Showing posts with label Shahrul Azuan. Show all posts
Showing posts with label Shahrul Azuan. Show all posts

Thursday, 6 December 2018

Kepimpinan Di Lautan

Assalam, good day.

Approaching KIKEH SPAR


Last entry after all, nak cerita serba sikit pasal pengalaman di bawah kepimpinan 5 orang Nakhoda setahun setahun di lautan. Selama setahun berkhidmat, bermacam ragam bermacam gaya kepimpinan dapat dilihat. 

Kebanyakan Nakhoda yg berasal dari Malaysia sendiri lebih tegas berbanding dari luar. Namun kepimpinan seorang captain berasal dari Philippine menjadi tauladan dan contoh terbaik.



Static Tow Ops

Antara sifat dan sikap kepimpinan yg ditunjukkan adalah bersahaja namun tegas dalam membuat keputusan. Keputusan yg dibuat tidak mampu dibantah oleh mana2 pihak termasuk superitendent mahupun pegawai2 di pejabat.


Beliau menerapkan bahawa kekangan kerja tidak sepatutnya menjadi beban, 'kerja takkan pernah habis', jadi beliau sering dan akan pastikan setiap 2 minggu, barbeque akan diadakan.

Sahabat dari awal jejakkan kaki di kapal setahun susah senang bersama

Konklusi entry kalini, jadilah pemimpin yg disenangi dan dihormati orang bawahan,

"You will earn the respect when you respect the others"

Monday, 30 July 2018

Nagbabalak (Planning)

Good day All.
 
Entry kalini nak share pasal 'planning' atau dalam erti kata lain merancang. Seperti kita semua maklum kita hanyalah manusia biasa, insan biasa yang kerdil hanya mampu merancang, disebalik usaha dalam masa yg sama kita berikan, hanya Tuhan berhak menentukan.



Melihat kembali perjalanan hidup yg panjang meniti menuju alam pekerjaan, banyak membuka mata aku sebenarnya. Pada asalnya menyimpan cita2 menjadi pegawai di dalam angkatan tentera namun takdir yg sedia ada tertulis sejak azali bukanlah itu rezeki buatku. 



Cara hidup yg amat berbeza dikalangan orang awam, membuatkan seseorang itu dibentuk identiti dan personaliti mereka. Way too different live as a civilian bak kata orang. 

"May the time heal everything" ternyata benar apa yg dikatakan. Kenyataan akan diterima dimakan waktu. Persepsi orang disekeliling usah dihirau, tomahan mahupun nasihat biarlah berlalu. 



Nasihat buat brothers sekalian yg taklama lagi mengejar lautan, whatever thing we intend to do, biarlah fikir panjang, mungkin takda kesan sekarang tapi mungkin terkesan akan datang. 



So plan seharusnya selari dan sejajar dgn usaha. When youre planning but youre doing nothing, sama je macam nak masak nasi letak air dengan harapan nasi boleh masak tanpa api. 

Best of luck to all. 

Thursday, 19 July 2018

محبوب الجماهير Idola (Bilal bin Rabah)

   Saya tercari-cari siapakah individu terhebat disepanjang sejarah islam untuk dijadikan idola atau contoh pejuang kalimah Allah terhebat di sepanjang zaman!

Sumber kredit google image



   Untuk memenuhi ciri-ciri seorang pejuang hebat ini rasanya amatlah sukar . Sudah tentu dia adalah seorang yang begitu kental fizikal dan mentalnya dengan ujian , begitu tinggi nilai iman dan begitu teguh akidahnya kepada Allah swt, amat menyintai Rasulullah saw dengan sepenuh jiwa dan raganya, sanggup berjuang Fi sabilillah di jalan Allah menentang musuh-musuh Allah dan musuh-musuh Rasulnya , begitu harum namanya disepanjang sejarah dan menjadi sebutan manusia sepanjang zaman, Hatinya penuh dengan keikhlasan dan perwatakannya sungguh terpuji sehingga sebutan dan ucapannya berkumandang dilangit , dan ciri terakhir ialah beliau merupakan sahabat baik nabi dan telah dijamin oleh Rasulullah saw dengan syurga, malah sewaktu hayatnya lagi Rasulullah sudahpun mendengar derap kaki beliau didalam syurga!
    Siapakah manusia hebat itu saudara ? Dia ialah Bilal Bin Rabah !
Bilal lahir di daerah Al-Sarah yang terletak dipinggir Kota Mekah 43 tahun sebelum Hijrah.Ayahnya bernama Rabah dan ibunya bernama Hamamah, seoran wanita berkulit hitam.Sebab itulah Bilal selalu disebut dan diejek dengan gelaran Ibnus-Sauda’ yang bermaksud “Putera Wanita Hitam”. Ibu bapanya adalah hamba dan Bilal dilahirkan sebagai seorang hamba kepada keluarga Bani Abdul Dar.
     Membaca dan menghayati kesedihan dari liku-liku kehidupan manusia hebat ini memberikan satu keinsafan dan semangat juang yang tersendiri buat saya.Cubalah anda semua membaca kisah hidupnya, sudah pasti dada anda sebak dan anda menangis sendirian! Betapa hebat dan besarnya ujian yang Allah swt berikan kepada manusia hebat ini menjadi pengajaran kepada seluruh insan di mukabumi ini.
Sumber kredit google image

   Liku-liku pahit perjalannya hidupnya bermula bila kedua ibu bapanya yang berpindah dari Habsyah untuk mencari penghidupan baru di Kota mekah dirompak di pertengahan jalan, ditangkap dan ditawan, seterusnya dijual di pasar Ukaz, lalu dibeli oleh keluarga Bani Abdul Dar.
     Kedua ibu bapanya dipaksa bekerja siang dan malam dan dilayan dengan kejam oleh tuannya.Mereka tidak diberi makan dan rehat yang cukup. Pernah suatu hari abang kepada Bilal menangis kerana terlalu lapar, lalu ibunya mengambil sekeping sisa roti dari rumah tuannya, namun bila ternampak oleh tuannya, ibu Bilal di pukul dan roti tersebut disentap dari tangan abangnya lalu dilemparkan kepada seekor anjing, bagi tuannya Bilal dan keluarganya lebih hina dan jijik dari seekor anjing.
     Bila abangnya Sahib dan Bilal meningkat remaja, abangnya telah dijual sebagai hamba di yaman, namun nasib abangnya agak baik kerana dia telah dibeli oleh sepasang suami isteri yang kaya tetapi tidak mempunyai anak, lalu dijadikannya Sahib anak angkat mereka.
  Ibunya meninggalkan dunia akibat kerinduan yang teramat sangat kerana berpisah dengan anaknya Sahib dan akibat selalu dipukul dengan teruk oleh tuannya.Selepas ibunya meninggal, ayahnya pula turut meninggal dunia kerana sakit tenat.
   Selepas ayahnya meninggal dunia, Bilal diserahkan kepada tuan yang baru, iaitu Umaiyah Bin khalaf.Walaupun Bilal seorang hamba yang rajin, jujur dan amat mematuhi suruhan tuannya, tetapi bila Umaiyah mendapat tahu Bilal telah memeluk islam, dia mula menyiksa Bilal tanpa belas kasihan supaya Bilal kembali ke agama asal mereka. Bilal enggan tunduk dan mengikut kemahuan tuannya kerana hatinya telah diserikan oleh bunga-bunga iman. Dia beriman kepada Allah dan RasulNya Muhammad saw.Bagi dirinya dunia dan segala isinya sudah tidak bererti lagi jika dibandingkan dengan nikmat islam dan manisnya iman yang dikecapi dalam hatinya.
   Pada mulanya, Bilal dipukul, kemudian dia diarak keliling Kota Mekah. Selepas itu Bilal dijemur di atas pasir ditengah panasnya bahang matahari, dia diseksa dan tidak diberikan makanan dan minuman. Ketika matahari berada tegak diatas kepala dan padang pasir panas membara, Bilal dipakaikan baju besi dan dijemur. Tubuh Bilal disebat dengan cemeti dan dadanya ditindih dengan batu besar. Sudah berbagai bentuk penyeksaan dan taktik yang dilakukan oleh Umaiyah kepada Bilal, namun keimanan Bilal tidak pernah luntur malah lebih menghairankan Umaiyah ialah keimanan Bilal makin bertambah.
   Bila Umaiyah memaksa Bilal menyebut nama Tuhan mereka al-Latta dan al-Uzza, Bila tetap dengan iman dan takwanya mempertahankan dan menyebut kalimah “Allah, Allah, Allah,…. Ahad, Ahad, Ahad ..”
   Berita penyeksaan yang begitu kejam itu akhirnya sampai kepada pengetahuan Abu Bakar as-Siddiq, lalu Abu Bakar pun pergilah menemui menemui Umaiyah untuk membeli dan menebus Bilal tanpa tawar menawar dengan harga 9 uqiyah emas. Umaiyah berkata, jika Abu Bakar meminta untuk dikurangkan harga Bilal kepada 1 uqiyah emas pun dia sanggup menjualnya, lalu Abu Bakar berkata lagi, jika Umaiyah meletakkan harga Bilal sehingga 100 uqiyah emas pun dia sanggup membelinya. Abu Bakar pun mengambil Bilal lalu memerdekakannya! Bagi Abu Bakarr, Bilal adalah seorang manusia hebat dan kukuh imannya. Bila kisah ini diceritakan oleh Abu Bakar kepada Rasulullah saw, maka Rasulullah saw pun terus menyampaikan hasratnya untuk berkongsi wang tebusan Bilal tetapi Abu Bakar mengatakan bahawa dia telah menyelesaikan bayaran itu dengan menggunakan wangnya sendiri! Inilah kisah pengorbanan , kasih sayang, perpaduan, persaudaraan dan permuafakatan yang indah dizaman rasulullah saw!
   Dari seorang hamba abdi, Bilal diangkat darjatnya disisi Allah berkat kesabaran dan kegigihannya mempertahankan kalimah Allah, kalimah iman yang amat disayangainya.Dia dilantik menjadi tukang azan Rasulullah saw sehingga laungan azannya bergema 5 kali sehari diseluruh penjuru Kota Mekah dan Madinah malah melepasi langit yang 7 lalu bergema di Arasyh Rabbul Jalil.Seluruh para malaikat di langit menanti-nantikan suara Bilal melaungkan azan setiap hari.Ada satu cerita seorang yang dengki dan irihati dengan Bilal telah membodek rasulullah saw untuk menggantikan Bilal untuk melaungkan azan, tetapi malangnya azan itu dilaungkan secara tidak ikhlas sehingga suara azan tidak bergema seperti selalu dilaungkan oleh Bilal di langit lalu malaikat pun bertanya kepada Rasulullah tentang hal itu.
   Bilal menyertai semua peperangan dijalan Allah di zaman Nabi Muhammad saw. Kewafatan Nabi saw, memberikan kesan yang cukup mendalam bagi Bilal, betapa sayangnya Bilal pada Rasulullah saw tidak dapat digambarkan dengan kata-kata! Sehinggakan Bilal tidak mampu melaungkan azan lagi, kerana bila tiba pada perkataan Muhammad itu, hatinya terus sebak dan air matanya terus mengalir! Selepas itu Bilal tidak mahu lagi menjadi bilal walaupun puas dipujuk oleh sahabat-sahabat Nabi saw, bukan dia tidak mahu, tetapi dia tidak mampu!!!
   Pada zaman Khalifah Abu Bakar, Bilal memohon untuk pergi berperang, tetapi tidak dibenarkan oleh Abu Bakar dengan alasan beliau masih memerlukan khidmat Bilal di Madinah. Mungkin Abu Bakar sudah dapat membaca isi hati Bilal yang sangat merindui mati syahid untuk bertemu dengan orang yang sangat dicintainya iaitu Muhammad saw! Ini adalah kerana kewafatan baginda merupakan satu kehilangan yang besar bagi Bilal.
   Sekali lagi pada zaman Khalifah Umar, Bilal memohon untuk menyertai angkatan perang islam menentang tentera Rom lalu diizinkan Saidina Umar. Kesempatan itu digunakan oleh Bilal secukupnya , beliau telah membawa isterinya turut sama berperang bersama tentera islam sehingga berjaya menakluki Baitulmuqaddis! Namun apa yang diharapkan Bilal tidak dimakbulkan Tuhan lagi.
Sumber kredit google image

   Dia berpindah dari Mekah ke Madinah dan orang ramai sentiasa memujuk dan menyuruhnya menjadi tukang azan , namun beliau menolak dengan baik. Saidina Umar dan Saidina Ali juga pernah memujuk Bilal, tetapi Bilal tetap menolak.
Kata Saidina Umar :
“ Bilal, adakah kamu seorang saja yang merasa sedih dengan kehilangan Rasulullah saw? Air mata saya juga sudah kering kerana menangis! Jika boleh, saya mahu serahkan nyawa saya ini sebagi gantinya” , lalu jawab Bilal :
“Wahai Amirul mukminin, kesedihan saya melebihi kesedihan tuan.Tuan lahir sebagai seorang yang merdeka.Berbanding saya seorang hamba. Tuan tidak pernah merasai bagaimana gembiranya seorang hamba apabila dimerdekakan. Sesungguhnya Rasulullah saw membebaskan kami dari perhambaan. Dia memuliakan saya ketika orang lain menghina saya. Kemudian Rasulullah melantik saya sebagai tukang azan. Rasulullah juga pernah mengatakan terdengar hentakan sepatu saya di dalam syurga” kata Bilal dengan nada yang sedih dan hiba.
   Selepas itu Bilal berpindah ke Syam , penduduk Syam juga meminta beliau menjadi tukang azan tetapi Bilal menolak lalu mereka pun memulaukan Bilal.Akhirnya Bilal membawa isterinya berpindah ke Damsyik setelah penduduk Syam memarahinya.Bila akhirnya wafat pada tahun 20 Hijrah / 641 Masehi di Damsyik dan dikebumikan di Damsyik ketika berumur 63 tahun .
Sumber kredit google image

   Itulah serba sedikit kisah hidup Bilal dan bagi saya beliau adalah pejuang islam yang tulen dalam menegakkan kalimah Allah swt di muka bumi ini!

Monday, 21 May 2018

Muda Sebelum Tua

Credit google images

ADA satu surah khusus di dalam al-Quran iaitu surah al-Asr yang menegaskan manusia berada dalam kerugian jika tidak memanfaatkan masa untuk beriman dan beramal soleh serta tidak berpesan-pesan sesama manusia dengan kebenaran dan kesabaran.

Rasulullah s.a.w berpesan kepada umatnya supaya memanfaatkan masa dalam lima keadaan iaitu masa muda sebelum tua, sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sibuk dan hidup sebelum mati. Masa muda jangan disia-siakan, nikmat kesihatan perlu digunakan bagi menimba ilmu dan pengalaman sebanyak mungkin. Sesungguhnya apa yang terjadi pada hari tua bergantung apa yang kita lakukan ketika usia muda. Masa muda tidak akan bertahan lama kerana apabila tiba hari tua, zaman muda hanya tinggal kenangan.
Credit google images



  
Kehidupan pada hari tua kadang-kadang tidak indah lagi kerana tenaga sudah lemah, selera makan mulai menurun malah menghadapi pelbagai macam penyakit. Remaja yang cemerlang akan menjadi warga emas yang gemilang. Manakala yang kecundang menguruskan masanya akan menjadi warga emas yang malang. 



Bukan rugi di dunia saja, malah di akhirat kelak akan dipersoalkan ke manakah usia remaja kita dilaburkan? Nikmat kesihatan cukup berharga bagi setiap manusia. Seluruh tubuh badan manusia sebenarnya adalah hak milik Allah, maka wajib kita jaga amanah ini sebaik mungkin. Sebarang kegiatan yang menjejaskan kesihatan kita disifatkan oleh al-Quran sebagai mencampakkan diri ke lembah kebinasaan. 


Ramai yang hanyut dan terpesona dengan kekayaan yang dimilikinya. Kita perlu sentiasa menyedari kekayaan itu tidak kekal, ia boleh bertambah atau hilang dalam sekelip masa. Kekayaan adalah amanah, maka carilah kekayaan dan gunakan mengikut peraturan Allah. Harta boleh dicari sebanyak mungkin, tetapi bukan untuk menjadi seperti Qarun yang mabuk dengan kekayaan lalu dilanda laknat dan diazab. 

 
Credit google images

Bukan juga seperti Tha’labah yang kaya harta tetapi bakhil. Kekayaan adalah alat mencapai kebaikan dan keburukan. Dengan harta kita boleh menjadi dermawan, dengan harta juga kita boleh menjadi tamak haloba. Sama juga halnya; dengan harta membolehkan seseorang masuk ke syurga dan dengan harta juga kita boleh ke neraka. Masa dan peluang terakhir yang disebut Rasulullah ialah masa hidup sebelum mati. 


Saidina Ali berkata: “Sesiapa yang ingin hidup selepas mati, bersedialah dengan amalan dan sesiapa yang tidak beramal tiada lagi kehidupan (nikmat) selepas mati.” Maka fikir-fikir dan renungkanlah. Justeru, panjatkanlah rasa kesyukuran kerana sehingga ke saat ini kita masih lagi dapat bernafas di atas bumi Allah, diberi kesihatan, kecergasan dan kesenangan masa untuk menjadi manusia cemerlang di dunia dan akhirat. 



Ternyata benar, masa itu ibarat senjata tajam yang amat berguna jika digunakan dengan cara betul dan baik. Namun jika tidak betul cara mengguna masa ketajaman masa itu pasti akan memakan diri sendiri. Bagi golongan yang tidak memanfaatkan masa sebaik mungkin akan ketinggalan dan kemunduran termasuk dalam pekerjaan, rumah tangga, pelajaran, pergaulan dan teknologi. 
 
Credit google images


Kita juga tidak boleh hanya menanti kejayaan dan kecemerlangan datang bergolek. Sedarilah, masa berlalu begitu pantas tanpa kita sedari. Ia perlu dimanfaatkan sebaik mungkin supaya kita tidak tergolong di kalangan orang-orang yang rugi.

Pendosa Silam

Assalam and Good Day brothers.


Credit google images





Terkesan dengan ayat dari seorang sahabat "ehhh kau jangan rapat sangat dengan Sipolan ni, dia dulu perangai teruk begini begini".



Credit google images


Persoalan yang timbul dalam kepala aku, SIAPA KITA NAK MENGHUKUM ORANG LAIN. Benar, lumrah manusia, suka menghukum, cepat benar menghukum. Akan tetapi, adakah adil bagi Sipolan tersebut, apakah mungkin beliau sudah menyesali akan perbuatannya dan sudah jauh meninggalkan kezaliman pada diri sendiri mahupun orang yang pernah dizalimi.


Saat kita menghakimi, pada dasar hanya melihat pada masa lampau orang tersebut, namun tidak sesekali terpalit dalam lubuk hati, bertanyakan sendiri padanya, dengan hati terbuka, apakah sebab musabab beliau bertindak sedemikian.



Credit google images


Mungkin benar beliau melakukan kezaliman dalam keadaan tanpa sedar, tanpa berfikir panjang, tanpa memikirkan kesan mahupun akibat mendatang. Usah merasakan diri jauh lebih baik dari orang lain, sesungguhnya kita hanya insan kerdil, menumpang dan meminjam kenikmatan yang diberikan bersifat sementara. 


Cuba kita tempatkan diri kita ditempat beliau. Rasa hina dan dina terus terusan dihakimi atas perbuatan lampau yang pernah dilakukannya. Dikejar masa lalu yang gelap, tiada siapa yang mahu terus dikejar dan dihukum tanpa melakukan perubahan bagi masa depan yang lebih sempurna.



Credit google images

Tiada siapa tahu, ada kemungkinan orang yang kita adili, kita hakimi, lebih baik dan lebih elok kedudukannya disisi yang Maha Esa. Wallahualam. 


Tuesday, 10 April 2018

07042018 Lost World of Tambun

Good day brothers. 

Okay entry kalini nak review sikit pasal Lost World of Tambun, nak share pada kome pengalaman teman kesana. 


 Disebabkan kekecewaan sepertimana tertulis pada last entry, so kalini nak tebus rasa kecewa tu dgn tempat ni. 


Satu perkataan yg mampu menggambarkan tempat ni 'berbaloi'. 



Tak perlu tulis panjang2 rasanya utk entry kalini, let all the pictures do the talk. Hahah



Kawasan ni terbahagi kepada 6bahagian iaitu waterpark, outdoor park, petting zoo, tiger valley, hippo kingdom, hotspring pada malam hari, 1800hrs to 2300hrs.










Bagi yg bercadang utk bermalam katsini, turut disediakan khidmat camping di tepi tasik. 



Perak merupakan negeri pengeluar bijih timah terbesar di Malaysia. 








Sedikit info utk waterpark tidak dibenarkan pengunjung utk guna baju 'cotton' bagi yg ingin mencuba gelongsor air. 


Andai ada kesempatan, boleh bawa family kesini, 'berbaloi-baloi yopppp!'

Thursday, 5 April 2018

Parque Aquático Afamosa

Nín hǎo gentleman

Tajuk entry ni sebenarnya adalah terjemahan daripada bahasa portugis dimana membawa maksud Afamosa Water Park. 



Nak share pengalaman ke sana baru-baru ni. Since weekend adalah masa utk spend dgn family, so we have decided to went there to spent our quality time together. 




Setelah sekian lama bertahun tak jejak kaki katsini, akhirnya kami kesini semula. Nothing much improvement have been made. Rugi sebenarnya bagi kerajaan negeri Melaka, tempat ini yg dulunya menjadi tarikan utama di Melaka, semakin dilupakan. 



Sejujurnya, this place isnt worth to come, entry fees yg mahal, facility not well maintained. Nama je waterpark, main attraction org kesini nak main air, tapi sampai2 tengok air kotor woi. Membazir.



Terpaksa beratur panjang for tube rental. RM10 plus RM10 deposit for single tube, RM15 plus RM15 deposit for double tube. Dengan non-friendly staff, tak sistematik langsung, ada ke patut bukak satu kaunter je on weekend padahal depa tahu org ramai yg datang. Ketahian apakah dorang ni, teman pun tak paham. 



Ini lagi satu hal, nampak kan kaunter satu je bukak utk meal claim. Meal included dari fees yg kita dah bayar. So kalau tak claim rugi lah. Dengan makanan entah tak tahu cemana nak kabo, macam makanan budak asrama gamaknya, asal boleh je depa ni. 


Akhir kata, sesapa yg bercadang nak mai sini, eloklah tukar plan, banyak lagi waterpark yg worth value for money. Chow! 

Tuesday, 20 March 2018

Bat Cave

Hajimemashite tomodashi 



Kelawar? Gua kelawar? Okay entry kalini kawan nak share pengalaman masa p gua kelawar kat Kilim Geopark, Langkawi. 



Bermalam selama 4 hari di sana, macam2 tempat, pelbagai khazanah alam yg boleh diteroka bagi kepuasan halwa mata. 



Jarak dari pekan kuah ke kawasan kilim geopark ni antara 60km. Kawasan berbukit, jalan bengkang bengkok, amat berbahaya pd waktu hujan masa jalan basah. 




Kawasan gua kelawar dan sekitarnya dijaga dgn rapi oleh pihak langkawi geopark. Flora dan fauna dikekalkan dan diurus dgn baik. 



Sesudah itu boleh lah ke cable car langkawi dengan jarak yg tidak terlalu jauh.  


Pemandangan indah dapat dirasai dgn angin sedingin salju. 



Pantai cenang turut menjadi tarikan utama disana.  





Kepenatan seharian berjalan. 


INDAHNYA PENGALAMAN

Hye, bertermu kembali untuk blog kali ini.hahaa. Yaa, mungkin ini blog terakhir untuk sesi tahun 2018. Jika deberi kesempatan, bertemu kemba...