'Colek' atau kudapan malam sering mendapat permintaan tinggi
terutama ketika Ramadan, sekali gus menceriakan suasana malam, sepanjang bulan
penuh keberkatan ini di Kelantan.
Pelbagai colek seperti colek buah, ayam, kerang dan pelbagai
lagi sering menjadi buruan buat penggemarnya terutama selepas solat tarawih.
Menariknya, perniagaan ini menjadi sumber pendapatan kepada
pengusaha gerai makan yang tidak menjalankan perniagaan mereka pada siang hari,
demi meraih rezeki ketika Ramadan.
Seorang peniaga Ahmad Faizul Muhammad Sakri, 35, berkata
colek adalah hidangan istimewa ketika Ramadan di Kelantan dan menjadi makanan
tradisi sejak berkurun lamanya.
"Tidak hairanlah jika bulan kebiasaan terdapat kedai
dan kawasan yang selalunya sunyi, akan menjadi meriah jika ada peniaga menjual
colek di kawasan berkenaan.
"Malah, ia menjadi antara alasan kepada kanak-kanak
untuk keluar pada waktu malam untuk membeli colek kerana kebiasannya,
kanak-kanak tidak dibenarkan keluar pada waktu berkenaan," katanya
ditemudi Padang Siam di sini.
Ahmad Faizul berkata, ketika menikmati colek, ia bukan
sekadar dapat mengalas perut malah mampu menjadi pengerat silaturahim.
"Penggemar colek ini selalunya akan ke kedai bersama
keluarga dan rakan-rakan mereka dan makan bersama-sama.
"Suasana dan kemeriahan itu bukan sahaja memberikan keuntungan
kepada kami (perniagaan) malah ia adalah peluang terbaik mengeratkan
silaturahim," katanya.
Seorang lagi peniaga Siti Norma Mohd, 40, berkata walaupun
colek menjadi pilihan pada waktu malam, ia tidak menjadi penghalang kepadanya
untuk menjual kudapan itu di bazar Ramadan.
"Colek juga boleh dijadikan sebagai pencuci mulut
selepas berbuka puasa," katanya.
colek campur |
Aneka colek |
Colek malah |
Colek Buah dan Popia |
-Gambar diambil dari Google Image.
-Sumber dipetik dari https://www.bharian.com.my/node/163819
No comments:
Post a Comment