Monday, 19 November 2018

experience onboard ships

Hye guys!!

long no time no see you all hahahaha. jadi harini saya nak kongsi sedikit pengalaman saya semasa di atas kapal. saya suka kongsi pengalaman saya semasa di atas kapal especially pengalaman manis lah hahaha kalau pengalaman pahit siapa je nak kongsi kan.

hahaha alright jadi saya nak mulakan ni. saya dah kumpul seatime sebanyak 13 bulan. saya telah menaiki 4 kapal sebelum ini iaitu :

eagle kinarut & eagle louisiana


bunga kelana 4 & bunga kelana 3

untuk sesiapa yang aet sponsored mereka sangat lah beruntung kalau naik kapal yang bermula dari huruf K contohnya eagle kinarut , eagle klang , eagle kinabalu sebab sistem kapal tu adalah sistem yang paling senang untuk kita buat kerja hahahhaa 

saya telah diletakkan di bunga kelana 3 & 4 di mana kapal itu adalah kapal kapal yang lama daripada MISC yang telah dipindahkan ke AET. Sistem kapal lama sangat susah ini kerana kebanyakkan sistem telah rosak jadi kami harus menggunakan cara manual untuk mengendalikan sesuatu pekerjaan di mana ia memerlukan tenaga yang lebih untuk menyiapkan sesuatu pekerjaan.

kebanyakkan valve-valve diatas kapal itu semuanya telah rosak jadi kami harus menggunakan tenaga sendiri untuk membuka valve itu agar proses discharging dapat berjalan dengan lancar

antara pengalaman yang paling mencabar untuk saya ialah apabila Chief Officer saya membenarkan saya untuk in charge in navigational watch semasa di Melaka Singapore Strait di mana laluan itu sangatlah mencabar untuk semua pelaut akan tetapi saya berjaya lakukan dengan selamat. Alhamdulillah saya cukup bangga dengan diri saya sendiri. Terima kasih kepada Chief Officer saya iaitu C/O Vinay Pratap Singh.

gambar selepas kejayaan hahaha

saya sebagai pelajar tahun akhir di Akademi Laut Malaysia ini tidak sabar untuk habiskan apa yang saya perlu habiskan dan pass the examination with flying colours dan kembali semula ke kapal kerana saya amat rindu suasana di atas kapal sana. saya cukup berbanggan kerana saya dapat menceburkan diri saya di dalam bidang ini. tidak semua mampu untuk meninggalkan yang tersayang demi kerjayanya dan untuk menyara kehidupan masing masing. Alhamdulillah atas peluang ini. Terima kasih ya tuhan!

sekian sahaja 

assalamualaikum.

DNS 20's



No comments:

Post a Comment

INDAHNYA PENGALAMAN

Hye, bertermu kembali untuk blog kali ini.hahaa. Yaa, mungkin ini blog terakhir untuk sesi tahun 2018. Jika deberi kesempatan, bertemu kemba...