Hai,yang ni adalah entry ke 4 yang dari abang.Tajuk
hari ni yang abang nak cerita tentang tempat Duty Free.Kat mana dalam Malaysia
ni adalah duty free?mesti korang ingat kat Pulau Langkawi kan?Tapi abang tak
nak cerita kat Langkawi,tapi abang nk cerita kat Kelantan,memandangkan abang
kan orang Kelantan..hehhe..
Kat Kelantan ni ada dua tempat yang duty free,yang
pertama adalah di Rantau Panjang,dan yang kedua adalah Pengkalan Kubor.Tapi
abang nak cerita satu tempat je hari ni sebab kebetulan family abang nak makan
rojak buah di Pengkalan kubor.
Jarak perjalanan ke Pengkalan Kubor ni dari Kota
Bharu mengambil masa lebih kurang setengah jam hingga 40 minit bergantung
kepada keadaan lalu lintas.Macam mana nak pergi tu pandai pandai la korang
bukak waze ke google maps kea apa kea tau just baca papan tanda jalan je pasal
jalan di Kelantan ni senang je,yang penting tak de tol..hehhehe
Ok,sekarang,bila korang dah sampai kat sana,korang
akan nampak deretan rumah kedai dan deretan khemah kedai.Semua barang yang jual
kat sana tak dikenakan cukai termasuklah GST..hehhe..So,nak dipendekkan
cerita,kat sini harga barang memang superb murah.Malah ada sesetengah
barang,harganya lebih murah dari Langkawi.So,this is heaven for
women,termasuklah mak dengan isteri abang..hehhhe..Jenuh wei menunggu diaorang
pilih barang.Dah la lama tunggu,lepas tu banyak lagi beli,berat weiiii nak
bawak barang barang tu kat kereta.Dugaan wei bila datang ngan
perempuan..hehhe..Contoh barangan yang dijual di sana adalah coklat,pinggan mangkuk,baju,buah
buahan,peralatan dapur,nak disingkatkan,semua ada dijual disini,just stanby
duit,lepas tu bayar je.hehhe.
So,bagi yang berminta nak datang ke Kelantan,Pengkalan Kubor ni adalah salah satu tempat yang menarik untuk korang
menghabiskan duit untuk shooping pasal harga yang ditawarkan confirm berbaloi
baloi..hehhe..Dan untuk orang Kelantan,korang tak payah la nak pergi Langkawi
semata mata nak p beli coklat,Pengkalan Kubor lagi murah wei harga coklat dia..Ok,itu
sahaja dari abang kali ni..
No comments:
Post a Comment