1)perempuan
2)dadah
3)arak
4)judi
Semua tu cerita buruk buruk je tanpa kita tahu apa yang sebenar dialami oleh kami sebagai pelaut.Jom kita selami apakah yang dialami oleh seorang pelaut.
1)Rindu pada yang tersayang.Serious beb,meleleh juga air mata jantan otai pelaut ni kalau berbulan bulan malah ada yang sampai setahun lebih tak dapat berhubung ngan bini or family.
2)Tekanan kerja atau bahasa yang lebih mudah everyday is monday.Tak ade cuti beb!Boleh bayang tak dalam kehidupan ni,hari hari kerja lebih 8 jam sehari?uisshhhhh,bukan senang wei nak hadap kerja hari hari,itu pun tak kira lagi time ribut laut bergelora semua,nak rest lepas kerja pun tak proper.
3)Susah cari pasangan hidup kerana kebanyakkan perempuan tak boleh terima ditinggalkan suami berbulan.itu pun tak masuk lagi kes yang dah berkahwin,mula mula si isteri cakap faham,tapi akhirnya tak boleh tahan asyik kena tinggal je.
4)Kehidupan atas kapal macam penjara.Ni la pada abang yang paling memeritkan.Hari hari rutin kehidupan kau,kau buat benda yang sama,di tempat yang sama.Borink tahap maksimum.
Sekarang kita masuk pulak apa cabaran dan risiko kami sebagai pelaut?
1)Kebakaran.
2)Letupan.
3)Eksiden semasa melakukan kerja kerja kami yang bahaya sebagai contoh terjatuh dari tempat yang tinggi.
4)Cuaca yang ekstrrem.
5)Lanun.
6)Manoverboard(jatuh laut)
7)Dan lain2
Jadi,hasil perkongsian abang ni,abang harap dapat la mengubah pandangan masyarakat kepada pelaut.Jangan dipandang serong kepada semua pelaut,betul,kami bukan malaikat,bukan juga syaitan,tapi kami juga adalah manusia.Ya,memang ada yang sesetengah dari kami melakukan perkara yang tak senonoh.tapi bukan semua.Tanpa kapal,maka tak bergeraklah ekonomi dunia sebab hampir kesemua barang2 seperti minyak,makanan,besi,batu arang dan banyak lagi semuanya diangkut menggunakan kapal.Kami tak minta dihargai,tapi cukuplah sekadar memahami dan mengenali siapakah itu PELAUT.
Working Non stop |
Borink |
Merindui Keluarga Kami |
Semua gambar di atas diambil dari Google images.