Showing posts with label Fakrul Fahmi. Show all posts
Showing posts with label Fakrul Fahmi. Show all posts

Wednesday, 28 November 2018

Harga Sebuah Pengalaman



Pengalaman paling diingati di atas kapal

Antara pengalaman yang paling saya tak boleh lupa semasa di atas kapal ialah kapal saya iaitu MV PDZ MAJU blackout di tengah laut cina selatan selama tiga hari.Kejadian itu adalah paling kritikal kerana kami krew-krew kapal berada dalam kegelapan selama 3 hari dan tidak tahu kedudukan kami pada waktu itu.Hal ini membuatkan kami berasa tidak senang iaitu dalam keadaan panas dan waktu menggunakan elektrik dan air bersih juga dihadkan pada semua krew kapal.Nasib kami juga tidak baik pada waktu iatu bekalan makanan kami hampir habis..Kami terpaksa berjimat dalam segala benda dan terpaksa menjadikan mee segera sebagai makanan utama kami pada setiap hari.

Dalam kejadian ini,krew enjin adalah yang paling sibuk sekali sebab mereka berhempas pulas menyiapkan atau membaiki mekanikal-mekanikal kapal yang telah rosak.Jam demi jam sehinggakan mereka tidak dapat tidur hanya semata-mata ingin menyiapkan kerja mereka..Kami krew dek juga memberi bantuan kepada krew enjin dalam menyiapkan mekanikal yang rosak walaupun kami tidak mahir terhadap mekanikal kapal.Dalam hal ini juga apabila kesemuanya siap,kami menerima dugaan lagi sekali iaitu tali kapal lain telah sangkut di bilah kapal kami.Saya dan seorang Ab telah turun ke air menggunakan Jacob ladder dan memotong tali berikut untuk melancarkan pergerakan kapal untuk bergerak.


Add caption


Perjalanan kami seterusnya bersambung untuk menuju ke Pelabuhan Kota Kinabalu..Semasa dalam perjalanan kami,Turbocharger kapal kami telah surging iaitu bergegar secara tiba-tiba  dalam anggaran 10 batu nautika dari pelabuhan kota kinabalu.Kapten kapal telah memberi tahu pihak ofis terhadap keadaan kami pada masa itu.Pihak ofis mengambil keputusan untuk menyuruh kapal tunda untuk tunda kapal kami ke pelabuhan ,hal ini kerana kargo kami telah delay untuk beberapa hari jadi kami kena selesaikan urusan charterer terlebih dahulu sebelum membaiki turbocharger kami yang rosak itu.Selesai habis kami meletakkan kargo kami di pelabuhan, kami disuruh berlabuh di kota kinabalu sementara menunggu bantuan teknikal dari darat untuk membekalkan barang-barang ganti turbocharger..Kapal itu juga terpaksa menunggu barang tetapi akhirnya ofis menyuruh kapal itu untuk masuk docking.jadi kami perlukan clearance untuk masuk docking di China.Dalam kejadian itu, kapal MV PDZ MAJU itu telah berlabuh di situ sampai sekarang akibat kompeni kapal telah lingkup.Saya juga bernasib baik bahawa pada waktu itu juga gaji semua sudah dibayar dan saya telah design off kan juga di situ..Jadi hal ini memberi saya peluang untuk mencari pengalaman di kapal lain.


sumber gambar:Google image


Sunday, 2 September 2018

Influencing through the way


Image result for TALK IN THE HALL CARTOON


INFLUENCING THROUGH THE WAY 



Based on Wikipedia the influencing means capacity or power of person or things to be a compelling force on or produce effects on the action, behavior, opinion and etc of other.
Influence are not easy because we need the people to trust us. To have all kind of this, we must show a good perspective as we can make other to believe on us.Why this is important? This is because in doing this the routine of what we want to influence are being attractive to people to adapt in their live.

There are tips in Develop your influencing skill which is:
Image result for RELATIONSHIP
1.Create Relationship
Create Relationship means we create relay with people that you are tring to influence-It may sound like common sense but if they like and trust there is a greater possibility that you will be able to persuade them.


Related image
2.Listening
When you want to influence people,you must practiced to listen and show them you are listening.If someone feels that it is valuable,they are more likely to be persuaded to your point of view.


Image result for BODY LANGUAGE
3.Be aware of Body language
Be careful when you are trying to persuade people,you must aware of your body language to create a better rapport.

Related image
4.Be Relaxed
A relaxed and natural demeanour is more likely to archieve a successful outcome rather than an emotional or demanding approach. Demonstrating a natural confidence will help to persuade others that your ideas are good.



Related image
5.Spend your time
Influencing isn’t a quick fix.It can take time to develop empathise and awareness but you are more likely to get what you want if you play a long game.Do a campaign,propaganda to attract more people in what you are trying to do.
All skill have their own art of skill.So,make sure build your own Art of Skill to make you a great people among the great.Thank you for your time.:)

Thursday, 19 July 2018

Siapakah Idola saya?



Assalammualaikum semuaa.arinie saya nak menceritakan tentang idola yang saya kagumi selama ini iaitu Keturunan Hj Nasir,iaitu keluarga saya belah ayah saya.Yang pertama sekali saya kagum akan cara atuk saya terutama dalam bidang hartanah dan perniagaan.Atuk saya merupakan seorang pesara polis yang berkhidmat untuk negara hampir 22 tahun,Selepas perkhidmatan beliau tamat,beliau memilih untuk berkecimpung di dalam dunia perniagaan dan penerokaan tanah.Buat masa ini beliau mempunyai 13 orang anak,Beliau merupakan anak kelahiran Pahang.Beliau pernah merasai pengalaman menggempur komunis ketika menjadi polis hutan ketika dahulu.







Saya amat bersyukur dan berbangga kerana mempunyai atuk saya yang mempunyai wawasan tinggi terhadap hidupnya,Beliau tidak pernah berputus asa sejak menceburi dalam bidang perladangan dan perniagaan ini.Atuk juga Berjaya mendidik anaknya sehingga Berjaya seorang yang Berjaya,antaranya jurutera Berjaya seperti pakcik saya dan kebanyakkan anaknya merupakan ahli perniagaan termasuklah ayah saya.Namun demikian,Saya merupakan sumber inspirasi bagi saya kerana mereka tidak pernah mengalah walaupun mereka-mereka ini telah melalui zaman susah iaitu ketika zaman darurat dahulu,ketika sempit untuk mengisi perut ketika itu.Mereka hanya beralaskan tikar mengkuang dan lampu gas sahaja untuk belajar ketika itu ,berbanding kita yang ketika ini cukup mewah peralatannya untuk belajar.Dahulu mungkin orang akan Nampak mereka mereka ini hidup dalam kesusahan,tetapi masa kini mereka Berjaya mengubah kehidupan masing-masing untuk merasai kesenangan.



Atuk saya mempunyai jati diri yang bagus iaitu beliau sentiasa taat kepada agama.Beliau Rajin bersolat dan sentiasa di dalam perwatakan yang disukai oleh orang ramai.Atuk juga mendidik anak-anaknya dengan penuh kasih sayang dan tidak pernah bersikap ‘Memilih Bulu’ kepada anak-anaknya.

Harapan saya ialah agar saya dapat mengikut sikap beliau yang tidak pernah sesekali berputus asa dalam kehidupan dan merasakan yang semua benda dalam hidup ini hanya dugaan dan jolokan agar kita terus maju ke hadapan.




Sumber gambar:Google image

Monday, 7 May 2018

Rantaian Persahabatan


Saat aku hampa,
Saat hariku bersendirian,
Saat aku pilu,
Aku membutuhkanmu.

Airmata terlanjur jatuh,
Aku berteriak sepuas hatiku ketika murung,
Kerana ku lihat ini adalah yang terbaik tika sendirian,
Tetapi aku tetap perlukanmu.
























Ketenangan pantai,
Di kamar,Dua tempat ini menjadi saksi bisu kegelisahanku.

Terima kasih kerana hadir dalam hidupku ini,
Saat ku susah,
Masih ada engkau,
Kau menjadi jambatan untuk melangkah,
Kau menjadi senyuman saat ku bersedih.

Keyakinanmu adalah kekuatanku,
Mempunyai sahabat terbaik,
Berguru tanpa bersua,
Kerana kekangan hidup berjauhan.
Ketakutan terbesar dalam hidupku adalah kehilanganmu, teman.




Sumber gambar:Google image

Cakoi Atau Kuih Kayu Keramat



CAKOI ATAU KUIH KAYU KERAMAT?

Siapa kat sini peminat cakoi atau kuih kayu keramat? Ramai orang jual cakoi dan kuih kayu keramat di pasar malam atau tepi jalan. Kalau dapat yang sedap tentu untunglah tapi kalau dapat yang tak sedap mesti menyesal taknak beli lagi. Biasanya cakoi ni ada dimakan dengan sos kastard manis dan terlalu jarang nak jumpa dimakan dengan sos cili.

Cakoi
            Di Johor, cakoi akan dimakan dengan sos cili tetapi apabila saya ke tempat lain mula rasa janggal apabila dicicah dengan kuah manis. Maklumlah, saya kurang suka makan makanan yang terlalu manis jadi terasa pelik apabila cakoi dimakan dengan kuah manis.
            Cakoi dengan Kuih Kayu Keramat sedikit berbeza walaupun kelihatan serupa. Cakoi lebih lembut & ringan serta perlu dicicah dengan sos untuk dimakan manakala Kuih Kayu Keramat agak padat & berat sikit. 


Kuih Kayu Keramat

      Cakoi atau Kuih Kayu Keramat? Saya pilih cakoi. Sekarang pun McDonalds dah keluarkan cakoi juga. Nampak tak cakoi ni dapat permintaan ramai? Sesiapa yang tak pernah cuba, korang patut cuba makan. Enak dimakan begitu saja tau.


Cakoi McDonalds

Kita sekali lagi telah dilanda fenomena “dessert” baru yang ditularkan. Cakoi telah diperbuat dengan beraneka jenis perisa seperti coklat, cheese dan macam-macam lagi. Cubalah cakoi berperisa coklat. Cakoi coklat ini amat persis dengan Churros tetapi dengan cara orang Malaysia.
Cakoi beraneka perisa

Cuba kongsi sikit korang minat cakoi atau kayu keramat? Siapa minat cakoi kita geng! Byeeeeee.

Sumber gambar : Google Image


Thursday, 3 May 2018

Retromania Grand Gathering version 6 2018

Pada kali ini saya ingin menceritakan pengalaman saya di retromania morib pada 28 april 2018 yang lepas.Retromania merupakan acara tahunan dengan menghimpunkan motorsikal-motorsikal klasik yang ada di malaysia.Pada tahun ini juga retromania membuat Malaysia Book Of Record dengan menghimpunkan 11000 motorsikal klasik yang berdaftar.Namun demikian jumlah sebenar pada hari kejadian melebihi dari 11000 buah motorsikal.Di sana juga terdapat pelbagai booth2 jualan barang motorsikal lama yang amat susah dilihat pada masa kini.Begitu lah serba sedikit tentang Retromania,kini saya ingin menceritakan pengalaman konvoi saya dri negeri sembilan ke pantai morib untuk acara Retromania sedemikian.


 Jam 0800h-Semua Pengikut konvoi berkumpul di Bahau untuk sama-sama bergerak ke tapak event.

Jam 1200H-Berhenti seketika di rnr kesas hentian Mambau kerana salah seorang pengikut konvoi telah mengalami kerosakan pump 2t.

Jam 1300H-Perjalanan diteruskan ke tapak event.

Jam 1400H-Kami Tiba di tapak event Retromania,Berikut gambar yang sempat ditangkap di tapak event:

event yang meriah dan dikunjungi ramai orang


Setiap pengunjung yang berdaftar akan disertakan sekali sijil penyertaan


Antara barang yang dijual di booth jualan
 Jam 1700H-Kami mula keluar dari tapak event menuju ke Port Dickson untuk aktiviti santai-santai sesama ahli kami
Tiba di port dickson
Jam 2030H-Kami Mulakan perjalanan balik ke Bahau Negeri sembilan.

Jam 2330H-Kesemua kami Tiba dengan selamat di Bahau Negeri sembilan.

Syukur ke hadrat ilahi kesemua pengikut konvoi tidak mengalami sebarang kecederaan ketika dalam perjalanan pergi dan balik dari event Retromania,Pantai Morib

SIMFONI SYAHDU







Hatiku terumbang-ambing dalam ombak kemarahan
Ragaku tak berkuasa untuk melafazkan
Denganmulah aku menemukan kesejukan dalam hati
Kau adalah wanita yang bisa membuat diri ini bangkit.


Mawar,
Bersandar pada tari warna pelangi
Kau di hadapanku bertudung sutera senja
Di hitam matamu kembang mawar dan melati
Meriak muka air kolam jiwa.


Aku ingin melihat sinar matamu yang indah
Simfoni nan syahdu
Mengalun melalui lorong hatiku
Sukma gemulasi mendendangkan irama jiwa
Segala cerita hanyalah sejahtera
Bagi anak bangsanya.


Aku ingin melihat sinar matamu yang indah
Tempat bersemayam para leluhur yang perkasa
Para penakluk serigala durjana
Semua kejahatan tunduk bertekuk lutut
Dan tak berdaya.


Mawar,
Hari ini kau masih di sini
Menyanyikan hayat rindu pengharapan
Masa depan yang meminta
Siang sangsinya
Dilalui bersama langkah kecekalan
Dan malam sepinya
Ditiduri bersama salam keyakinan.


sumber gambar:Google image


Tuesday, 1 May 2018

SENARIO PENGGUNAAN BAHASA MELAYU DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI

Dasawarsa ini, penggunaan Bahasa Melayu di mana-mana institusi pengajian tinggi pasti akan mengutamakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa akademik kerana bahasa Inggeris merupakan bahasa antarabangsa yang digunakan di seluruh dunia. Namun, masyarakat sering lupa bahawa Bahasa Melayu merupakan lingua franca yang menjadi bahasa perantaraan, bahasa perhubungan, dan bahasa pergaulan antara masyarakat atau orang yang berlainan bahasa di seluruh dunia juga.

Fokus utama yang akan dibincangkan adalah berkenaan penggunaan Bahasa Melayu dalam kalangan mahasiswa di universiti-universiti tempatan. Beberapa buah universiti tempatan telah menempatkan mahasiswa yang mengikuti program pengkhususan Bahasa Melayu.  Sehubungan itu, senario yang dapat dilihat adalah para pelajar Bahasa Melayu pasti akan menjadi pusat rujukan para pelajar daripada pengkhususan lain dalam penggunaan Bahasa Melayu semasa membuat tugasan, pembentangan dan sebagainya. Kebanyakan masyarakat beranggapan para pelajar pengkhususan Bahasa Melayu paling pakar dalam Bahasa Melayu terutama dari segi aspek penggunaan kosa kata dan mampu menggunakan Bahasa Melayu yang lebih baik dalam apa-apa sahaja perkara.

Selain itu, tidak ketinggalan juga para pensyarah di fakulti lain turut merujuk para pensyarah di Jabatan Pengajian Melayu bagi menyemak penggunaan ayat yang betul dan sebagainya. Contoh yang dapat dilihat adalah mereka sering meminta bantuan daripada para pensyarah Jabatan Pengajian Melayu untuk menyemak dan menyunting berbagai-bagai tugasan mereka terutama yang menyambung pelajaran dalam Master atau PhD. 

Namun, timbul usaha Jabatan Pengajian Melayu sebulat suara mewujudkan Persatuan Bahasa Melayu bagi menggalakan mahasiswa mengasah bakat mereka dalam Bahasa Melayu dan bersama-sama mengadakan program bagi memartabatkan lagi Bahasa Melayu dalam kalangan mahasiswa universiti. Objektif persatuan ini ditubuhkan bertujuan mendidik mahasiswa agar menjadi warga berjaya dan bermaruah serta memperkasakan bahasa dan sastera kebangsaan. 

Usaha lain adalah Dewan Bahasa dan Pustaka turut mengadakan pelbagai program memartabatkan bahasa Melayu seperti bengkel penulisan kreatif, bengkel syair, pertandingan pantun dan sebagainya. Aktiviti sebegini biasanya dijalankan semasa Bulan Bahasa Kebangsaan pada bulan Oktober setiap tahun.

Diharapkan usaha-usaha sebegini dapat menggalakan lagi mahasiswa universiti memperluas kosa kata dan menceburi diri dalam bidang bahasa Melayu untuk mepertahankan warisan bangsa kita.

Sumber : Google Image





Tuesday, 10 April 2018

King Idola

Pada kali ini saya ingin menceritakan hasrat saya untuk memiliki sesebuah iaitu Motor.Sebagai manusia normal pasti semua orang mempunyai impian untuk memiliki dan inginkan sesuatu.Berikut merupakan impian saya untuk Chapter 1

Antara motor yang saya ingin miliki ialah
1.Yamaha Rxz
2.Harley davidson
3.Yamaha R6
4.Honda Crf250


Yamaha RXZ

2018



Harley davidson

Anggaran 2021




Yamaha YZF-R6

Anggaran 2022


Honda CRF 250
Anggaran 2026
Berdasarkan Impian saya diatas,saya telah berjaya memiliki Impian saya yang pertama iaitu memiliki Yamaha Rxz bosch.Alhamdulillah dan syukur kehadrat ilahi kerana dimurahkan rezeki saya untuk memiliki Motor impian saya.In shaa Allah impian saya yang seterusnya akan menyusul kemudian hari setelah saya telah bekerjaya.Tak lupa juga impian Teragung saya iaitu memmberi kesenangan kepada Ibu Ayah saya.Walaupun saya mempunyai minat terhadap motor yang mendalam tetapi saya tak pernah lupa untuk memberi kesenangan kepada ibubapa saya.Sekian sahaja entri saya pada kali ini sehingga kita bertemu lagi.


Sumber imej:Google image

Tuesday, 27 March 2018

Mendapatkan Jus tebu yang asli

Air tebu....

Pasti Orang akan terliur apabila melihat air tebu lagi-lagi apabila di bulan Ramadhan.

Jadi pada kali ini saya ingin menceritakan cara mendapatkan Jus tebu yang asli.

Untuk menikmati kenikmatan  tebu ini kita mesti pandai memilih tebu yang elok dan rosak,Hal ini kerana faktor menjadi asas kepada kesedapan air tebu yang dimesin kelak.

Anda disarankan untuk memilih tebu yang tidak lebam,ringkas kata di mata penglihatan kita ia tidak kelihatan lebam atau merah kemerahan.

Diingatkan juga untuk melakukan proses mendapatkan jus tebu ini,kita mesti berhati-hati menggunakan segala alatan seperti pisau tebu,mesin tebu dll.Perkara ini penting kerana banyak kejadian telah berlaku melibatkan kelalaian ketika menggunakan peralatan berikut.

Okayy...sekarang kita mulakan dengan penyediaan alatan untuk memproses air tebu;

Pisau pemotong dan pisau buang kulit



Mesin tebu

Seterusnya,Cara penghasilannya;Di peringkat ini tebu dilenyekkan menggunakan mesin untuk mendapatkan jusnya.


Proses mendapatkan jus






Hampas tebu setelah dimesin

Akhir sekali,diingatkan juga bahawa tebu yang dimesin perlu ditapis dahulu sebelum dimasukkan ke dalam bekas;

Proses menapis


Ha...Dah siap untuk diminum
Sekian Sahaja pengkongsian saya pada kali ini......sehingga bertemu lagi

Tuesday, 13 March 2018

Good Morning in Various Language

Asalammualaikum,Pada kali ini kita akan belajar bahasa berbagai di dunia dengan perkataan SELAMAT PAGI.Kajian membuktikan ucapan selamat pagi dapat menceriakan seseorang individu untuk menjalani kehidupan seharian.Tak salah bukan dengan mengucapkan selamat pagi,kita dapat mewujudkan suasana harmoni antara kita-kita tauu..Jadi entri kali ini saya ingin menyatakan Selama Pagi dalam bahasa lain.Senang lha nanti bila kita travel ke mana-mana pelusuk,kita akan mudah bersua dengan segala jenis masyarakat.Okayy..ikuti kelas kita harini:





























Mulakan Pagi anda yang indah-indah ajaa
English: Good Morning    

Perancis: Bonjour 

Jepang: おはよう(Ohayo)

Jerman: Guten Morgen

Italia: Buongiorno (baca: bujurno)

Rusia: доброе утро (dobroe utro)

Vietnam: chào buổi sáng

Portugis: Bom dia

India: अच्छा सुबह (Acchā subaha)

Afrika: goeie môre

Korea: 좋은 아침(Joh-eun achim)

Filipina: Magandang Umaga

Irlandia: Maidin Mhaith

Albania: mirëmëngjesi

Spanyol: buenos días

Turki: günaydın

Thailand: อรุณสวัสดิ์ (Xruṇ s̄wạs̄di̒)

Belanda: Goedenmorgen














Jadi anda semua sudah tahu kan ucapan Selamat Pagi dalam Bahasa lain kan?Boleh lha praktikkan kalo macam tuh kan,jangan sombongkan diri tau..tak rugi pun kita kalo kita ucapkan,malah kita dapat juga mengeratkan hubungan silaturrahim sesama manusia tauu.
Pagi yang indah ini membuatkan ku jatuh cinta padamu,Cintamu pula telah membangunku di pagi ini lalu membuatkan ku rindu padamu yang bernama 'SELAMAT PAGI'
Have a good day








Sumber:Google Image

INDAHNYA PENGALAMAN

Hye, bertermu kembali untuk blog kali ini.hahaa. Yaa, mungkin ini blog terakhir untuk sesi tahun 2018. Jika deberi kesempatan, bertemu kemba...