Bukan senang nak rasa tau masak lemak cili api yang sebenar nie tauu.Mari ikuti saya dalam perkongsian resepi turun temurun ini.
Bahan-Bahan A:
Cili Padi Bersama Kunyit Hidup Ditumbuk |
1.Kunyit Hidup (2 ulas)
2.Cili padi hijau secukup rasa
3.Cili padi merah
4.Bawang putih dan merah
Bahan-Bahan B:
1.Asam Gelugor(1@2 keping)
2.Serai(1@2 batang)
3.Santan Kelapa dari kelapa parut seelok eloknya.
4.Potongan Itik Salai
Bahan Bahan C:(Ikut citarasa)
1.Ubi kentang
2.Pucuk Ubi
3.Pucuk Paku
4.Belimbing asam
Okay sekarang bahan bahan pun kita dah tahu,so Kita mulakan dari bahan bahan yang pertama,
Mula-mula tumbuk kesemua Bahan A menggunakan lesung batu,tumbuk sehingga lumat dan podeh ae molekek kek porut bak orng nismilan koba.
Itik salai |
Nie Nasihat orang tuo-tuo kalo nak itik salai tuh bau wangi...Ha pastikan time salai tuh guna sabut kelapa tauu,itik tu pulak lumur ngan kunyit bergaram pastu perap ngan daun kunyit,biarkan dalam 30 minit pastu baru lha boleh salai.
Lopeh dah tumbuk bahan A,kita sambung lak dengan Bahan B iaitu selepas itik dah disalai,Masukkan Bahan A tadi dalam periuk bersama dengan itik salai yang dah dipotong tadi kemudiannya masukkan santan dan diikuti dengan asam gelugor,serai yang dah ditumbuk dan kalau ingin menyelerakan Bahan C tuhh...konform torangkek ,wuhuuu,Bab nie jangan lupa tambah garam,gula tauu kang tawar lak gulai tuhh.habis yo dah mendidih maka selesai ye masakan,mudah tak mudah masak lemak cili api nie?Sekarang anda sendiri yang nilai.
Gulai lomak yang dah siap |
Jangan lupa selitkan Ulam sekali ye... |
Semua Sumber gambar Dari:google image
No comments:
Post a Comment