Credit google images |
Terkesan dengan ayat dari seorang sahabat "ehhh kau jangan rapat sangat dengan Sipolan ni, dia dulu perangai teruk begini begini".
|
Persoalan yang timbul dalam kepala aku, SIAPA KITA NAK MENGHUKUM ORANG LAIN. Benar, lumrah manusia, suka menghukum, cepat benar menghukum. Akan tetapi, adakah adil bagi Sipolan tersebut, apakah mungkin beliau sudah menyesali akan perbuatannya dan sudah jauh meninggalkan kezaliman pada diri sendiri mahupun orang yang pernah dizalimi.
Saat kita menghakimi, pada dasar hanya melihat pada masa lampau orang tersebut, namun tidak sesekali terpalit dalam lubuk hati, bertanyakan sendiri padanya, dengan hati terbuka, apakah sebab musabab beliau bertindak sedemikian.
Credit google images |
Mungkin benar beliau melakukan kezaliman dalam keadaan tanpa sedar, tanpa berfikir panjang, tanpa memikirkan kesan mahupun akibat mendatang. Usah merasakan diri jauh lebih baik dari orang lain, sesungguhnya kita hanya insan kerdil, menumpang dan meminjam kenikmatan yang diberikan bersifat sementara.
Cuba kita tempatkan diri kita ditempat beliau. Rasa hina dan dina terus terusan dihakimi atas perbuatan lampau yang pernah dilakukannya. Dikejar masa lalu yang gelap, tiada siapa yang mahu terus dikejar dan dihukum tanpa melakukan perubahan bagi masa depan yang lebih sempurna.
|
Tiada siapa tahu, ada kemungkinan orang yang kita adili, kita hakimi, lebih baik dan lebih elok kedudukannya disisi yang Maha Esa. Wallahualam.
No comments:
Post a Comment