Tuesday, 30 January 2018

SEDIA BERKORBAN !!!

Assalamualaikum w.b.t , setiap insan mempunyai cita-cita mereka yang tersendiri begitu juga saya . Jujur saya cakap saya tak tahu pun apa yg saya nk jadi bila saya dh besar smpai lah saya masuk AKADEMI LAUT MALAYSIA (ALAM). Bidang pelayaran sangat lah mencabar kerana kita berhadapan dengan bermacam-macam jenis orang dan mereka mempunyai karakter mereka yg tersendiri . Untuk pengetahuan anda, hari ini saya tidak akan bercerita tentang pengalaman saya pun , itu hanya "introduction" untuk blog saya pada kali ini . 

Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES). Inilah tajuk utama saya pada blog kali ini. Tujuan saya masuk palapes hanya lah disebabkan duit . Bagi saya elaun alam tidak mencukupi untuk kegunaan saya. Oleh itu saya jadikan duit latihan palapes sebagai elaun tambahan saya . Akhirnya saya sedar, duit bukanlah segalanya . Sedia berkorban itulah yang paling penting jika kita berkhidmat untuk negara. InsyaALLAH bulan Ogos nanti pentauliahan untuk Leftenan Muda yang akan diadakan di Universiti Sains Malaysia (USM) Penang. Walaupun terdapat banyak kekurangan dari segi pentadbiran, tetapi itu tidak mengurangkan semangat saya. Bagi saya benda ini bukan lah perkara yang sia-sia , ini "backup" saya jika saya tidak ingin belayar nanti . Saya boleh melaporkan diri di KD Sri Klang . Sampai bila saya ingin belayar kan . Kesian keluarga, anak bini saya nanti. Jika saya sudah berkahwin lagi lah akan memberikan cabaran pada saya kerana setiap anak memerlukan kasih sayang seorang bapa. Saya tidak ingin melihat anak saya membesar tanpa kasih sayang bapa. All is well !


 





No comments:

Post a Comment

INDAHNYA PENGALAMAN

Hye, bertermu kembali untuk blog kali ini.hahaa. Yaa, mungkin ini blog terakhir untuk sesi tahun 2018. Jika deberi kesempatan, bertemu kemba...