Showing posts with label shukrimhmmd. Show all posts
Showing posts with label shukrimhmmd. Show all posts

Monday, 19 November 2018

experience onboard ships

Hye guys!!

long no time no see you all hahahaha. jadi harini saya nak kongsi sedikit pengalaman saya semasa di atas kapal. saya suka kongsi pengalaman saya semasa di atas kapal especially pengalaman manis lah hahaha kalau pengalaman pahit siapa je nak kongsi kan.

hahaha alright jadi saya nak mulakan ni. saya dah kumpul seatime sebanyak 13 bulan. saya telah menaiki 4 kapal sebelum ini iaitu :

eagle kinarut & eagle louisiana


bunga kelana 4 & bunga kelana 3

untuk sesiapa yang aet sponsored mereka sangat lah beruntung kalau naik kapal yang bermula dari huruf K contohnya eagle kinarut , eagle klang , eagle kinabalu sebab sistem kapal tu adalah sistem yang paling senang untuk kita buat kerja hahahhaa 

saya telah diletakkan di bunga kelana 3 & 4 di mana kapal itu adalah kapal kapal yang lama daripada MISC yang telah dipindahkan ke AET. Sistem kapal lama sangat susah ini kerana kebanyakkan sistem telah rosak jadi kami harus menggunakan cara manual untuk mengendalikan sesuatu pekerjaan di mana ia memerlukan tenaga yang lebih untuk menyiapkan sesuatu pekerjaan.

kebanyakkan valve-valve diatas kapal itu semuanya telah rosak jadi kami harus menggunakan tenaga sendiri untuk membuka valve itu agar proses discharging dapat berjalan dengan lancar

antara pengalaman yang paling mencabar untuk saya ialah apabila Chief Officer saya membenarkan saya untuk in charge in navigational watch semasa di Melaka Singapore Strait di mana laluan itu sangatlah mencabar untuk semua pelaut akan tetapi saya berjaya lakukan dengan selamat. Alhamdulillah saya cukup bangga dengan diri saya sendiri. Terima kasih kepada Chief Officer saya iaitu C/O Vinay Pratap Singh.

gambar selepas kejayaan hahaha

saya sebagai pelajar tahun akhir di Akademi Laut Malaysia ini tidak sabar untuk habiskan apa yang saya perlu habiskan dan pass the examination with flying colours dan kembali semula ke kapal kerana saya amat rindu suasana di atas kapal sana. saya cukup berbanggan kerana saya dapat menceburkan diri saya di dalam bidang ini. tidak semua mampu untuk meninggalkan yang tersayang demi kerjayanya dan untuk menyara kehidupan masing masing. Alhamdulillah atas peluang ini. Terima kasih ya tuhan!

sekian sahaja 

assalamualaikum.

DNS 20's



Thursday, 26 July 2018

Planning a.k.a merancang

PLANNING.


Assalamualaikum kawan kawan. Setelah berbincang dengan kawan kawan semua jadi untuk minggu ini saya dapat assignment yang berjudul (planning)

Jadi untuk planning ni saya nak kongsi dengan kawan kawan tentang saya "plan" team bola saya semasa di karnival sukan palapes laut (kspl) di Universiti Putra Malaysia

Memandangkan saya minat dengan bola jadi saya pilih bola sepak untuk saya siapkan kerja ini. Alright jadi mari bermulaaa yahooo!!!

Pada mulanyaaa saya rasa team kami memang kekurangan pemain yang betul betul pandai main bola sepak, jadi saya rancang untuk mengadakan pembantu untuk bantu saya dalam menyenaraikan pemain pemain bola

Ahmad Danial


Alhamdulillah setelah beberapa hari kemudian saya dan pembantu berjaya mendapatkan pemain pemain yang boleh membimbing nama Akademi Laut Malaysia ke arah yang lebih tinggi. Ini kerana setiap kerja yang kita lakukan mestilah dengan sempurna dan terancang. Namun itu, kami masih lagi kekurangan seorang pemain di posisi sayap kiri tetapi saya teringat akan sahabat saya yang baru sahaja turun dari kapal dan saya mengambilnya masuk ke dalam skuad bola sepak kami. Alhamdulillah semuanyaaa sudah selesai.

Minggu demi minggu kami berusaha keras berlatih agar misi yang kami satu kumpulan impikan tercapai iaitu tempat pertama dalam acara itu. Pelbagai latihan kami adakan bagi menguji tahap kardiovaskular masing masing bagi menghadapi pertandingan itu.




Dengan senarai nama yang ada saya merancang untuk meletakkan strategi 3-2-3 untuk kumpulan saya. Selaku Captain pasukan saya memilih strategi ini kerana setiap pemain yang kami ada mempunyai posisi masing masing dalam strategi itu. Jadi mudah untuk saya melakukan gantian untuk penain yang keletihan.

Pada hari kejadian, pasukan kami diletakkan bersama pasukan daripada Uitm, Politeknik dan juga KD Sri Klang. Alhamdulillah dengan segala usaha yang kami kerahkan sebelum ini kami berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir dalam pertandingan itu. Para penyokong pasukan ALAM sentiasa memberikan sokongan yang sepenuhnyaaa kepada kami ketika jatuh dan bangun kami. Sejujurnya para penyokong adalah satu satunya pemangkin semangat kami untuk menumbangkan pihak lawan dan kami berjaya lakukannya dengan baik sekali.

Mungkin pada hari itu, hari bukan memihak kepada pasukan kami apabila kami tewas kepada pasukan daripada Universiti Putra Malaysia dalam perlawanan akhir. Kami tewas sepakan penalti kepada pasukan itu. Namun bukan itulah yang saya ingin ceritakan. Main point is kami berusaha bersungguh sungguh untuk membimbing nama ALAM ke persada yang lebih tinggi dan kami berjaya layak ke perlawanan akhir di mana itu bukannya jalan yang mudah. Saya sebagai Captain pasukan cukup berbangga dengan pencapaian saya dan juga yang lain kerana telah berjaya merancang sesuatu dan hampir mengejar apa yang kami tuju.

Sudah pasti lepas ini saya akan pastikan pasukan kami akan memenangi pertandingan itu sekali lagi. Perancangan yang teratur adalah satu perkara yang diperlukan bagi mengejar impian masing masing. Tidak lupa juga kepada Sang Pencipta. Kita Usaha, Doa dan Tawakkal. Perancangan juga boleh diterapkan dalam diri seorang pelajar untuk mencapai target masing masing dalam aspek akedemik.

Sekian,

Muhammad Shukri B Muhammad




Monday, 16 July 2018

Idola

PAUL LABILE POGBA

google source


Paul Labile Pogba atau dikenali sebagai Paul Pogba ialah seorang pemain bola yang berasal dari negara Perancis yang dikenali di seluruh dunia. Kenapa saya pilih dia sebagai idola? Sebab saya suka main bola jugaa dan satu perkara yang penting Paul Pogba ialah seorang muslim yang sentiasa menjaga rapi ibadatnyaa.

Paul Pogba mempunyai 3 orang adik beradik termasuk dirinya sendiri. Ketiga-tiga adik beradik terlibat dalam kancah bola sepak dunia.

Pada awalnya Paul Pogba bermain untuk kelab dari England iaitu Manchester United pada usia mudanya. Pogba telah memasuki ke akademi Manchester United pada usia 16 tahun. Pada usia 19 tahun Paul Pogba telah diserapkan ke skuad senior Manchester United. Namun Pogba telah dijual ke kelab dari Itali iaitu Juventus secara percuma

Tahun demi tahun Pogba telah semakin terkenal dengan cara permainannya yang cantik sejak memasuki Juventus. Pogba telah mendapat kesebelasan Utama dalam skuad itu.


Pada tahun 2016, Manchester United berminat untuk mendapatkan khidmatnya semula daripada Juventus akan tetapi tidak akan melepaskannya sebegitu mudah. Manchester United telah membayar sebanyak 93 juta pound sterling untuk Pogba. Ramai peminat Manchester United gembira dengan kehadiran semula bintang dari Perancis ini.

Perkara yang saya minati tentang dirinya ialah dia sangat menjaga ibadatnya sebagai seorang muslim. Pogba tetap akan berpuasa pada bulan Ramadhan walaupun terlibat dengan permainan di liga England. Pogba selalu berdoa sebelum bermulanya setiap permainan.


Dan juga Pogba akan melawat ke rumah Allah setiap kali liga Perdana England telah habis permainan. dia seorang yang happy dan juga baik hati dan tetap akan focus dalam permainan tidak kira apa rintangan pun yang dihadapinya


Dan pad tahun ini, 2018 Pogba Bersama rakan seperjuangannya telah memenangi Piala Dunia Bersama Perancis atas semua usahanya. saya cukup berbangga dengan pencapaiannya dan dia juga idola saya disamping Nabi Muhammad s.a.w dan juga ayah saya sendiri. Tahniah untuk Perancis.

Sekian dari saya Assalamualaikum.










Tuesday, 29 May 2018

Dance

okay. so hari ini aku nak share sikit pasal dance group yang sekarang ni tengah top.

aku tahu ramai kawan kawan aku dan yang lain lah suka sangat menari.

so, aku nak bagitahu korang antara kumpulan kumpulan yang top gila gila sekarang ni dengan tarian mereka. choreography mereka memang tip top altintop

kalau kalau korang ada rasa nak tiru gaya diorang boleh search youtube carik diorang punya choreography.

aku dari dulu memang sinat satu dancer ni, gaya semua slow tapi diorang punya pergerakan semua sama.

JABBAWOCKEEZ

tipu lah kalau korang tak kenal dengan kumpulan ni. dari dulu sampai sekarang diorang masih top dengan movement diorang.

takda siapa lagi yang boleh kalahkan diorang punya dance. memang perfect. thorbaek



Jabbawockeez ni selalu jugak join mana mana event yang terkemuka lah. menang pulak tu. semua pergerakan diorang memang sama dan kemas.

saya pun pernah dulu sampai taksub sangat nak terbeli diorang punya mask dekat website jabbawockeez.com. tak pernah jemu


pada tahun 2014, mereka telah terlibat dalam world of dance competition. dikumpulkan semua dancer yang menarik dan cantik dengan pergerakkannya. tetapi Jabbawockeez masih mengekalkan reputasi nya dengan mendapat tempat pertama.

gayab yang kemas, ringkas tetapi sama pergerakkanya mampu menarik hati ramai penonton dan para juri.

pada masa yang sama,


Dua beradik yang digelar 'Les Twins" berada di tempat ke-2


dan ke-3 ialah Fik-Shun

kalau kalau berminat nak tengok tu boleh usya youtube yaa kawan kawan. best .

itu sahaja dari saya. sekian






Tuesday, 17 April 2018

Ghost

hey guys.

cerita pasal hantu ni kan aku lah paling lemah sekali. tiap kali tengok cerita hantu ni malam malam mesti aku tak dapat tidur. macam macam yang difikirkannya.

rasa macam bila nak tidur tu kan ada je fikir orang tarik selimut aku, hahaha aku paling benci macam tu ah

kalau kawan perempuan ajak tengok movie hantu dekat wayang sorry lah aku memang takkan ikut sebab aku akan menjerit. hahahaha

(google source)

anak patung di atas ialah asal daripada cerita Seed Of Chucky. Dia pasal ada satu mahluk halus yang masuk dalam anak patung ni. anak patung ni juga membunuh orang dan macam macam lah hahaha. sampai kan kalau dalam rumah tu ada anak patung klau boleh nak buang semua anak patung yang ada dalam rumah huhuhu 

(google source)

siapa tak kenal kan kalau nampak lembaga macam ni? hahaha sebab pernah sekali aku ternampak kelibat benda ni masa otw balik ke rumah. time tu lalu jalan kosng tepi semua hutan hutan then time tu Tuhan bukakn mata ni pula huhuhu. ternampak lah benda ni terbang dari pokok ke pokok. aku pun pulas lah motor tu laju laju haihhhh

(google source)

Valak. itu adalah nama bagi mahluk ni. jin yang kuat antara jin jin yang kuat. aku tak boleh tengok sangat gambar ni lama lama tak tidur nanti. bila tengok cerita dia ni ya tuhan takut ya amat hahahaha. tak berani tengok sorang sorang

(google source)

Tipu lah takk kenal dia ni. aku rasa hantu seram dekat jepun. series duhhh benda ni buat aku mandi tak tenang tidur tak tenang semua tak tenang hahahaha. aku tak suka takut takut ni tapi aku tak tahu kenapa aku suka tengok cerita hantu haha. dia punya merangkak tu lain macam punya merangkak

(google source)

haaa ni lagi satu. dalam banyak banyak hantu yang dikenali ramai ni lah yang paling aku tak suka paling aku benci paling aku taknak tersermpak. tak tahu kenapa. menyeramkan. boleh buat aku pengsan. nak tengok gambar ni pun aku takut hahaha. same goes to my friends they said. sebab dia putih dari atas sampai ke bawah dan berdiri statik macam tu je mana tak takut huhuhu.

kita ni sebagai manusia ada yang percaya bahawa benda ni wujud ataupun tidak. bagi saya jin tu wujud bila bila masa cuma jangnlah ganggu mereka kalau taknak kena ganggu. sentiasa kepada jalan yang benar kepada jalan mendapat keredhaan tuhan masing-masing.

jadi terima kasih banyak banyak atas perhatian anda. jumpa lagi guys <3













Jersey

hye guys.

saya cuba nak bagitahu yang saya suka beli jersey huhu. terutama jersi bola sepak. tak kisah lah dari mana mana pasukan pun. sebab saya memang suka pakai jersi bola

tujuan saya cerita pasal blog ni saya nak bagitahu antara antara jersi yang cantik yang boleh anda semua miliki. boleh pakai buat sukan, jalan jalan pun boleh

saya ada satu account instagram, dia ada jual banyak jersi jersi yang menarik. nanti boleh usya usya.

boleh kata setiap bulan satu baju saya akan beli huhu

do visit kedai_jersi_online on instagram bruvv

jom!

Atletico Madrid Jersey (google source)
Jersi atas ni memang tengah panas sekarang ni. ramai betul peminat nak beli baju ni. nak pakai buat jalan jalan pun sesuai tau hehe

LA Galaxy Jersey (google source)

Baju atas ni makin panas sebab seorang pemain berkelas duni baru saja masuk ke pasukan ini iaitu Zlatan Ibrahimovic. Memang style baju ni

Juventus Jersey (google source)

Semua baju baju di atas awak awak semua boleh didapatkan dekat nama insta yang saya dah bagi dekat atas tu. harga pun murah kain pun berkualiti memang terbaik lah. nak beli original dekat kedai pun boleh tapi mahal sikit lah huhu dalam RM320

AC Milan Jersey (google source)

saya teringin untuk melawat stadium bagi kelab di atas iaitu di Itali. Jika ada peluang untuk saya ke sana saya takkan lepaskan peluang. stadium mereka sangatlah cantik dan dikenali satu dunia. 

Dan terakhir sekali saya rasa jersi yang cantik ialah jersi dari kelab Perancis iaitu Marseille. Satu kelab yang diminati oleh saya suatu ketika dahulu namun tidak sekarang huhu








Tuesday, 10 April 2018

series of watch you should buy

salam guys.

jadi hari ni saya nak bincangkan sikit pasal jam tangan yang patut ada untuk para lelaki. certain lelaki tak suka nak pakai jam sebab tak selesa.

kadang-kadang jam ni menunjukkan personaliti seseorang. tapi takda bagusynya kalau kasut mahal tapi tak tepati masaaaaa.

okay so now saya nak bagitahu jam-jam yang kau boleh beli. harganya tak terlalu mahal dan tak terlalu murahhh.boleh pakai lahh kann. okay jom!

MVMT (GOOGLE SOURCE)

jam dekat atas ialah jam yang berjenama MVMT. jam ni takda lah terlalu mahal. tapi jam ni rare sangat sangat sangat. Jam ni boleh didapatkan hanya di United States of America. seriesly. kalau admin nampak orang pakai jam ni memang wowwww lah. terbaik. harga dalam RM dalam sekitar RM700+

FOSSIL (google source)

jam fossil ni ramai yang pakai oleh para remaja sekarang sebab cantik dan juga murah untuk didapatkan. majoriti apa yang saya nampak semuanya pakai jam jenama FOSSIL sebab style dan gempak lah. nampak handsome bro

Daniel Wellington ( google source)



Nautica (google source)

so saya rasa ini adalah jam-jam yang saya minati tapi susah untuk saya cari. kalau korang ada jumpa roger roger ehhh. i love you guysss






Sunday, 8 April 2018

Cats

jadi, harini ingin kongsi dengan anda jenis jenis kucing yang terdapat di muka  bumi ini.

ada yang banyak bulu, ada yang macam harimau, ada yang belang-belang dan lain-lain

actually, ayah saya gemar untuk bela kucing di rumah, jadi banyak sangat kucing yang saya ada dekat rumah sekarang ni.

penuh dengan bulu-bulu kucing dalam rumah, terpaksalah saya membersihkan segala bulu-bulu yang ada dekat rumah tu.

jadi, ini antara jenis-jenis kucing yang ada:

maine coon cat (google source)
maine coon ialah salah satu jenis kucing yang digemari ramai kerana bulunya yang cantik dan lebat. akan tetapi kos untuk menjaganya sedikit tinggi kerana makanan yang perlu diberi kepada kucing ini perlulah makanan yang mempunyai zat dan kalsium serta protein untuk menjaga bulunya.

british short hair (google source)

kucing di atas ialah jenis british short hair. kucing jenis ini tidak mempunyai bulu yang lebat akan tetapi mempunyai bulu yang sekata dari kepala sampai ke badannya. selalunya kucing ini mempunyai telinga yang comel. dan itu membuatkan saya jadi geram untuk membelanya. namun jika mahu dibeli haruslah sediakan duit yang banyak kerana harganya yang terlalu mahal


scottish fold (google source)

Scottish Fold. apa yang saya tahu tentang kucing ini ia berasal dari negara scotland. telinga kucing ini menjadi tumpuan para pembela kerana terlau kecil dan comel. aumm. begitu juga matanya yang bulat. kos penjagaanya juga tidak terlalu tinggi tetapi haruslah diberikan makanan yang berkualiti dan berkhasit demi menjaganya dengan baik.

bombay (google source)

Bombay. atau boleh dikenali sebagai kucing kampung yang berwarna hitam. saya tak tahu segelintir para pembela tidak berminat untuk menjaga kucing jenis ini. tetapi tidak untuk saya, saya paling gemar memiliki kucing warna hitam, kadang-kadang geram juga dengan perangainya yang comel. saya ada satu!!! nama dia BILAL sebab dia hitam hehe

jadi dengan ini sahaja perkongsian saya. sekian harap maklum. cau guys




Tuesday, 20 March 2018

World Class Football Player

salam. morning guys jadi hari saya ingin share sikit harga bagi pemain bola sepak terkenal didunia. disebabkan saya minat dengan bola so saya nak share sikit.

saya ni manchester united die hard fans hahaha. so jom!!
Lionel Messi (google image)

Lionel Messi ialah pemain yang sangat hebat pada zaman ini. beliau telah menjaringkan gol yang banyak untuk membantu pasukannya mara ke lebih jauh. Harga yang telah ditetapkan oleh kelab ia iaitu FC Barcelona ialah RM658 juta pound. dan saya yakin tiada kelab yang mampu mendapatkan khidmatnya serta Lionel Messi juga mendapat gaji seminggu RM550k pound . bayangkanlah berapa banyak duit si dia haihhh.
Neymar Jr (google image)
                                                                          Neymar pada mulanya bermain bersama Lionel Messi di FC Barcelona akan tetapi selepas kelab perancis menawarkan harga yang lumayan maka Neymar hasrat untuk berpindah ke kelab perancis itu. Kelab yang diwakili oleh Neymar pada masa kini ialah Paris Saint Germain. Neymar Jr yang berharga 238 juta pound. Ura-ura mengatakan bahawa Neymar bakal berhijrah ke kelab lamanya FC Barcelona selepas kelab yang diwakilinya tersingkir dari liga juara-juara.
Ousmane Dembele

Ousmane Dembele merupakan pemain muda yang paling berbakat pada masa kini. Beliau hanya berumur 21 tahun dan sudah mewakili kelab terbesar dunia iaitu FC Barcelona. Beliau dilahirkan di Perancis dan menganut agama islam. beliau memiliki attitude yang baik dan juga disiplin ketika beraksi. FC Barcelona telah menetapkan harga untuknya iaitu 168 juta pound. 


Paul Labile Pogba


                                                                                                                                                                 Paul Pogba ialah pemain yang dilahirkan di Perancis. Pada awalnya beliau telah dijual oleh Manchester United kepada kelab Itali iaitu Juventus dengan harga yang sangat murah iaitu 6 juta pound. Dan ketika beliau bermain bersama kelab Juventus prestasi pemain ini semakin lama semakin meningkat sehingga menjadi pemain yang berkelas dunia. Kini Manchester United memilikinya semula dengan membeli pemain ini daripada Juventus dengan harga 138 juta pound. Namun prestasinya hingga kini menjadi persoalan kerana tidak konsisten.



Paolo Dybala
Pemain berkelahiran Itali ini ialah salah satu pemain yang mempunyai peningkatan yang paling mendadak. Beliau telah banyak membantu kelab yang diwakilinya iaitu Juventus di peringkat dunia. Beliau juga dikhabarkan akan menyertai Manchester United bersama teman rapatnya Paul Pogba. Namun Juventus telah menetapkan harga untuk Manchester United mendapatkan khidmatnya iaitu 123 juta pound. beliau juga pemain yang mempunyai penyudah yang amat baik apabila di depan gawang gol.





Friday, 16 March 2018

Visit China

who is she? Cobra Lily?

shukrimhmmd
hai guys, assalamualaikum and good day to you all

jadi, hari ni aku saja nak share kan tempat tempat yang aku dah lawat sebelum ni di mana korang patut pergi ke sana. it is highly recommended for you guys.

tempat dekat china. shanghai dan juga guangzhou

dekat situ korang boleh nikmati pandangan yang amat menenangkan. kalau nak rasa sejuk boleh pergi masa musim sejuk kalau nak panas boleh pergi masa musim panas. tapi mana mungkin kita nak pergi masa musim panas kan? hahaha malaysia lagi panas

dalam gambar tu ialah saya, abang saya dan juga ayah saya sebelum kami ke sana
kami sampai di sana pada pukul 8 malam di China. pada waktu itu tiada seseorang pun daripada mereka tahu untuk berbahasa inggeris. kami kebuntuan hahaha. kami perlu ambil teksi untuk ke Guangzhou tapi tulah masalahnya. cakap bahasa inggeris pun mereka tak faham langsung.

So, what we do kami mengambil keputusan untuk mengambil train yang digelar bullet train of china untuk ke destinasi kami. memang betul betul laju. dalam 420km/h . sampai sahaja di sana kami terus berehat dan alhamdulillah sampai juga di sana

Guangzhou, China
pada keesokan harinya kami berjalan jalan hingga ke larut malam. tapi ofkos lah solat tak tinggal kan. sebab dekat sana masjid pun senang nak cari. tapi susah nak cari yang pandai cakap inggeris hahaha. kami menetap di Guangzhou selama 3 hari 2 malam. kemudian kami berpindah destinasi ke Shanghai,China menaiki bullet train lagi sekali. hahaha sekejap je dah sampai.

setibanya saya di Shanghai, Allahu pemandangannya yang sangat sangat indah untuk kita nikmati sama ada pagi atau malam. memang tak akan jemu. bagi saya ini adalah percutian yang berbaloi. dekat sana pun murah murah je kalau nak shopping. seriously. 

Shanghai Street, China
jika berpeluang untuk ke sana lagi saya sangatlah bersyukur tapi kali ni in shaa allah dengan isteri pula lah hahaha

Guangzhou, China

so aku rasa sampai sini je lah aku nak share guys. ada apa apa nak tanya boleh direct jumpa tanya pasal apa apa dekat sini okay. gerak dulu apa apa roger!







Tuesday, 13 March 2018

Sneakers Baik Punya

Salam guys,

So hari ini aku nak suggests bagi penggemar sneakers di luar sana. Mana nak cari yang murah dan original.

Maklumlah, zaman sekarang pemuda pemuda begitu minat memiliki kasut sneakers untuk berjalan jalan.

Ada satu kedai yang bernama JD Sports. Di situ terdapat kasut kasut yang rare untuk orang pakai. Harganya juga berpatutan daripada harga sebenar kasut sneakers itu.

JD SPORTS :google image

So, saya nak bagitahu dekat mana kedai ini ada. Butik ini terdapat di
1) Sunway Pyramid
2) Pavilion KL
3) Johor Premium Outlet
4) Jusco Tebrau
5) Melaka Parade

Tak banyak mall yang ada butik ini. So, mana mana rumah yang dekat tu boleh lah kot pergi usya usya kasut lawa dekat sini. Boikk bro!

Antara list list kasut yang gemar dicari orang ramai

Air Jordan Bred Toe :google image
Kasut Air Jordan ni tak ramai yang pakai sebab harganya yang terlalu mahal. tetapi korang boleh dapatkan kasut ni dekat mall yang dekat atas tadi JD Sports. Harga sebenar kasut dalam sekitar Rm1200. Tetapi korang boleh dapatkan dekat butik tu dengan hanya RM 5++ . Kira murah lah kasut yang mcam ni dapat harga 5++ .

Nike Undefeated 97 : google image

Sebenarnya ni ialah kasut Nike Airmax. Tapi ini airmax design lama punya. design pada tahun 1997. So thats why ramai jugak lah yang terkejar kejar kasut ni. bagi saya kasut ni antara yang terlawa lah huhu. Harga sebenar kasut ni ialah RM 5++ tapi kalau dekat butik JD SPORTS tu korang boleh dapat dalam 3++ lah. So worth it lah bagi penggemar kasut ni. Sebab Rare

Adidas NMD :google image

Di atas ialah Adidas NMD. Certain people they prefer to used Adidas instead of Nike thats because of some reason dia lah. bagi saya Nike ialah jenama kasut yang paling sya gemari. Harga sebenar dalam sekitar RM700 tapi korang boleh dapatkan dekat JD SPORTS dalam harga 4++ to 3++ something. So grab it now guys huhuhu

Adidas Ultra Boost: google image
Kasut di atas adalah salah satu kasut adidas yang digeruni ramai kerana bentuk dan warna kasutnya yang lawa dan menarik. Begitu juga selesa untuk dipakai sama ada berjogging ataupun berjalan. Dua-dua boleh. Harga sebenar ada dalam sekitar RM 1050. Macam tak percaya bukan? hahaha tapi harga yang korang boleh dapat dekat butik tu dalam sekitar RM 8++. Sedikit mahal tetapi untuk peminat tegar kasut nin diorang akan beli jugak.

Vans Pa'din Musa : googleimage
Kenapa kasut dekat atas tu nama Vans Pa'din Musa?? Sebab Pa'din Musa ialah salah seorang Ikon Vans dari |Malaysia. Jadi dia ialah skater yang paling dikenali ramai di malaysia. Ramai skater skater yang menjadikannya sebagai idola. Vans juga boleh didapati di butik JD SPORTS. Harga sebenar kasut ini dalam sekitar RM 3++ mengikut jenis kasut yang dibelinya.

So kalau kalau berminat nak cari kasut yang rare tu boleh lah kot pergi butik ni. It Is Highly Recommended for you guys. Gerak lu pape roger

Air Jordan 5 <3







INDAHNYA PENGALAMAN

Hye, bertermu kembali untuk blog kali ini.hahaa. Yaa, mungkin ini blog terakhir untuk sesi tahun 2018. Jika deberi kesempatan, bertemu kemba...