Engineer (AirAsia) & Seafarer (AET)
so, here it is my third entry for you guys to enjoy. maybe hahaha
Jadi hari ini saya mahu menceritakan tentang seorang jurutera dan juga seorang pelaut yang bermaksud abang saya dan saya.
saya mempunyai 6 orang adik beradik. Di mana terdiri daripada 4 perempuan dan 2 lelaki termasuk saya.
Muhammad Munawwar |
Gambar di atas ialah abang saya yang bernama Muhammad Munawwar B Muhammad. Berumur 25 tahun dan sudah juga mendirikan rumah tangga bersama isterinya, Nabila Hanna 💓
Pada tarikh 9/10/2017 |
Pada zaman kanak kanak dahulu, saya dan abang saya sering dimarahi ayah dan juga ibu kami kerana tidak menyiapkan kerja sekolah, nakal, dan sebagainya. Kami juga tidak lah begitu "score" dalam peperiksaan yang besar seperti upsr, pmr dan spm. Cukuplah kredit untuk semua subjek bagi melayakkan diri ke peringkat yang lebih tinggi iaitu Universiti.
Alhamdulillah rezeki Allah itu luas. Kami hanya mampu usaha doa dan tawakkal. Alhamdulillah dengan segala nikmat yang Tuhan kurniakan kepada kami. Abang saya bekerja sebagai Jurutera di sebuah syarikat penerbangan iaitu AirAsia.
AirAsia |
Manakala saya juga sebagai seorang pelaut di sebuah syarikat yang bernama AET
American Eagle Tanker |
"Abang di udara, Adik di laut"
Itulah ungkapan yang selalu dikatakan orang ramai yang mampu membuat hati ayah saya berbangga dengan pencapaian kami. Jikalau arwah ibu masih ada lagi di dunia semestinya dia juga berbangga dengan apa yang kami kecapi.
Namun dengan itu saya berusaha akan menjaga ayah saya sebaik mungkin sebagaimana beliau menjaga saya dari kecil hingga ke dewasa <3
No comments:
Post a Comment