Showing posts with label akmal alias. Show all posts
Showing posts with label akmal alias. Show all posts

Friday, 21 December 2018

INDAHNYA PENGALAMAN

Hye, bertermu kembali untuk blog kali ini.hahaa. Yaa, mungkin ini blog terakhir untuk sesi tahun 2018. Jika deberi kesempatan, bertemu kembali untuk tahun 2019, haha. So, blog kali ini just untuk menceritakan sedekit pengalaman yang tak seberapa ketika berada di atas merchant ship as a cadet onboard. Macam mana saya boleh terperangkap kat kapal, haa cerita dia cmnie.

Selepas habis ja SPM. Result semua dah keluar masa tu semua budak2 lepasan SPM sibuk memohon U yg diorang minat dan sesuai dengan minat diorang.Last2 saya terjerebak dekat ALAM.hahaha
Yaa, munkin itu dah ditakdirkan dan sebagai manusia just perlu dan harus hadapi apa jua rintangan.kah. Okeyla, 4 tahun akhirnya dah nak habis belajar dekat ALAM .December 2018  final untuk sem 6, perang terakhir sebagai student bakal ditempuh,hahha.

Berbalik kepada topik,banyak pengalaman  di atas kapal, ada yang gembira, ada yang sedih dan ada yang takde perasaan langsung hahaa, ye la,dah sebati dengan cara kehidupan kat atas kapal. Tak cukup tido itu adalah perkara biasa untuk kitaorang hadap. Hari yang paling best adalah hari ahad sebab kitaorang bole cuti tapi tak semua hari ahad cuti, kadang2 hari ahad terpaksa kerja disebabkan kapal berada di port untuk loading/discharging cargo.huhuhu.

paling sedih apabila semua crew yg sign on sama-sama tapi tinggal kita sorang ja yang x sign off.wkakkaa. Itulah lumrah kehidupan.Kadang - kadang kita kena berkoban untuk masa depan kita.betol kan.haha.teringat kembali dimana 7 bulan tak turun darat(shore leave) disebabkan naik kapal VLCC..Just tengok darat dari jauh ja.Apapun bersyukur kerna masih lagi nampak walaupan jarak yg jauh dari kapal.

Okeyla.rasanya takde apa lagi yang nak dicakapkan.Untuk kawan seperjuangan, buat yang terbaik untuk exam.Dan jangan lupa persahabatan kita.All the best for final exam sem 6 dan selamat menempuh alam perkerjaan sebagai pelaut. Here sedikit kenangan saya di atas kapal sebagai seorang kadet.



Chief Mate sign off day

gambar last day sebelum sign off utk kapal kedua

Crew sign off

MT EAGLE TORRANCE



Safety Meeting on BUNGA KASTURI LIMA


GATHERING TIME

SUNDAY FUNDAY



BACK TO ALAM AS SENIOR


MSCR COURSE






FYP DONE




SEM 6




CAVING TIME









Tuesday, 31 July 2018

planning to a mission


photo by Google

Setiap manusia mempunyai perancangan masing-masing. Perancangan masa depan boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti jangka masa panjang dan jangka masa pendek. Perancangan ini disebabkan oleh beberapa faktor iaitu umur, persekitaran dan bidang kerjaya dan lain-lain. Kadang-kadang, perancangan yang kita hendaki tidak seperti yang dilalui. Disebabkan itu, kita mestilah mempunyai banyak perancangan seperti plan A , plan B dan plan C.



photo by Google


Bercakap tentang perancangan,  perancangan yang penting adalah tentang kerjaya. Dimana kita suatu hari nanti. Mungkin saat dan tika ini, kita hanya mampu melihat orang - orang yang telah berjaya dalam hidup. Mempunyai keluarga dan anak - anak pasti membuatkan hati kecil kita juga ingin menjejak langkahnya. Dengan mempunyai kerjaya, kita akan mempunyai kewangan yang stabil. Kewangan pada era ini adalah salah satu benda yang amat bernilai dan berharga, tanpa wang ringgit, tidak ada sesuatu yang dapat kita miliki walaupon sekecil - kecil benda. Bukan bercakap tentang sifat materialistik, tapi itulah hakikat sebuah kehidupan yang nyata.




photo by Google

Tapi harus kita ingati, yang perancangan sahaja tidak membuahkan hasil. Ianya mestilah didahului dengan USAHA. Tanpa usaha, perancangan hanyalah semata - mata perancangan, seperti buih-buih ombak yang terdampar di pesisir pantai, yang tidak memberi apa-apa kebaikan. Walaupon kita gagal pada kali pertama, itu tidak bermakna kita gagal untuk selama-lamanya. Jadi teman-teman, jangan berputus asa. Mungkin itu adalah salah satu ujian tuhan kepada kita. Yeahhh💪💪💪. Kita boleh menjadikan idol kita sebagai satu inspirasi kepada kita, seperti Robert Kuok.





photo by Google

Bercakap tentang bidang perkapalan, begitu banyak benda yang perlu dikobarkan agar orang-orang yang tersayang dapat menikmati kehidupan yang baik. Panas terik adalah tempat permainan yang tidak asing lagi. Berada di lautan selama setengah tahun, malah ada yang mencapai 8 bulan tidak menjadi penyebab untuk berputus asa. Beraya berseorangan juga benda yang biasa untuk pelaut. Dan tidak lupa juga meninggalkan isteri dan anak-anak dirumah tanpa bertemu selama 8 bulan dan pasti anak-anak kecil mungkin tidak lagi mengenal pasti kita, munkin menangus apabila mendekatinya. Yelah,8 bulan x pernah nampak kot 💆..




Jadi, untuk mengelakkan bermacam - macam masalah yang mungkin menyebabkan pelaut tidak lagi dapat meneruskan kerjaya tersebut, perancangan harus dan mesti dilakukan. Sebagai contoh, perancangan untuk berkahwin, perancangan untuk membeli aset seperti rumah, perancangan kewangan dan lain-lain. Ada sesetengah pelaut mempunyai perancangan untuk membuka bisnes kecil - kecilan dan menjadikan kerjaya pelaut sebagai sumber untuk mendapatkan modal.

So, kata - kata terakhir daripada saya, rancanglah kehidupan anda semua dan jadikan perancangan tersebut menjadi kenyataan.

-ia kekal dongeng jika engkau sendiri tidak berjalan-


Thursday, 19 July 2018

my idol (Robert Kuok)

Hai guys,dah lama dah tak update blog. So, harinie  nak cerita serba sedikit tentang idola saya iaitu Robert Kuok atau nama panjangnya adalah Robert Kuok Hock Nien.






Image by Google

Robert Kuok adalah seorang ahli perniagaan yang berjaya di Malaysia dan di Asia Tenggara. Dia juga mempunyai pelaburan di banyak negara di Asia. Salah satu sifat yang menarik perhatian saya adalah Robert Kuok dikatakan mempunyai sifat pemalu dan pendiam.


Image by Google




Beliau, yang dilahirkan di Johor Bharu dan juga mempunyai kediaman di China serta mempunyai berbilion aset menjadi idola kepada saya. Mungkin suatu hari nanti, akan ku ikut jejak langkahnya.hahaa. Robert Kuok hanya memulakan perniagaan beras, gula dan tepung dan kini telah menjadi Pengerusi, Shangri-La Hotels and Resorts Chain.


Image by Google



Image by Google

Menceritakan tentang bagaimana  Malaysia International Shipping Corporation Berhad (MISC) ditubuhkan adalah melalui Robert Kuok dan sehingga kini MISC menjadi salah satu antara syarikat perkapalan yang masih beroperasi sehingga kini. Mungkin tanpa Robert Kuok, MISC masih tidak lagi wujud.




Image by Google

Robert Kuok telah pon menerbitkan satu buku yang bejudul " Kuok’s memoir" yang telah dilancarkan pada 1 Jan 2017. Buku tersebut menceritakan tentang perjuangan beliau dalam menempuh liku-liku kehidupan sehingga berjaya menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya. Banyak inspirasi yang boleh dijadikan sebagai teladan untuk anak-anak muda dalam mancapai kejayaan. Salah satunya adalah tidak pernah beputus asa.

Okeyla.Ni sahaja yang saya nak ceritakan  berkenaan idola saya. Harap bermanfaat kepada korang semua. Bye.


Monday, 21 May 2018

5 PULAU YANG RAMAI DIKUNJUNGI PELANCONG DI MALAYSIA



Ramai diantara kita yang suka melancong dikala musim cuti samaada bersama keluarga ataupon bersama kawan - kawan. Sesetengah ada yang suka melancong melihat keindahan pulau dimana kecantikan air laut yang membiru mampu memberi kegembiraan dan tatkala menghilangkan rasa stress bekerja.


Pulau Sipadan, google image


So, pada thread kali nie ingin saya kongsikan diantara 5 pulau yang menjaminkan kegembiraan. Pulau yang pertama adalah Pulau Sipadan. Pulau Sipadan adalah pulau yang terletak berhampiran bandar Sampoerna, Sabah dan adalah pulau yang terindah di dunia. Pulau ini terkenal dengan aktiviti air iaitu skuba.



Pulau Perhentian, google image

Pulau yang kedua yang patut dikunjungi ialah Pulau Perhentian. Pulau perhentian terletak kira - kira 19 km dari pantai timur laut Malaysiadi di negeri Terengganu. Pulau ini terbahagi kepada 2 buah pulau iaitu perhentian besar dan perhentian kecil. Pulau ini sering menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara. Selain itu juga, untuk pengetahuan anda semua, pulau ini adalah tumpuan untuk penyu bertelur.


google image

google image

Pulau yang ketiga adalah Pulau Langkawi atau dikenali dengan nama pulau bebas cukai. Pulau ini terletak di dalam Negeri Kedah  dan terkenal dengan mitos dan lagenda seperti Pulau Dayang Bunting, Mahsuri, Puteri Dayang Sari, Telaga Tujuh dan lain - lain. Langkawi yang mempunyai taman geologi berusia jutaan tahun kini dikenali sebagai Langkawi Geopark. Di Langkawi juga terdapat kereta kabel yang terletak di Gunung mat cincang.





Pulau Tioman, google image


Pulau yang keempat ialah Pulau Tioman. Pulau Tioman yang berada di bawah pentadbiran negeri Pahang ini terletak di antara sempadan Pahang dan Negeri Johor. Pulau ini pernah tersenarai antara 10 pulau tercantik di dunia dan kewujudannya kini sedang dipertahankan sebagai antara syurga aktiviti selaman skuba dan gaya hidup pulau yang menyeronokkan.



Pulau Redang, google image

Pulau yang terakhir untuk entry kali nie ialah Pulau Redang. Pulau Redang adalah pulau yang terletak di Negeri Terengganu adalah pulau terbesar di kawasan pantai timur. Perairannya yang jernih serta pantai yang berpasir putih menjadikannya antara pulau yang tercantik di pantai timur. Banyak kehidupan laut yang mendiami kawasan perairan tersebut dan terumbu karang yang cantik.

Semoga entry kali nie memberi manfaat kepada kaki travel.



BUNGA KANTAN DAN KEBAIKANNYA


Hai, bertemu kembali setelah sekian lama. So, harinie saya nak ceritakan tentang Bunga Kantan. Mungkin masih ramai lagi yang tidak melihat pokok bunga kantan. Bunga kantan kebiasaanya tumbuh di kawasan hutan hujan tropika dan salah satu tumbuhan yang hidup meliar.



photo by google

Kawasan yang sesuai untuk tanaman pokok kantan adalah kawasan yang berair dan lembat seperti kawasan - kawasan pergunungan kerana pokok kantan memerlukan air yang banyak untuk membesar dan membiak dengan sempurna. Kaedah penanaman pokok kantan hanyalah melalui umbisi ataupon dikenali sebagai akar pokok, sama seperti penanaman pokok pisang.



Pokok bunga kantan mempunyai kelebihan tersendiri dan digunakan dalam masakan sebagai penambah rasa. Boleh dikatan kesemua bahagian pokok kantan seperti batang, bunga dan buah ada kelebihan tersendiri.Terkini, terdapat ramai pengusaha - pengusaha pokok bunga kantan kerana ia memberi hasil keuntungan yang berbaloi kepada pengusaha. Ianya juga sesuai sebagai tumbuhan perhiasan di halaman rumah dan cukup senang untuk ditanam.



photo by google


Seperti apa yang saya beritahu, bunga kantan sesuai untuk digunakan di dalam masakan harian. Bunga kantan juga buleh sesuai dijadikan sebagai kerabu dan pasti memberi selera kepada anda semua. Bunga kantan juga buleh dijadikan sebagai ulam - ulaman.


photo by google

Haa, pergi kepada buah kantan. Apabila bunga kantan tidak dipetik, lama kelamaan bunga kantan akan menghasilkan buah kantan. Buah kantan mempunyai rasa masam. Sesiapa yang suka asam buleh merasakn asam buah kantan. Ternyata asam buah kantan tidak dapat dinafikan kesedapannya.


photo by google


photo by google

Sekian sahaja untuk entry kali ini. Semoga bermanfaat kepada anda semua. Bye.


Tuesday, 20 March 2018

ULAM - ULAMAN YANG SESUAI DIHIDANGKAN DENGAN BUDU, CENCALOK


Secara umumnya, ulam-ulaman adalah sebahagian daripada tumbuh-tumbuhan yang dimakan secara mentah atau direbus. Seperti sayuran lain, ulam - ulaman mempunyai khasiat dan kelebihan masing-masing. Ulam juga boleh dikategorikan sebagai serat @ fibre. Pada zaman dahulu, kebanyakan kaum wanita menjadikan ulam-ulaman sebagai makanan tambahan untuk penjagaan kesihatan. Jadi tidak hairanlah jika orang-orang tua dapat hidup lama berbanding generasi muda.

Di malaysia, terdapat banyak jenis ulam yang dapat didapati di kawasan sekitar anda. Antara ulam yang dikenali ramai adalah pucuk paku, pucuk ubi kayu, petai, pegaga, salad, jering, timun, ulam raja, terung pipit, pucuk gajus, buah kerdas, daun serai kayu, pucuk midin, kacang botol, bunga kantan dan sebagainya. Banyak kalau nak tulis satu-satu nie.

Ulam-ulaman jika dihidangkan dengan masakan kampung menjadikan kegilaan penduduk tempatan. Jika anda mencuba sekali, pasti anda akan repeat order. Ahh, camtula. Satu pinggan tak cukup, dua ping tak cukup, ganokey tiga pinggan.




nasi yang dihidangkan bersama ulam-ulaman. photo by google






Most ulam-ulaman yang dikenali ramai adalah seperti berikut:


bunga kantan, photo by google



ulam petai, jering dan kerdas, photo by google.


pucuk paku masak lemak, photo by google



Tuesday, 13 March 2018

JENIS - JENIS TEBU DI MALAYSIA


 Hai pagi semua, macam biasa, pagi - pagi camnie korang buat apa, still tidur ea. Okayla, pagi nie saya nak up satu thread iaitu jenis tebu.

Sebut je tebu mesti semua tahu kan. Tebu adalah sumber utama dalam pembuatan gula pasir. Pada zaman dahulu, gula pasir hanya digunakan oleh orang - orang berada sahaja kerana harga yang mahal dan kesukaran untuk mendapatkannya.

Di Malaysia, tebu adalah salah satu tanaman yang mudah membiak. Tidak perlu kos yang banyak untuk penanaman tebu. Cuma perlu kerap membuang daun - daun yang tua agar tidak membantutkan pembesaran pokok gula tersebut.

Tebu juga boleh menghasilkan minuman yang dipanggil air tebu dan boleh dimakan begitu saja. Tapi korang kena pastikan, jika anda mengigit ( mak
an) tebu yang belum diproses, hampas tebu hendaklah dibuang, jangan telan okey. Yela mana tahu korang telan kan.

Jenis - jenis tebu yang popular di Malaysia adalah tebu kuning, tebu coklat, tebu hijau, tebu telur, tebu merah, tebu ungu dan macam - macam lagi.



TEBU MERAH, SOURCE BY GOOGLE


TEBU TELUR, SOURCE BY GOOGLE



TEBU KUNING, SOURCE BY GOOGLE


Air tebu juga mempunyai banyak khasiat untuk badan. Antara khasiat air tebu adalah untuk merawat kulit, menurunkan kadar kolestrol, membantu tidur lebih nyenyak, memberi tenaga dan lain- lain.



AIR TEBU, SOURCE BY GOOGLE













Monday, 26 February 2018

ADAKAH BETUL PERLU 8 JAM CAS UNTUK SMART PHONE BARU.


Benarkah kita perlu mengecas phone (cas yang pertama) yang baru debeli untuk jangka masa 8 jam. Mesti korang pernah kan dengar ayat camnikan dan pernah buat. Majoriti sekarang, semua orang mempunyai phone, tak kira muda, dewasa dan kanak - kanak. Hidup tanpa phone pada zaman ini boleh diibaratkan seperti ' katak bawah tempurung'.

Dengan phone, korang dapat mengaccess pelbagai pengetahuan, ilmu, berita dan lain - lain. Disebabkan setiap masa dalam atu hari, korang tidak boleh berjauhan dengan phone, semestinya korang ingin jangka masa bateri yang lama.

Ramai diantara kita percaya untuk pengecasan pertama adalah selama 8 jam. Tidak boleh lebih dan kurang. Alasannya adalah untuk memastikan bateri tersebut dapat bertahan lama untuk dipakai. Perkara ini adalah BENAR untuk bateri jenis nikel kadmium.

BATERI NIKEL KADMIUM, SOURCE BY GOOGLE
Tapi korang perlu tahu, disebabkan zaman dan teknologi yang canggih, kita tidak perlu lagi untuk mengecas sehingga 8 jam. Ini kerana phone yang baru didatangkan dengan Li - Ion atau Li - PO.
BATERI LI - ION, SOURCE BY GOOGLE
BATERI LI - PO, SOURCE BY GOOGLE

Apa yang berbeza antara kedua - dua bateri ini. Haa, mesti korang nak tahukan. Beza antara dua jenis bateri tersebut adalah bateri nikel kadmium mempunyai ' memory effect' manakala untuk bateri Li - Ion tidak mengalami sindrom 'memory effect'.


SOURCE BY GOOGLE

'Memory effect' adalah bermaksud bateri ini akan mengekalkan kapasiti tertentu berdasarkan bagaimana ia dicas untuk kali pertama. Okeyla untuk sekarang. Moga bermanfaat untuk semua. Bye.







Friday, 23 February 2018

CARA MEMBUAT TELUR ITIK MASIN



Hi korang, setiap kali korang pergi gerai atau restoran, mesti korang pernah terpandang telur masin. Pernah tak korang terfikir macam mana cara untuk membuat telur masin.

Bukan mudah sebenarnya untuk kita membuat sendiri tapi kita boleh cuba kan. Telur masin juga boleh dijadikan pendapatan sampingan untuk sesetengah masyarakat.


PHOTO BY GOOGLE


Apa itu telor masin. Haaa, telur masin adalah telur yang diawet dengan menggunakan rendaman air garam. Kebiasaanya telur masin diperbuat daripada telur itik. Belum pernah lagi saya melihat telur masin diperbuat dari telur ayam. Mungkin ada kot, kot je la kan, hahaa.

Proses untuk menghasilkan telur masin tidak begitu rumit untuk dilakukan. Ianya begitu mudah dan tidak memerlukan peralatan yang mahal.

Nak tahu tak macam mana caranya, caranya adalah seperti berikut:

  1. Pilih telur yang bermutu tinggi, telur yang mempunyai kuning telur yang kemerah - merahan    adalah lebih sesuai.
  2. Masukkan garam dalam air sehingga garam hancur dan biarkan air garam sejuk terlebih dahulu. Setelah air garam sejuk, tuang air garam tersebut ke dalam bekas yang berisi telur.
  3. Pastikan telur tersebut tenggelam di dalam air garam.
  4. Biarkan telur tersebut selama 10 - 11 hari. Jangan lama sangat, nanti tak leh nak makan, hehehe.
  5. Selepas 10 hari, telur masin dah pon siap. Dah pon boleh makan. Mudahkan.

SOURCE BY GOOGLE


JANGAN TERLIUR OKAY 😋 , SOURCE BY GOOGLE



Tapi ada sedikit nota yer.

  1.  satu telur = 1 sudu garam kasar
  2. Jika ingin memasukkan telur yang baru, tandakan 'X ' atau apa - apa je la supaya tidak tertukar dengan yang lain.

Sesetengah orang, diorang tidak menggunakan air garam tetapi menggunakan tanah liat kering dan sekam padi yang dibakar. Tapi cara ini agak sukar untuk mendapatkan sumber tersebut.



TELUR MASIN YANG MENGGUNAKAN KAEDAH TANAH LIAT DAN SEKAM PADI, SUMBER GOOGLE


Sekian sahaja daripada saya, selamat mencuba semua, 💪



Thursday, 22 February 2018

BAGAIMANA MUTIARA DIHASILKAN OLEH TIRAM



Sebut je pasal mutiara, mesti korang terbayang kan duit kan. Yer, mutiara adalah perhiasan kecantikan wanita yang mahal. Kebiasaanya mutiara dijadikan sebagai perhiasan untuk kaum wanita, tetapi mutiara juga digunakan sebagai bahan utama untuk produk kosmetik. Hmm, semua untuk perempuan la.


photo by google


Jaga - jaga kalau korang nak belikan mutira nie ( gelang, rantai, etc. ) . Yelah, manatahu nanti korang nak buat suprise anniversary ker. haha. Secara umumnya, mutiara mempunyai 2 jenis iaitu mutiara  asli dan mutiara tiruan. Semestinya harga diantara mutiara tersebut berbeza la okay.

Mutiara asli semestinya lebih cantik berbanding tiruan. Mutiara asli diperoleh secara semulajadi iaitu melalui tiram yang dikutip daripada dasar laut. Macam mana yer tiram dapat menghasilkan mutiara. Korang tahu tak?


photo by google


Haa, sebenarnya ini berlaku disebabkan oleh tindak balas semulajadi. Tiram akan menghasilkan sejenis lapisan yang dipanggil 'narce' yang menyeleputi bendasing tersebut. Nacre merupakan sejenis cecair yang terdiri daripada kalsium karbonat. Ia jugs terdiri daripada protein conchin dan perlucin yang bertindak sebagai gam untuk menyatukan lapisan ini.

Sementara itu, mineral aragonite pula mempunyai struktur kristal. Gabungan ini akan menghasilkan kristal yang seakan bercahaya. Lama kelamaan , lapisan narce akan semakin menebal dan menyeleputi bendasing maka terjadilah mutiara. Yaa, proses ini memakan masa yang agak lama untuk menghasilkan mutira asli. Realiti, tidak kesemua mutiara adalah berbentuk sfera. Ada yang bujur dan tidak sekata.


photo by google


Sementara itu, mutiara tiruan pula dihasilkan dengan menyelaputi lapisan luar manik yang diperbuat daripada gelas dengan pelarut organik yang mempunyai ciri - ciri berkilat. Maka tidak hairanlah mutiara tiruan mempunyai permukaan yang sangat licin dan seakan bercahaya.


photo by google


Itu saja daripada saya, harap perkongsian ilmu ini dapat membantu korang semua di masa hadapan.

INDAHNYA PENGALAMAN

Hye, bertermu kembali untuk blog kali ini.hahaa. Yaa, mungkin ini blog terakhir untuk sesi tahun 2018. Jika deberi kesempatan, bertemu kemba...