Tuesday 20 March 2018

World Class Football Player

salam. morning guys jadi hari saya ingin share sikit harga bagi pemain bola sepak terkenal didunia. disebabkan saya minat dengan bola so saya nak share sikit.

saya ni manchester united die hard fans hahaha. so jom!!
Lionel Messi (google image)

Lionel Messi ialah pemain yang sangat hebat pada zaman ini. beliau telah menjaringkan gol yang banyak untuk membantu pasukannya mara ke lebih jauh. Harga yang telah ditetapkan oleh kelab ia iaitu FC Barcelona ialah RM658 juta pound. dan saya yakin tiada kelab yang mampu mendapatkan khidmatnya serta Lionel Messi juga mendapat gaji seminggu RM550k pound . bayangkanlah berapa banyak duit si dia haihhh.
Neymar Jr (google image)
                                                                          Neymar pada mulanya bermain bersama Lionel Messi di FC Barcelona akan tetapi selepas kelab perancis menawarkan harga yang lumayan maka Neymar hasrat untuk berpindah ke kelab perancis itu. Kelab yang diwakili oleh Neymar pada masa kini ialah Paris Saint Germain. Neymar Jr yang berharga 238 juta pound. Ura-ura mengatakan bahawa Neymar bakal berhijrah ke kelab lamanya FC Barcelona selepas kelab yang diwakilinya tersingkir dari liga juara-juara.
Ousmane Dembele

Ousmane Dembele merupakan pemain muda yang paling berbakat pada masa kini. Beliau hanya berumur 21 tahun dan sudah mewakili kelab terbesar dunia iaitu FC Barcelona. Beliau dilahirkan di Perancis dan menganut agama islam. beliau memiliki attitude yang baik dan juga disiplin ketika beraksi. FC Barcelona telah menetapkan harga untuknya iaitu 168 juta pound. 


Paul Labile Pogba


                                                                                                                                                                 Paul Pogba ialah pemain yang dilahirkan di Perancis. Pada awalnya beliau telah dijual oleh Manchester United kepada kelab Itali iaitu Juventus dengan harga yang sangat murah iaitu 6 juta pound. Dan ketika beliau bermain bersama kelab Juventus prestasi pemain ini semakin lama semakin meningkat sehingga menjadi pemain yang berkelas dunia. Kini Manchester United memilikinya semula dengan membeli pemain ini daripada Juventus dengan harga 138 juta pound. Namun prestasinya hingga kini menjadi persoalan kerana tidak konsisten.



Paolo Dybala
Pemain berkelahiran Itali ini ialah salah satu pemain yang mempunyai peningkatan yang paling mendadak. Beliau telah banyak membantu kelab yang diwakilinya iaitu Juventus di peringkat dunia. Beliau juga dikhabarkan akan menyertai Manchester United bersama teman rapatnya Paul Pogba. Namun Juventus telah menetapkan harga untuk Manchester United mendapatkan khidmatnya iaitu 123 juta pound. beliau juga pemain yang mempunyai penyudah yang amat baik apabila di depan gawang gol.





No comments:

Post a Comment

INDAHNYA PENGALAMAN

Hye, bertermu kembali untuk blog kali ini.hahaa. Yaa, mungkin ini blog terakhir untuk sesi tahun 2018. Jika deberi kesempatan, bertemu kemba...