Monday 12 February 2018

Bangunan KWSP Terbakar.

Rumah terbakar panggil bomba,bomba datang berlumba lumba.Itu merupakan lagu yang sering kita nyayikan sewaktu kita kecil dulu tetapi pada harini ini di tanggal 13 FEBRUARI 2018.Satu malaysia dikejutkan dengan berita tergempar iaitu bangunan KWSP di Petaling Jaya terbakar.

Di bawah saya sertakan kronologi berita yang saya dapat dari laman sesawang astroawani.

PETALING JAYA:Satu kebakaran berlaku di Bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja di Jalan Gasing di sini.


12.20PM: Punca dan impak masih belum  dikenal pasti. Buat masa ini, pengguna jalan raya sedang berkongsi foto serta video kejadian di media sosial.

1PM: Laporan awal Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) - Setakat ini, 40 peratus bangunan terjejas dalam kebakaran setinggi enam tingkat. JBPM masih tidak dapat mengenal pasti jika ada kemalangan jiwa atau tidak.

Sejumlah 39 anggota  penyelamat dari beberapa buah JBPM dari Petaling Jaya, Hang Tuah dan Pelabuhan Klang telah digerakkan ke lokasi kejadian pada 11.58 pagi sejurus selepas mendapat panggilan kecemasan lima minit sebelum itu.

1.30PM: Dalam mengesahkan kebakaran tersebut, kenyataan media dari Jabatan Hal Ehwal Korporat KWSP berkata cawangan dan pejabat Petaling Jaya itu telah ditutup buat sementara waktu.

"Pasukan Pengurusan Krisis Cawangan sedang bekerja dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat yang akan memastikan kebakaran tidak merebak ke tingkat lain atau kawasan sekitar. Memandangkan keselamatan pelanggan dan kakitangan adalah keutamaan kami, pengungsian bangunan telah dilakukan dan pejabat dan perkhidmatan kaunter ditutup.

"Kami ingin memberi jaminan kepada ahli bahawa integriti maklumat dan simpanan ahli tidak terjejas. Kami akan sentiasa memantau situasi dan akan memaklumkan sebarang perkembangan setelah operasi cawangan dibuka semula," kata kenyataan itu.



1:50PM: Sidang media  Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Operasi KWSP, Datuk Mohd Naim Daruwish di lokasi memberitahu tiada kemalangan jiwa berlaku dan semua pekerja di bangunan itu, kira-kira 600 orang, terselamat. Pelanggan-pelanggan KWSP yang pada masa insiden berada di kaunter juga berjaya dikeluarkan.

"Data pencarum juga selamat kerana kita ada backup data," katanya. "Kita akan ambil tindakan untuk recovery process secepat mungkin. Our business continuity plan will be in place."

Beliau berkata pelanggan KWSP buat masa ini boleh ke cawangan KWSP yang lain untuk berurusniaga.

2PM: Sidang media Timbalan Ketua Pengarah JBPM Selangor, Datuk Soiman Jahid mengesahkan, tiada kebakaran berlaku dalam bangunan, hanya cladding atau lapisan pelindung di luar bangunan yang terbakar.

"Punca kebakaran adalah percikan api akibat kerja penyelenggaraan serta cuaca panas dan angin kuat. Cladding yang digunakan juga adalah bahan mudah terbakar seperti yang digunakan di Grenfell Tower di London. Bahan cladding ialah polyethylene (polyfoam), bahan yang mudah terbakar. Ia tidak sepatutnya digunakan di mana-mana bangunan, terutamanya di bangunan agensi kerajaan," tegasnya.

"Bangunan ni tak terbakar, yang terbakar hanya cladding sahaja!"

Soiman berkata pihak bomba mengambil masa 30 minit untuk memadamkan api.




No comments:

Post a Comment

INDAHNYA PENGALAMAN

Hye, bertermu kembali untuk blog kali ini.hahaa. Yaa, mungkin ini blog terakhir untuk sesi tahun 2018. Jika deberi kesempatan, bertemu kemba...