Monday, 23 July 2018

Planning to achive your Goal !!


REVIEW YOUR GOALS TWICE EVERYDAY IN ORDER TO BE FOCUSED ON ACHIEVING THEM. -LES BROWN-

Setiap orang mesti mempunyai matlamat hidup atau nama inggeris nya adalah ‘goal’ masing2 kn . Lain orang lain matlamat yang ingin mereka gapai. Untuk aku, matlamat hidup aku adalah aku ingin menjadi seorang anak yang berguna untuk ibu dan ayahku. Bukan senang nk membanggakan mereka. Mereka telah mendidik aku sehingga aku berjaya. Apabila aku sudah besar , inilah masanya untuk aku membalas jasa mereka. Untuk aku menggapai matlamat aku, aku mestilah ada planning aku yang tersendiri. Antara planning aku ialah :

Aku ingin menghabiskan diploma aku dengan mendapat keputusan yang cemerlang. Apabila aku convocation, aku ingin melihat mereka bangga dengan keputusan yang aku capai. InsyaAllah aku akan belajar dengan bersungguh-sungguh untuk semester 6 ini dan pass all the requirement untuk Mardep.

my love
sweetnye
Apabila aku sudah mendapat coc class 3 dan bekerja dengan company aku iaitu Eaglestar, gaji yang aku dapat aku mesti bagi sedikit kepada mereka . Aku ingin mengurangkan beban ibu dan ayahku. Daripada kecil mereka telah bertungkus lumus mencari rezeki untuk membesarkan aku. Mereka membeli pakaian sekolahku dan setiap hari mereka memberi duit belanja kepadaku. Tak terkira wang yang telah mereka belanja kan kepadaku.

Selain itu, apabila aku sign off daripada kapal, aku ingin membawa mereka melancong ke luar Negara . Ibu seorang yang kaki berjalan, beliau selalu membuat trip ke luar Negara bersama rakan-rakan nya. Tetapi trip itu hanya yang dekat2 sahaja seperti Indonesia dan Vietnam. Jadi , apabila aku mempunyai wang yang lebih, aku ingin membawa ibu bapaku pergi jauh sedikit seperti ke US atau ke Europe. Sebagai seorang anak aku tahu mereka sangat mengidamkan untuk pergi ke tempat2 tersebut. Oleh itu, cara untuk aku menunaikan impian mereka adalah dengan membawa mereka.

Di samping itu, aku cuba untuk mencari kerja didarat dan membeli rumah berdekatan dengan rumah ibu bapaku . Jikalau mereka sakit, aku boleh menghantar mereka ke hospital pada bila2 masa dan apabila mereka lanjut umur, aku ingin menjaga mereka. Itu adalah tanggungjawab yang sangat besar seorang anak. Jangan membiarkan ibu bapa kita bersendirian. Ini kerana orang tua sangat memerlukan kasih sayang anak2 mereka. Aku akan selalu menjenguk mereka di rumah.

Sebenarnya banyak je lagi planning aku. Seperti yang anda baca, semua nya berkaitan tentang duit. Tak semestinya semua nya perlu dibalas dengan duit. “duit tidak boleh membeli kebahagiaan” yes memang betul tu, tapi dengan cara itu juga boleh membahagiakan mereka selain berbuat baik dengan mereka .


bersama ibu di pagi raya

sebelum beraya ke rumah sedara mara

mozac convocation

No comments:

Post a Comment

INDAHNYA PENGALAMAN

Hye, bertermu kembali untuk blog kali ini.hahaa. Yaa, mungkin ini blog terakhir untuk sesi tahun 2018. Jika deberi kesempatan, bertemu kemba...