Tuesday, 13 February 2018

Tetamu Allah

Pada bulan Disember tahun 2014, alhamdulillah saya dijemput untuk menjadi tetamu Allah . Saya menunaikan umrah bersama Al-Fajr Travel. Ayah saya adalah seorang mutawwif bagi negeri Melaka. Sebelum kami menunaikan umrah ayah saya mengadakan beberapa kursus umrah yang bertempat ni surau kawasan rumah saya . Disebabkan ayah saya seorang mutawwif , jadi beliau bertanggungjawab untuk menjaga jemaah-jemaah umrah. Kursus ini diadakan untuk mempelajari perkara2 asas umrah supaya jemaah umrah dapat menunaikan umrah dengan betul dan sah. Selain itu ibu saya juga turut membantu untuk menjayakan kursus tersebut . Pada hari kursus itu, ayah saya menjemput ustaz2 yang berpengalaman untuk menyampaikan dan mengajar tentang tatacara umrah yang betul .



Anggota ahli Al-Fajr Travel
(baju kemeja biru itu adalah ayah saya)

(Google image)
KAABAH KETIKA MASIH DALAM PEMBINAAN
(MEMPERBESARKAN MASJIDIL HARAM)

Bukan senang untuk menjadi tetamu Allah . Kita haruslah membuat persediaan yang rapi agar kita  mendapat Umrah yang mabrur. InsyaAllah .

Saya berasa sungguh seronok kerana mendapat peluang menunaikan umrah dan melihat Kaabah dengan mata saya sendiri . Allahuakbar, tak dapat saya gambarkan perasaan saya apabila melihat Kaabah. Jika berpeluang untuk pergi, saya sarankan anda semua pergi kerana tak semua orang bertuah untuk mendapat peluang sebegini.

Ia mengambil masa selama 8 jam(kalau x silap) dalam flight . Berzikir dan muhasabah diri adalah benda yg selalu dilakukan untuk pergi ke Kota Suci.Jadi semua orang disarankan untuk berzikir.  Selepas mendarat di airport Jeddah,Makkah. Kami menaiki bas untuk ke Madinah Al Munawarah. Ia mengambil masa selama 4 jam daripada Makkah untuk ke sana .




Saya mendapat peluang menunaikan solat sunat di dalam Masjid Quba iaitu masjid pertama Nabi Muhammad SAW.
(google image)
MASJID QUBA

Selain itu saya juga pergi ke kilang membuat Al-Quran di Madinah . ianya adalah mengalaman yang sangat seronok kerana kilang ini bukan lah seperti kilang2 biasa . Teknologinya begitu canggih.

(google image)
Kilang Mencetak Al-Quran di Madinah
InsyaAllah jika diberi peluang untuk ke sana lagi, saya akan merebut peluang itu. Marilah sama-sama kita mendaftar untuk menunaikan rukun Islam yang ke-5 iaitu Haji. InsyaAllah suatu hari nanti kita akan diberi peluamg untuk menjadi tetamu Allah . Amin. 

No comments:

Post a Comment

INDAHNYA PENGALAMAN

Hye, bertermu kembali untuk blog kali ini.hahaa. Yaa, mungkin ini blog terakhir untuk sesi tahun 2018. Jika deberi kesempatan, bertemu kemba...