Ramai diantara kita yang suka melancong dikala musim cuti samaada bersama keluarga ataupon bersama kawan - kawan. Sesetengah ada yang suka melancong melihat keindahan pulau dimana kecantikan air laut yang membiru mampu memberi kegembiraan dan tatkala menghilangkan rasa stress bekerja.
Pulau Sipadan, google image |
Pulau Perhentian, google image |
Pulau yang kedua yang patut dikunjungi ialah Pulau Perhentian. Pulau perhentian terletak kira - kira 19 km dari pantai timur laut Malaysiadi di negeri Terengganu. Pulau ini terbahagi kepada 2 buah pulau iaitu perhentian besar dan perhentian kecil. Pulau ini sering menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara. Selain itu juga, untuk pengetahuan anda semua, pulau ini adalah tumpuan untuk penyu bertelur.
google image |
google image |
Pulau yang ketiga adalah Pulau Langkawi atau dikenali dengan nama pulau bebas cukai. Pulau ini terletak di dalam Negeri Kedah dan terkenal dengan mitos dan lagenda seperti Pulau Dayang Bunting, Mahsuri, Puteri Dayang Sari, Telaga Tujuh dan lain - lain. Langkawi yang mempunyai taman geologi berusia jutaan tahun kini dikenali sebagai Langkawi Geopark. Di Langkawi juga terdapat kereta kabel yang terletak di Gunung mat cincang.
Pulau Tioman, google image |
Pulau yang keempat ialah Pulau Tioman. Pulau Tioman yang berada di bawah pentadbiran negeri Pahang ini terletak di antara sempadan Pahang dan Negeri Johor. Pulau ini pernah tersenarai antara 10 pulau tercantik di dunia dan kewujudannya kini sedang dipertahankan sebagai antara syurga aktiviti selaman skuba dan gaya hidup pulau yang menyeronokkan.
Pulau Redang, google image |
Pulau yang terakhir untuk entry kali nie ialah Pulau Redang. Pulau Redang adalah pulau yang terletak di Negeri Terengganu adalah pulau terbesar di kawasan pantai timur. Perairannya yang jernih serta pantai yang berpasir putih menjadikannya antara pulau yang tercantik di pantai timur. Banyak kehidupan laut yang mendiami kawasan perairan tersebut dan terumbu karang yang cantik.
Semoga entry kali nie memberi manfaat kepada kaki travel.
No comments:
Post a Comment