Tuesday 29 May 2018

Supercar


Kereta merupakan salah satu daripada lambang kekayaan dan kemewahan yang biasa dipaparkan oleh manusia. Ia merupakan satu keperluan bagi kebanyakan orang.
Harga kereta bergantung kepada spesifikasi dan jenamanya. Ada jenis yang mampu dimiliki dan ada pula yang hanya mampu dilihat. Kereta yang bernilai jutaan ringgit bukan hanya sekadar kenderaan bagi sesetengah orang, tetapi ia seperti sebuah trofi.

Terdapat beberapa kereta yang hanya dihasilkan beberapa unit sahaja di dunia. Malah ada yang dihasilkan satu unit sahaja, khas untuk individu tertentu. Bagi orang berkemampuan, harga kereta yang mahal tidak menjadi masalah kepada mereka. Ternyata, minat mengatasi segalanya.

Di bawah adalah senarai beberapa buah kereta yang paling mahal di dunia dan hanya mampu dimiliki oleh sesetengah individu:


1. Koenigsegg CCXR Trevita – $4.8 juta (RM18.8 juta)

Konigsegg CCXR Trevita merupakan kereta paling mahal di dunia. Dengan melihat harganya sahaja pasti akan membuat anda ternganga.Kereta ini disaluti oleh berlian, jadi tidak peliklah kenapa ia terlalu mahal berbanding dengan kereta-kereta lain. Koenigsegg mencipta kemasan luaran baru yang dinamakan Koenigsegg Proprietary Diamond Weave. Serat karbon bersalut resin debu berlian. Bayangkan betapa mahalnya cat kereta ini.Kereta keluaran Sweden ini dilengkapi dengan enjin V8 dual-supercharged 4.8 liter, yang menghasilkan sejumlah 1,004 kuasa kuda dan 797 tork yang pastinya membuatkan kereta ini tak ada masalah untuk memotong kereta anda di jalan raya.Kereta ini hanya ada 3 buah sahaja di atas muka bumi ini. Sangat eksklusif!

Mericikk!!!!

2. Lamborghini Veneno – $4.5 juta (RM17.6 juta)
Veneno bermaksud “racun” dalam bahasa Sepanyol, adalah roadster Aventador yang telah diubah suai. Dicipta untuk meraikan hari ulang tahun ke-50 syarikat itu, Veneno benar-benar cantik di setiap sudut dan kelihatan seperti kapal angkasa yang bersedia untuk berlepas.Ia mempunyai enjin 6.5 liter V12 yang menghasilkan sehingga 8,400 rpm untuk menyampaikan 740 kuasa kuda dan 507 tork. Ia boleh melakukan 100 km/j dalam masa 2.9 saat sahaja.Kereta ini hanya ada 5 buah sahaja di atas muka bumi ini. 2 daripadanya disimpan oleh pihak Lamborghini sendiri (1 digunakan untuk ujian dan 1 lagi untuk pameran). 3 buah lagi menjadi milik individu yang sanggup untuk membayar harga kereta yang membuat anda ternganga ini.

Perrghhhhh

3. W Motors Lykan Hypersport – $3.4 juta (RM13.3 juta)
Kereta yang seksi ini telah menarik perhatian penonton filem Furious 7, di mana ia terhempas daripada bangunan pencakar langit di Dubai. Sebelum ini ramai yang tidak mengenali Lykan Hypersport ini sehinggalah ia muncul dalam filem Furious 7. Lykan Hypersport merupakan kereta keluaran syarikat W Motors yang terletak di Dubai, namun syarikat tersebut berasal dari Beirut, Lubnan.Kereta ini mempunyai lampu hadapan yang mempunyai lapisan berlian, pintu gunting dan ruangan dalam yang sangat eksklusif. Ia dilengkapi dengan enjin 3.7 liter twin-turbo “flat-six” yang menghasilkan 720 kuasa kuda dan 708 tork.Lykan Hypersport ini mampu mencapai 100km/j dalam masa hanya 2.8 saat, dan kelajuan maksima mencecah 384 km/j.




4. Bugatti Veyron oleh Mansory Vivere – $3.4 juta (RM13.3 juta)
Kenderaan edisi terhad ini adalah salah satu daripada kereta terpantas di dunia, dengan kelajuan maksimum 410 km/j dan mampu mencapai kelajuan 100 km/j dalam hanya 2.5 saat. Kereta ini mempunyai enjin W16 8 liter yang menghasilkan 1200 kuasa kuda dan 1106 tork.  Bahagian luar badan kereta ini diperbuat daripada gentian karbon dan dan dilengkapi dengan lampu LED yang terbaru.





5. Ferrari Pinifarina Sergio – $3 juta (RM11.8 juta)

Kereta ini merupakan antara kereta yang paling didambakan di dunia kerana hanya dihasilkan sebanyak 6 buah sahaja. Ferrari Sergio ini dihasilkan oleh syarikat pereka kereta terkemuka Itali, Pininfarina, ia adalah Ferrari model 458 Spider yang diubah suai dengan wajah yang baru.Dengan enjin yang sama iaitu V8 4.5 liter yang menghasilkan 562 kuasa kuda dan lebih pantas serta mudah untuk dikendalikan berbanding 458 Spider kerana ia lebih ringan. Hanya mereka yang terpilih oleh Ferrari sahaja boleh memilikinya.




No comments:

Post a Comment

INDAHNYA PENGALAMAN

Hye, bertermu kembali untuk blog kali ini.hahaa. Yaa, mungkin ini blog terakhir untuk sesi tahun 2018. Jika deberi kesempatan, bertemu kemba...