Thursday, 22 February 2018

BAGAIMANA MUTIARA DIHASILKAN OLEH TIRAM



Sebut je pasal mutiara, mesti korang terbayang kan duit kan. Yer, mutiara adalah perhiasan kecantikan wanita yang mahal. Kebiasaanya mutiara dijadikan sebagai perhiasan untuk kaum wanita, tetapi mutiara juga digunakan sebagai bahan utama untuk produk kosmetik. Hmm, semua untuk perempuan la.


photo by google


Jaga - jaga kalau korang nak belikan mutira nie ( gelang, rantai, etc. ) . Yelah, manatahu nanti korang nak buat suprise anniversary ker. haha. Secara umumnya, mutiara mempunyai 2 jenis iaitu mutiara  asli dan mutiara tiruan. Semestinya harga diantara mutiara tersebut berbeza la okay.

Mutiara asli semestinya lebih cantik berbanding tiruan. Mutiara asli diperoleh secara semulajadi iaitu melalui tiram yang dikutip daripada dasar laut. Macam mana yer tiram dapat menghasilkan mutiara. Korang tahu tak?


photo by google


Haa, sebenarnya ini berlaku disebabkan oleh tindak balas semulajadi. Tiram akan menghasilkan sejenis lapisan yang dipanggil 'narce' yang menyeleputi bendasing tersebut. Nacre merupakan sejenis cecair yang terdiri daripada kalsium karbonat. Ia jugs terdiri daripada protein conchin dan perlucin yang bertindak sebagai gam untuk menyatukan lapisan ini.

Sementara itu, mineral aragonite pula mempunyai struktur kristal. Gabungan ini akan menghasilkan kristal yang seakan bercahaya. Lama kelamaan , lapisan narce akan semakin menebal dan menyeleputi bendasing maka terjadilah mutiara. Yaa, proses ini memakan masa yang agak lama untuk menghasilkan mutira asli. Realiti, tidak kesemua mutiara adalah berbentuk sfera. Ada yang bujur dan tidak sekata.


photo by google


Sementara itu, mutiara tiruan pula dihasilkan dengan menyelaputi lapisan luar manik yang diperbuat daripada gelas dengan pelarut organik yang mempunyai ciri - ciri berkilat. Maka tidak hairanlah mutiara tiruan mempunyai permukaan yang sangat licin dan seakan bercahaya.


photo by google


Itu saja daripada saya, harap perkongsian ilmu ini dapat membantu korang semua di masa hadapan.

No comments:

Post a Comment

INDAHNYA PENGALAMAN

Hye, bertermu kembali untuk blog kali ini.hahaa. Yaa, mungkin ini blog terakhir untuk sesi tahun 2018. Jika deberi kesempatan, bertemu kemba...