Thursday, 3 May 2018

Retromania Grand Gathering version 6 2018

Pada kali ini saya ingin menceritakan pengalaman saya di retromania morib pada 28 april 2018 yang lepas.Retromania merupakan acara tahunan dengan menghimpunkan motorsikal-motorsikal klasik yang ada di malaysia.Pada tahun ini juga retromania membuat Malaysia Book Of Record dengan menghimpunkan 11000 motorsikal klasik yang berdaftar.Namun demikian jumlah sebenar pada hari kejadian melebihi dari 11000 buah motorsikal.Di sana juga terdapat pelbagai booth2 jualan barang motorsikal lama yang amat susah dilihat pada masa kini.Begitu lah serba sedikit tentang Retromania,kini saya ingin menceritakan pengalaman konvoi saya dri negeri sembilan ke pantai morib untuk acara Retromania sedemikian.


 Jam 0800h-Semua Pengikut konvoi berkumpul di Bahau untuk sama-sama bergerak ke tapak event.

Jam 1200H-Berhenti seketika di rnr kesas hentian Mambau kerana salah seorang pengikut konvoi telah mengalami kerosakan pump 2t.

Jam 1300H-Perjalanan diteruskan ke tapak event.

Jam 1400H-Kami Tiba di tapak event Retromania,Berikut gambar yang sempat ditangkap di tapak event:

event yang meriah dan dikunjungi ramai orang


Setiap pengunjung yang berdaftar akan disertakan sekali sijil penyertaan


Antara barang yang dijual di booth jualan
 Jam 1700H-Kami mula keluar dari tapak event menuju ke Port Dickson untuk aktiviti santai-santai sesama ahli kami
Tiba di port dickson
Jam 2030H-Kami Mulakan perjalanan balik ke Bahau Negeri sembilan.

Jam 2330H-Kesemua kami Tiba dengan selamat di Bahau Negeri sembilan.

Syukur ke hadrat ilahi kesemua pengikut konvoi tidak mengalami sebarang kecederaan ketika dalam perjalanan pergi dan balik dari event Retromania,Pantai Morib

No comments:

Post a Comment

INDAHNYA PENGALAMAN

Hye, bertermu kembali untuk blog kali ini.hahaa. Yaa, mungkin ini blog terakhir untuk sesi tahun 2018. Jika deberi kesempatan, bertemu kemba...