Friday, 23 February 2018

CARA MEMBUAT TELUR ITIK MASIN



Hi korang, setiap kali korang pergi gerai atau restoran, mesti korang pernah terpandang telur masin. Pernah tak korang terfikir macam mana cara untuk membuat telur masin.

Bukan mudah sebenarnya untuk kita membuat sendiri tapi kita boleh cuba kan. Telur masin juga boleh dijadikan pendapatan sampingan untuk sesetengah masyarakat.


PHOTO BY GOOGLE


Apa itu telor masin. Haaa, telur masin adalah telur yang diawet dengan menggunakan rendaman air garam. Kebiasaanya telur masin diperbuat daripada telur itik. Belum pernah lagi saya melihat telur masin diperbuat dari telur ayam. Mungkin ada kot, kot je la kan, hahaa.

Proses untuk menghasilkan telur masin tidak begitu rumit untuk dilakukan. Ianya begitu mudah dan tidak memerlukan peralatan yang mahal.

Nak tahu tak macam mana caranya, caranya adalah seperti berikut:

  1. Pilih telur yang bermutu tinggi, telur yang mempunyai kuning telur yang kemerah - merahan    adalah lebih sesuai.
  2. Masukkan garam dalam air sehingga garam hancur dan biarkan air garam sejuk terlebih dahulu. Setelah air garam sejuk, tuang air garam tersebut ke dalam bekas yang berisi telur.
  3. Pastikan telur tersebut tenggelam di dalam air garam.
  4. Biarkan telur tersebut selama 10 - 11 hari. Jangan lama sangat, nanti tak leh nak makan, hehehe.
  5. Selepas 10 hari, telur masin dah pon siap. Dah pon boleh makan. Mudahkan.

SOURCE BY GOOGLE


JANGAN TERLIUR OKAY 😋 , SOURCE BY GOOGLE



Tapi ada sedikit nota yer.

  1.  satu telur = 1 sudu garam kasar
  2. Jika ingin memasukkan telur yang baru, tandakan 'X ' atau apa - apa je la supaya tidak tertukar dengan yang lain.

Sesetengah orang, diorang tidak menggunakan air garam tetapi menggunakan tanah liat kering dan sekam padi yang dibakar. Tapi cara ini agak sukar untuk mendapatkan sumber tersebut.



TELUR MASIN YANG MENGGUNAKAN KAEDAH TANAH LIAT DAN SEKAM PADI, SUMBER GOOGLE


Sekian sahaja daripada saya, selamat mencuba semua, 💪



No comments:

Post a Comment

INDAHNYA PENGALAMAN

Hye, bertermu kembali untuk blog kali ini.hahaa. Yaa, mungkin ini blog terakhir untuk sesi tahun 2018. Jika deberi kesempatan, bertemu kemba...