Saturday, 17 March 2018

CHEESEKUT ASLI

hai. minggu ini saya nk share cara-cara membuat cheesekut  yang sedap . kebanyakakn daripada kita

ini menyukai cheese kan . so haritu saya ada membuat cheesekut . saja je try kan . sbb cara-cara

membuat nya tidak menggunakan oven atau bahan bakar . so lagi senang lah nk buat nya . cheesekut

ini dh lama dh popular cuma kadang2 orang malas nk membuat nya kerana ianya cheese . susah nk

mnyimpan nya . ia mestilah disimpan di dalam peti sejuk .





BAHAN-BAHAN RESEPI CHEESEKUT 

Cream cheese 250g (guna brand tatura)

1/2 tin susu pekat(tak kisah brand apa)

biskut cream craker(hup seng)

susu kotak 250 ml (full cream)




CARA-CARA MEMBUAT CHEESEKUT

1. mula-mula masukkn cream cheese , susu pekat dan sedikit susu kotak dan gaulkan sebati.
kemudian pukul sampai kembang . disarankan menggunakan mixer.

2. sediakan bekas acuan ( prefer menggunakan bekas berbentuk segi empat keran senang untuk membentuk biskut.

3. celup biskut dengan susu kotak full cream dan susun ke dalam bekas acuan. kalau ada lubang2  kecil, patah kan biskut dan letakkan di tempat yang berlubang.

4. kemudian sapukan creamcheese diatas biskut yang disusun. kamu boleh ulang semula lapisan itu mengikut cita rasa masing-masing. disaran kan sehingga 4 lapis biskut. 

5. lapisan yang terakhir better korang letak cheese tu lebih sedikit.

6. dah siap. letakkan bekas acuan tadi ke dalam peti sejuk di belah bawah , jangan letak di belah atas pulak. nanti keras berdentum pulak . 






so itu sahaja cara2 membuat cheesekut. senang je kan . saya harap kamu semua boleh la try nya. 

series memang sedap. kalau ada jamuan kelas ke apa ke boleh la buat. kalau anda nk jual pun boleh je 

. bagi student2 tu kan ,kalau nk side income tu boleh je jual cheesekut  ni . modal nya pun xde lah 

mahal mana . selamat mencuba. assalamualaikum. 


2 comments:

INDAHNYA PENGALAMAN

Hye, bertermu kembali untuk blog kali ini.hahaa. Yaa, mungkin ini blog terakhir untuk sesi tahun 2018. Jika deberi kesempatan, bertemu kemba...