Monday, 5 February 2018

The Story of Me and My Dad

Salam. Hyee Everyone :)

So for the next entry i will tell you guys the story of my dad and me <3

Hope you guys enjoy and hayatilah sepenuhnyaa. Seriously

Nama Ayah saya ialah Muhammad B Ismail. Pada tahun ini berumur 62 tahun.

Its him :) my lovely dad. New Zealand, Waitomo
He likes to travel everywhere he wants. Ayah saya seorang yang kuat hingga sekarang i mean kuat dari segi mental dan juga fizikal.

Tujuan saya menulis blog tentang ayah saya ini ialah saya hanya mahu menceritakan hubungan saya dan ayah saya pada masa dahulu dan juga sekarang.

Sejak saya sekolah rendah hingga ke sekolah menengah hingga ke tingkatan 5, Saya dan ayah saya tidaklah begitu akrap dalam hubungan. Maksud saya bukan bergaduh ke apa, tapi jarang berbual. Tak serapat saya dan arwah ibu saya Hjh Hanisah bt HJ Jaafar. 

Pada tanggal 5/4 2014 , Ibu saya telah kembali kepada si penciptanya. Sejujurnya pada masa itu saya tidak mempunyai semangat yang tinggi untuk meneruskan pembelajaran. Saya rasa malas. Saya rasa putus asa untuk meneruskan segala cabaran yang akan dihadapi pada masa hadapan. Mengambil masa yang lama juga untuk saya move on demi meneruskan hidup di dunia yang sementara ini.

Saya jumpa ayah saya dan berkata " abah, maafkan adik abah sebab adik rasa taknak sambung pelajaran" . Ayah saya senyap untuk seketika. Selepas beberapa hari, ayah saya panggil saya untuk berbual. Banyak perkara yang ayah saya bincangkan tentang masa hadapan. Yang saya ingat hingga ke sekarang ialah " adik kalau sayang abah, adik belajar lah betul betul. Dapat keputusan yang baik nanti dapat bantu abah masa depan". Dengan ayat yang sayu dikeluarkan dari mulut ayah saya mampu menitiskan air mata saya. Tanpa berfikir apa apa saya terus memeluk tubuh ayah saya dengan kasih sayang. Sebab selama ini saya hanya rapat dengan arwah ibu saya, tetapi sekarang hanya ada ayah saya untuk mengadu segala masalah. 

Bermula di situ semakin lama semakin rapat hubungan saya dan ayah saya. Semakin akrap. Kami selalu keluar jalan jalan sama sama. Minum petang sama sama sambil membincangkan masalah masalah yang ada. Segala nasihat yang ayah saya beri adalah nasihat yang proffesional sebagai seorang ayah. Ayah saya begitu kuat.

Sebab apa? Sebab dia mampu meneruskan hidup tanpa mempunyai isteri. Mampu menangani masalah yang kami semua hadapi seorang diri. Thats why i called him as orang terkuat di dalam hati saya. Saya mengambil pengajaran daripada situ untuk saya meneruskan hidup mencari rezeki dan menuntut ilmu.
Vietnam, Sapa
Saya berjanji sebagai anak kepada ayah saya, bahawa saya akan bertungkus lumus untuk mengecapi kejayaan demi menjaganya bila hari tuanya nanti.

Membalas segala jasanya daripada saya kecil hingga ke besar. Segalanya. Segalanya. In shaa Allah. 

Saya sayang ayah saya <3

Here some of the enjoyable moments of me and my lovely dad weehee



how cute and gentlemen he is :)

Sekian darpada saya
(MUHAMMAD SHUKRI)

LOTS OF LOVE FROM MUHAMMAD'S




No comments:

Post a Comment

INDAHNYA PENGALAMAN

Hye, bertermu kembali untuk blog kali ini.hahaa. Yaa, mungkin ini blog terakhir untuk sesi tahun 2018. Jika deberi kesempatan, bertemu kemba...