Monday, 21 May 2018

BUNGA KANTAN DAN KEBAIKANNYA


Hai, bertemu kembali setelah sekian lama. So, harinie saya nak ceritakan tentang Bunga Kantan. Mungkin masih ramai lagi yang tidak melihat pokok bunga kantan. Bunga kantan kebiasaanya tumbuh di kawasan hutan hujan tropika dan salah satu tumbuhan yang hidup meliar.



photo by google

Kawasan yang sesuai untuk tanaman pokok kantan adalah kawasan yang berair dan lembat seperti kawasan - kawasan pergunungan kerana pokok kantan memerlukan air yang banyak untuk membesar dan membiak dengan sempurna. Kaedah penanaman pokok kantan hanyalah melalui umbisi ataupon dikenali sebagai akar pokok, sama seperti penanaman pokok pisang.



Pokok bunga kantan mempunyai kelebihan tersendiri dan digunakan dalam masakan sebagai penambah rasa. Boleh dikatan kesemua bahagian pokok kantan seperti batang, bunga dan buah ada kelebihan tersendiri.Terkini, terdapat ramai pengusaha - pengusaha pokok bunga kantan kerana ia memberi hasil keuntungan yang berbaloi kepada pengusaha. Ianya juga sesuai sebagai tumbuhan perhiasan di halaman rumah dan cukup senang untuk ditanam.



photo by google


Seperti apa yang saya beritahu, bunga kantan sesuai untuk digunakan di dalam masakan harian. Bunga kantan juga buleh sesuai dijadikan sebagai kerabu dan pasti memberi selera kepada anda semua. Bunga kantan juga buleh dijadikan sebagai ulam - ulaman.


photo by google

Haa, pergi kepada buah kantan. Apabila bunga kantan tidak dipetik, lama kelamaan bunga kantan akan menghasilkan buah kantan. Buah kantan mempunyai rasa masam. Sesiapa yang suka asam buleh merasakn asam buah kantan. Ternyata asam buah kantan tidak dapat dinafikan kesedapannya.


photo by google


photo by google

Sekian sahaja untuk entry kali ini. Semoga bermanfaat kepada anda semua. Bye.


No comments:

Post a Comment

INDAHNYA PENGALAMAN

Hye, bertermu kembali untuk blog kali ini.hahaa. Yaa, mungkin ini blog terakhir untuk sesi tahun 2018. Jika deberi kesempatan, bertemu kemba...