Tuesday, 13 February 2018

JM STREET WESTERN FOOD (warung kecilku)

Assalamualaikum geng .. untuk entry kalini nak share pasal gerai/stall yang teman usahakan bersama keluarga teman.. namanya JM STREET WESTERN FOOD. JM  stands for Juita Mustafa iaitu ibu teman yg berumur 64 tahun sekarang. ini merupakan stall official kami yg berjaya tahan selama 2 tahun huhuhuhu


Sejarah keluarga telah mula berniaga seawal 2006 iaitu ketika teman berusia  darjah 3.. pada awalnya teman dan abg teman hanya berniaga menggunakan rak basikal untuk meletakkan barang niaga kami iaitu nasi lemak dan kuih muih dan teman le yang menyorong basikal tu keliling kawasan kediaman teman sebelum pergi ke sekolah. pada tahun 2009 mak teman membina sebuah warung burger custom made menggunakan papan2 dan plywood yang murah2 . warung burger itu bertahan selama 6 bulan kerana papan murah mudah mereput ..dan adalah faktor2 lain..huhuhu.. kemudian mak teman ingin terus mencari nafkah dgn berniaga dan mak mula mengeluarkan segala idea dan usaha yang mak ada ...antaranya niaga kerepek..niaga kuih muih depan rumah...niaga di stall di politeknik...membuat catering untuk small event...membuat order western food untuk kawan2 adik di sekolah dan lain2 lagi..sehingga mac 2016.. mak  memohon bantuan dari pihak tertentu untuk mendapatkan stall kecil berwarna biru dan disinilah bermula perniagaan western food kami yang beshe beshe jee





warung kecilku

menu  menu western food beshe beshe je

nasi ayam blackpepper

grilled chicken chop

meatball

mini chiken chop rm3

No comments:

Post a Comment

INDAHNYA PENGALAMAN

Hye, bertermu kembali untuk blog kali ini.hahaa. Yaa, mungkin ini blog terakhir untuk sesi tahun 2018. Jika deberi kesempatan, bertemu kemba...