Monday 12 February 2018

Aktiviti Melepak


Hi anak anak ayah ,

Apa khabar semua nya ? Harini saya nak tulis dalam bahasa melayu pulak sebab bahasa melayu kan bahasa kebangsaan kita marilah amalkan ramai ramai. Bahasalah menyatukan kita semua yakinlah bahasa jiwa bangsa. Ok dah la tu ye anak anak.

So hari ni abah nak kongsikan aktiviti kegemaran abah iaitu chill , lepaking , lek luh , sap kok luh atau paling popular di panggil melepak .  Menurut Kamus Dewan Pelajar Edisi Ke-2

Definisi : /lépak/; melepak 1 dlm keadaan terlalu letih. 2 tidak membuat sebarang kerja (kerana malas dsb): Dia lebih senang ~ di rumah drpd membuat kerja di bendang. 3 tidak mempunyai pekerjaan; menganggur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua) )

Dipetik dari sesawang Dewan Bahasa Dan Pustaka , Hak Cipta Terpelihara.


Namun begitu istilah Lepak sangatlah sinonim dengan remaja zaman sekarang (Kidz Jaman Now). Duduk dikedai makan atau dikedai mamak dengan hanya memesan Teh o ais (RM 1.50) , aktiviti ini dapat memberikan impak yang positif dan juga negatif tergantung kepada individu itu sendiri.

Hak Cipta SjCam 6 Danial bukan nama sebenar
Apa sahaja yang kita lakukan semasa melepak ?   haa soalan yang bagus anak anak semua , antara aktiviti yang terbaik semasa melepak adalah seperti berikut :-
  • Bercerita dan Berbual
  • Bergelak - tawa 
  • Membahan rakan anda
  • Berbincang ( 2 markah)
  • Menyelesaikan masalah
  • Bermain Game bersama kawan kawan
  • Makan




Antara aktiviti yang ditegah semasa melepak antaranya :-
  • Menelefon teman wanita / Pacar / Scandal
  • Tidur
  • Kentut
  • Berkelakuan tidak senonoh

Tidak ramai antara kita yang sedar bahawasanya gejala ini turut menyumbang kepada impak positif dan bukan hanya memberi impak negatif terhadap seseorang individu. Antaranya , individu dapat mengeratkan silaturrahim masing-masing akibat dari kesibukan bekerja dan belajar. Dalam pada itu ,
tekanan dari belajar dan bekerja dapat dikurangkan dengan berkongsi masalah dengan pendengar. aktiviti ini turut menyumbang kepada faktor ekonomi negara dengan pembelian makanan dan minuman di kedai tersebut.
Demikian sahaja perkongsian saya pada hari ini , saya berharap dengan perkongsian ini dapat membuka minda masyarakat mengenai aktiviti melepak ini . Wabillahi taufiq wal hidayah , Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

No comments:

Post a Comment

INDAHNYA PENGALAMAN

Hye, bertermu kembali untuk blog kali ini.hahaa. Yaa, mungkin ini blog terakhir untuk sesi tahun 2018. Jika deberi kesempatan, bertemu kemba...