Tuesday, 13 February 2018

Teknik Karauan a.k.a Casting

Memancing merupakan hobi yang memerlukan kesabaran yang tinggi dan serba sedikit skil terhadap jenis pancingan yang ingin dilakukan.Kalau diikutkan dari segi pemancingan,banyak cara cara yang banyak diperkenalkan pada masa kini samada dari segi pancingan tebing mahupun pancingan dari atas bot.Jika seseorang yang mempunyai minat yang mendalam terhadap dunia memancing ini,mereka tidak hairan untuk mengeluarkan modal yang banyak hanya semata mata untuk merasa tarikan ikan yang dipancing.Ada juga segelintir pemancing sanggup mengunjungi negara lain hanya ingin merasakan tarikan spesis yang jarang dijumpai di negara kita.Melalui Memancing kita dapat mengeratkan silaturrahim antara pemancing.

       Jadi pada kali ini saya ingin membincangkan satu kaedah memancing dengan menggunakan gewang,iaitu Teknik karauan a.k.a Casting.



1.Pertama kali dalam menggayakan Teknik ini kita mesti menentukan peralatan yang akan digunakan untuk bertarung,Seelok-eloknya disarankan untuk menggunakan peralatan yang sensitif iaitu dari segi Pemilihan joran mestilah yang ultralight,Hal ini kerana kita akan mendapat sentuhan yang paling cepat untuk disembat.Namun demikian,menggunakan ultralight joran ini seharusnya pemancing mesti pandai untuk menyetap kekili dari segi drag untuk mengurangkan tahap keputusan tali akibat terlalu tegang dengan tarikan yang ditarik.Oleh yang demikian,Joran yang sesuai akan membantu kita mengawal larian ikan dengan lebih berkesan.




Joran Spinning dan Baitcasting



2.Yang kedua pulak ialah dari Pemilihan Kekili.Perkara yang baik dalam memilih kekili ialah melalui sistem drag dan jenis bering .Sistem drag yang tinggi dapat menunjukkan tahap keupayaan menahan asakan sebagai contoh,drag 9KG,Namun demikian,bagi pemancing yang mahir dalam sukan memancing ini mereka tidak kisah akan tahap drag yang rendah,kerana mereka mahir dalam menentukan kelonggaran dan ketatkan sistem drag mereka.Selain itu,kekili juga mempunyai ratio putaran spool,Ratio putaran spool terbahagi kepada dua iaitu dari segi deep crankbait dengan menggunakan ratio 6:3:1 ,topwater (7:2:1).Untuk gaya Pancingan casting,ia ada dua jenis reel yang boleh digunakan antaranya ialah Baitcasting dan Spinning,Kebanyakkan Caster akan menggunakan reel Baitcaster,ini kerana reel ini mempunyai mutli fungsi dri segi lontaran dan cara permainan.



Reel Spinning DAIWA REVROS 2500R





3.Yang ketiga pula ialah dari Pemilihan tali.Tali yang sebaik baik digunakan ialah tali jenis sulam,Hal ini kerana tali sulam mempunyai diameter yang kecik tetapi setanding dengan poundage yang tinggi tali mono.Pemilihan tali penting untuk menentukan tali yang boleh letak di dalam spool.





Jenis Tali sulam



4.Yang keempat pula ialah dari segi Pemilihan Gewang.Gewang yang sesuai adalah bergantung dengan jenis tempat pancingan yang ingin dilakukan.Sebagai contoh,untuk memancing siakap di kawasan muara ,Gewang yang sesuai ialah jenis Soft Lure ataupun  gewang jenis selaman dalam.Bagi pancingan batu pula ialah,Gewang jenis terapung dan Gewang selaman cetek.Untuk memancing di bahagian parit,paya,sungai ia bergantung kepada kejenihan air,jika air jernih maka kita boleh meggunakan gewang jenis spoon,spinnerbait.Untuk air yang keruh,kita boleh menggunakan gewang jenis popper soft bait dan gewang yang mengeluarkan bunyi untuk menarik perhatian ikan.


Jenis jenis gewang
Sekian sampai disini entri saya kali ini,nantikan sambungan seterusnya.......


Sumber semua gambar:Google Image

1 comment:

INDAHNYA PENGALAMAN

Hye, bertermu kembali untuk blog kali ini.hahaa. Yaa, mungkin ini blog terakhir untuk sesi tahun 2018. Jika deberi kesempatan, bertemu kemba...