photo by Google |
Setiap manusia mempunyai perancangan masing-masing. Perancangan masa depan boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti jangka masa panjang dan jangka masa pendek. Perancangan ini disebabkan oleh beberapa faktor iaitu umur, persekitaran dan bidang kerjaya dan lain-lain. Kadang-kadang, perancangan yang kita hendaki tidak seperti yang dilalui. Disebabkan itu, kita mestilah mempunyai banyak perancangan seperti plan A , plan B dan plan C.
photo by Google |
Bercakap tentang perancangan, perancangan yang penting adalah tentang kerjaya. Dimana kita suatu hari nanti. Mungkin saat dan tika ini, kita hanya mampu melihat orang - orang yang telah berjaya dalam hidup. Mempunyai keluarga dan anak - anak pasti membuatkan hati kecil kita juga ingin menjejak langkahnya. Dengan mempunyai kerjaya, kita akan mempunyai kewangan yang stabil. Kewangan pada era ini adalah salah satu benda yang amat bernilai dan berharga, tanpa wang ringgit, tidak ada sesuatu yang dapat kita miliki walaupon sekecil - kecil benda. Bukan bercakap tentang sifat materialistik, tapi itulah hakikat sebuah kehidupan yang nyata.
photo by Google |
Tapi harus kita ingati, yang perancangan sahaja tidak membuahkan hasil. Ianya mestilah didahului dengan USAHA. Tanpa usaha, perancangan hanyalah semata - mata perancangan, seperti buih-buih ombak yang terdampar di pesisir pantai, yang tidak memberi apa-apa kebaikan. Walaupon kita gagal pada kali pertama, itu tidak bermakna kita gagal untuk selama-lamanya. Jadi teman-teman, jangan berputus asa. Mungkin itu adalah salah satu ujian tuhan kepada kita. Yeahhh💪💪💪. Kita boleh menjadikan idol kita sebagai satu inspirasi kepada kita, seperti Robert Kuok.
photo by Google |
Bercakap tentang bidang perkapalan, begitu banyak benda yang perlu dikobarkan agar orang-orang yang tersayang dapat menikmati kehidupan yang baik. Panas terik adalah tempat permainan yang tidak asing lagi. Berada di lautan selama setengah tahun, malah ada yang mencapai 8 bulan tidak menjadi penyebab untuk berputus asa. Beraya berseorangan juga benda yang biasa untuk pelaut. Dan tidak lupa juga meninggalkan isteri dan anak-anak dirumah tanpa bertemu selama 8 bulan dan pasti anak-anak kecil mungkin tidak lagi mengenal pasti kita, munkin menangus apabila mendekatinya. Yelah,8 bulan x pernah nampak kot 💆..
Jadi, untuk mengelakkan bermacam - macam masalah yang mungkin menyebabkan pelaut tidak lagi dapat meneruskan kerjaya tersebut, perancangan harus dan mesti dilakukan. Sebagai contoh, perancangan untuk berkahwin, perancangan untuk membeli aset seperti rumah, perancangan kewangan dan lain-lain. Ada sesetengah pelaut mempunyai perancangan untuk membuka bisnes kecil - kecilan dan menjadikan kerjaya pelaut sebagai sumber untuk mendapatkan modal.
So, kata - kata terakhir daripada saya, rancanglah kehidupan anda semua dan jadikan perancangan tersebut menjadi kenyataan.
-ia kekal dongeng jika engkau sendiri tidak berjalan-