google image |
google image |
KEWAJIPAN BERPUASA
Firman Allah ( Ayat Al-Baqarah ayat 183 dan 185 )
"Wahai orang-orang beriman!! Kamu diwajibkan berpuasa
sebagimana yang diwajibkan ke atas orang-orang yang dahulu daripada kamu,
supaya kamu bertakwa".
Bagi orang-orang Islam yang beriman, bulan Ramadhan adalah
bulan yang dinanti-nantikan ketibaannya oleh setiap ummat Islam, memandangkan
ia bulan yang mulia dan memberi begitu banyak manfaat dan keistimewaan, faedah,
fadhilat dan masa depan yang cerah bagi mereka yang tahu dan menghayatinya.
google image |
KEUTAMAAN RAMADHAN
Terdapat puluhan hadis Rasulullah saw yang menjelaskan
tentang fadhilat dan keutamaan pusa di bulan Ramadhan, bukan sahaja untuk
manfaat ummat Islam di akhirat kelak, malah ianya memberi faedah yang besar untuk
kesihatan tubuh badan manusia di dunia ini.
ANTARA FADHILAT DAN KELEBIHAN BERPUASA DI BULAN RAMADHAN.
1. Pintu langit dibuka
2. Pintu-pintu syurga di buka
FADHILAT YANG LAIN
1. Mereka yang berpuasa akan mendapat balasan syurga
2. Orang yang berpuasa dimakbulkan permintaanya oleh Allah
SWT
3. Orang yang berpuasa mendapat 2 kegembiraan iaitu semasa
berbuka dan apabila bertemu dengan Allah pada hari kiamat kelak
4. Orang yang berpuasa mendapat peliharaan Allah Swt
5. Orang yang berpuasa dengan sempurna dijanjikan mahligai
yang indah di syurga
6. Setiap kali sujud orang yang berpuasa, dikurniakan 1700
kebajikan, dibinakan mahligai di syurga dan 70,000 malaikat memohon keampunan
baginya dari pagi hingga petang.
AMAL IBADAH DI BULAN RAMADHAN
Dalam khutbah terakhir bulan Sya'ban untuk persediaan
menghadapi bulan Ramadhan, Rasulullah saw telah memberi nasihat kepada ummat
Islam supaya menyempurnakan amal ibadah sepanjang bulan ramadhan, antaranya
ialah:
-Solat sunat Tarawih
-Solat-solat sunat yang lain
-Bantu membantu sesama umat islam seperti bersedekah dan
seumpamanya
-Memberikan hidangan berbuka puasa
-Banyakkan membaca tahlil
-Banyakkan beristighfar dan bertaubat, memohon keampunan
kepada Allah swt
-Banyakkan berdoa memohon syurga dan perlindungan dari azab
neraka
--Banyakkan bersabar, kerana bulan Ramadhan adalah bulan
kesabaran.
-Tinggalkan dan jauhi dari segala perbuatan maksiat dan
kemungkaran, kerana ia boleh menghapuskan ganjaran pahala ibadah kita.
google image |
Oleh itu marilah sama-sama kita berpuasa dengan
seikhlas-ikhlasnya. Jangan kita hanya berpuasa, kerana ikut orang lain berpuasa
atau kerana bapa kita puasa, maka kita juga kena puasa. Hayatilah
kelebihan-kelebihan berpuasa, agar kita sempurna di dunia dan di akhirat.
No comments:
Post a Comment