Assalamualaikum kawan kawan. Setelah berbincang dengan kawan kawan semua jadi untuk minggu ini saya dapat assignment yang berjudul (planning)
Jadi untuk planning ni saya nak kongsi dengan kawan kawan tentang saya "plan" team bola saya semasa di karnival sukan palapes laut (kspl) di Universiti Putra Malaysia
Memandangkan saya minat dengan bola jadi saya pilih bola sepak untuk saya siapkan kerja ini. Alright jadi mari bermulaaa yahooo!!!
Pada mulanyaaa saya rasa team kami memang kekurangan pemain yang betul betul pandai main bola sepak, jadi saya rancang untuk mengadakan pembantu untuk bantu saya dalam menyenaraikan pemain pemain bola
Ahmad Danial |
Alhamdulillah setelah beberapa hari kemudian saya dan pembantu berjaya mendapatkan pemain pemain yang boleh membimbing nama Akademi Laut Malaysia ke arah yang lebih tinggi. Ini kerana setiap kerja yang kita lakukan mestilah dengan sempurna dan terancang. Namun itu, kami masih lagi kekurangan seorang pemain di posisi sayap kiri tetapi saya teringat akan sahabat saya yang baru sahaja turun dari kapal dan saya mengambilnya masuk ke dalam skuad bola sepak kami. Alhamdulillah semuanyaaa sudah selesai.
Minggu demi minggu kami berusaha keras berlatih agar misi yang kami satu kumpulan impikan tercapai iaitu tempat pertama dalam acara itu. Pelbagai latihan kami adakan bagi menguji tahap kardiovaskular masing masing bagi menghadapi pertandingan itu.
Dengan senarai nama yang ada saya merancang untuk meletakkan strategi 3-2-3 untuk kumpulan saya. Selaku Captain pasukan saya memilih strategi ini kerana setiap pemain yang kami ada mempunyai posisi masing masing dalam strategi itu. Jadi mudah untuk saya melakukan gantian untuk penain yang keletihan.
Pada hari kejadian, pasukan kami diletakkan bersama pasukan daripada Uitm, Politeknik dan juga KD Sri Klang. Alhamdulillah dengan segala usaha yang kami kerahkan sebelum ini kami berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir dalam pertandingan itu. Para penyokong pasukan ALAM sentiasa memberikan sokongan yang sepenuhnyaaa kepada kami ketika jatuh dan bangun kami. Sejujurnya para penyokong adalah satu satunya pemangkin semangat kami untuk menumbangkan pihak lawan dan kami berjaya lakukannya dengan baik sekali.
Mungkin pada hari itu, hari bukan memihak kepada pasukan kami apabila kami tewas kepada pasukan daripada Universiti Putra Malaysia dalam perlawanan akhir. Kami tewas sepakan penalti kepada pasukan itu. Namun bukan itulah yang saya ingin ceritakan. Main point is kami berusaha bersungguh sungguh untuk membimbing nama ALAM ke persada yang lebih tinggi dan kami berjaya layak ke perlawanan akhir di mana itu bukannya jalan yang mudah. Saya sebagai Captain pasukan cukup berbangga dengan pencapaian saya dan juga yang lain kerana telah berjaya merancang sesuatu dan hampir mengejar apa yang kami tuju.
Sudah pasti lepas ini saya akan pastikan pasukan kami akan memenangi pertandingan itu sekali lagi. Perancangan yang teratur adalah satu perkara yang diperlukan bagi mengejar impian masing masing. Tidak lupa juga kepada Sang Pencipta. Kita Usaha, Doa dan Tawakkal. Perancangan juga boleh diterapkan dalam diri seorang pelajar untuk mencapai target masing masing dalam aspek akedemik.
Sekian,
Muhammad Shukri B Muhammad
No comments:
Post a Comment