Pengalaman
paling diingati di atas kapal
Antara pengalaman yang paling saya tak boleh lupa
semasa di atas kapal ialah kapal saya iaitu MV PDZ MAJU blackout di tengah laut
cina selatan selama tiga hari.Kejadian itu adalah paling kritikal kerana kami krew-krew
kapal berada dalam kegelapan selama 3 hari dan tidak tahu kedudukan kami pada
waktu itu.Hal ini membuatkan kami berasa tidak senang iaitu dalam keadaan panas
dan waktu menggunakan elektrik dan air bersih juga dihadkan pada semua krew
kapal.Nasib kami juga tidak baik pada waktu iatu bekalan makanan kami hampir
habis..Kami terpaksa berjimat dalam segala benda dan terpaksa menjadikan mee
segera sebagai makanan utama kami pada setiap hari.
Dalam kejadian ini,krew enjin adalah yang paling sibuk
sekali sebab mereka berhempas pulas menyiapkan atau membaiki
mekanikal-mekanikal kapal yang telah rosak.Jam demi jam sehinggakan mereka
tidak dapat tidur hanya semata-mata ingin menyiapkan kerja mereka..Kami krew
dek juga memberi bantuan kepada krew enjin dalam menyiapkan mekanikal yang
rosak walaupun kami tidak mahir terhadap mekanikal kapal.Dalam hal ini juga
apabila kesemuanya siap,kami menerima dugaan lagi sekali iaitu tali kapal lain
telah sangkut di bilah kapal kami.Saya dan seorang Ab telah turun ke air menggunakan
Jacob ladder dan memotong tali berikut untuk melancarkan pergerakan kapal untuk
bergerak.
Add caption |
Perjalanan kami seterusnya bersambung untuk menuju ke
Pelabuhan Kota Kinabalu..Semasa dalam perjalanan kami,Turbocharger kapal kami
telah surging iaitu bergegar secara tiba-tiba
dalam anggaran 10 batu nautika dari pelabuhan kota kinabalu.Kapten kapal
telah memberi tahu pihak ofis terhadap keadaan kami pada masa itu.Pihak ofis
mengambil keputusan untuk menyuruh kapal tunda untuk tunda kapal kami ke
pelabuhan ,hal ini kerana kargo kami telah delay untuk beberapa hari jadi kami
kena selesaikan urusan charterer terlebih dahulu sebelum membaiki turbocharger
kami yang rosak itu.Selesai habis kami meletakkan kargo kami di pelabuhan, kami
disuruh berlabuh di kota kinabalu sementara menunggu bantuan teknikal dari
darat untuk membekalkan barang-barang ganti turbocharger..Kapal itu juga
terpaksa menunggu barang tetapi akhirnya ofis menyuruh kapal itu untuk masuk
docking.jadi kami perlukan clearance untuk masuk docking di China.Dalam
kejadian itu, kapal MV PDZ MAJU itu telah berlabuh di situ sampai sekarang
akibat kompeni kapal telah lingkup.Saya juga bernasib baik bahawa pada waktu
itu juga gaji semua sudah dibayar dan saya telah design off kan juga di
situ..Jadi hal ini memberi saya peluang untuk mencari pengalaman di kapal lain.
sumber gambar:Google image
No comments:
Post a Comment