumah sahaja . tiada siapa yang membawanya . bagi saya ia bukan kerana membazir or what . tetapi ianya adalah minat . saya minat dengan motor berkuasa tinggi .

Apa yang saya tahu adalah motor ini terbahgi kepada dua. 1) naked 2) normal superbike  . naked kerana ianya tiada kepala . Dan normal superbike adalah seperti motor GP. Terdpat bnyak perbezaan antara 1000cc, 700cc dan 250cc. Bezanya adalah, saiz enjin dan power enjin tersebut . Jikalau 1000cc ianya boleh pergi lebih laju .

Antara motor yang saya minat adalah :

kawasaki z800
 (google image)
 Gambar diatas ialah motor jenis kawasaki z800 . ianya kerana motor tersebut 800cc. Ini adalah salah satu motor naked yang saya suka kerana bentuk nya ganas macam kerbau. tank minyak nya sangat bsar . jadi ia boleh menympan banyk minyak . tak silap saya full tank adalah rm50.

kawasaki z1000
(google image)

kawasaki z1000 juga adlah antara yangsaya minati . ia nya 1000cc dan enjin nya 4 stroke. maximum power ialah 140 Bhp @ 1000rpm. perbezaan nya dengan z800 ialah, ianya mempunyai 2 ekzos dan z800 hanya mempunyai satu ekzos. ia tidak dikategori kan sebagai motor naked kerana mempunyai kepala . 
kawasaki H2r
(google image)
ini adalah kawasaki h2r . untuk pengetahuan anda semua motor ini adalah motor paling laju di dunia pada masa kini . motor ini hanya lah 998cc dan mempunyai 6 speed . motor ini boleh pergi dari 0-400 km/h dalam masa 26 saat . cuba lah anda bayang kan bertapa laju nya motor ini . maximum performance motor ini ialah 310 ps @ 14000 rpm .

yamaha R1
(google image)
yamaha R1 . motor ini juga antara motor yang paling laju di dunia . tapi saya tidak beberapa ingat motor ini ditangga ke berapa . yang pasti ianya top 5 motor terlaju di dunia . Motor ini mempunyai berat 206kg . Top speed nya boleh mencecah 285 kmph. Pada masa kini yamaha sedang membuat pelbagai model dan engin motor yang boleh mencecah 300kmph. Dengan itu syarikat yamaha mampu bersaing dengan syarikat motor bertaraf dunia.

Apabila saya sudah berkerja dan saya mampu untuk membeli salah satu dripada motor diatas nanti, saya ingin meminta restu ibu bapa saya. Ini kerana restu ibu bapa sangat lah penting . Saya tidak ingin apa2 terjadi kepada saya nanti. InsyaAllah "ONE DAY"

Saturday, 17 March 2018

CHEESEKUT ASLI

hai. minggu ini saya nk share cara-cara membuat cheesekut  yang sedap . kebanyakakn daripada kita

ini menyukai cheese kan . so haritu saya ada membuat cheesekut . saja je try kan . sbb cara-cara

membuat nya tidak menggunakan oven atau bahan bakar . so lagi senang lah nk buat nya . cheesekut

ini dh lama dh popular cuma kadang2 orang malas nk membuat nya kerana ianya cheese . susah nk

mnyimpan nya . ia mestilah disimpan di dalam peti sejuk .





BAHAN-BAHAN RESEPI CHEESEKUT 

Cream cheese 250g (guna brand tatura)

1/2 tin susu pekat(tak kisah brand apa)

biskut cream craker(hup seng)

susu kotak 250 ml (full cream)




CARA-CARA MEMBUAT CHEESEKUT

1. mula-mula masukkn cream cheese , susu pekat dan sedikit susu kotak dan gaulkan sebati.
kemudian pukul sampai kembang . disarankan menggunakan mixer.

2. sediakan bekas acuan ( prefer menggunakan bekas berbentuk segi empat keran senang untuk membentuk biskut.

3. celup biskut dengan susu kotak full cream dan susun ke dalam bekas acuan. kalau ada lubang2  kecil, patah kan biskut dan letakkan di tempat yang berlubang.

4. kemudian sapukan creamcheese diatas biskut yang disusun. kamu boleh ulang semula lapisan itu mengikut cita rasa masing-masing. disaran kan sehingga 4 lapis biskut. 

5. lapisan yang terakhir better korang letak cheese tu lebih sedikit.

6. dah siap. letakkan bekas acuan tadi ke dalam peti sejuk di belah bawah , jangan letak di belah atas pulak. nanti keras berdentum pulak . 






so itu sahaja cara2 membuat cheesekut. senang je kan . saya harap kamu semua boleh la try nya. 

series memang sedap. kalau ada jamuan kelas ke apa ke boleh la buat. kalau anda nk jual pun boleh je 

. bagi student2 tu kan ,kalau nk side income tu boleh je jual cheesekut  ni . modal nya pun xde lah 

mahal mana . selamat mencuba. assalamualaikum. 


INDAHNYA PENGALAMAN

Hye, bertermu kembali untuk blog kali ini.hahaa. Yaa, mungkin ini blog terakhir untuk sesi tahun 2018. Jika deberi kesempatan, bertemu kemba...