Tuesday, 30 January 2018

REMOTE CONTROL

Assalamualaikum semua.hari ini saya  ingin berkongsi tentang hobi saya iaitu RC.RC adalah ringkasan untuk "remote control".Remote control dikenali sebagai permainan kanak-kanak bagi masyarakat tetapi ramai tidak faham tentang concept rc ini.Rc ini terbahagi kepada dua jenis.Jenis yang pertama ialah "TOY GRADE" dan yang kedua ialah "HOBBY GRADE".Apa itu hobby dan toy grade? Toy grade merupakan rc yang ber gred rendah dan kebanyakannaya tidak mempunyai alat ganti jika berlaku kerosakan.Harga bagi toy grade juga lebih rendah berbanding hobby grade.Bagi hobby grade pula,harga nya lebih tinggi dan setiap kerosakan yang berlaku akan ada alat ganti.Hari ini saya akan fokus tentang hobby grade untuk kereta.Untuk RC ini,size die dibahagikan kepada skala.Ia bermula pada skala 1/24,1/16,1/12,1/10,1/8,1/5, dan 1/4.Mekanisme pergerakan nya pula terbahagi kepada dua iaitu menggunakan batery ataupun lebih dikenali sebaga EP(electrical power) dan juga menggunakan bahan bakar seperti minyak petrol dan nitro.Bagi yang menggunakan bahan bakar,ia dikenali sebagai GP(gas power).Setiap satu mekanisme tersebut mempunyai baik dan buruk tersendiri,ia bergantung kepada individu tersebut sendiri untuk menentukan mana satu pilihan hati dan kemampuannya.Untuk saya,saya menggunakan sistem "GP" kerana sistem ini mempunyai bunyi dan asap yang dihasilkan daripada sistem pembakaran engin sekaligus menampakkan kenderaan itu lebih realistik.Bagi "EP" pula,sistem ia bermula daripada sebiji bateri yang disambungkan kepada "ESC"(elektronik speed controller) yang bertindak sebagai litar yang mengawal pergerkan arus elektrik yang perlu dihantar kepada motor.Kuasa dan tujahan yang dihasilkan oleh motor akan terus disalurkan kepada kenderaan tersebut melalui sistem gearing dan akan memutarkan kesemua roda.Di bawah ini saya akan tunjukkan contoh bagi setiap size dan mekanisme pergerakan yang digunakan.
BUGGY 1/8 GP
BUGGY 1/8 EP
DIRT TROPHY TRUCK GP 1/4


TOURING EP 1/10

DIRT TROPHY TRUCK GP 1/4
Bagi sistem steering yang membolehkan kenderaan tersebut bergerak ke arah kanan dan kiri,ia menggunakan sesuatu yang dipanggil servo.Servo ini dihubungkan bermula dari receiver remote control yang berfungsi sebagai penerima isyarat yang dihantar oleh remote dan sistem kuasa membolehkan ia bergerak.Daripada servo ini kemudian akan dihubungkan ke kereta melalui steering linkage bagi menggerakkan arah tayar tersebut.
MONSTER TRUCK 1/24

MONSTER TRUCK 1/16
Sekian untuk hari ini saya kongsikan sebahagian tentang "RC".Nantikan di posting saya yang seterusnya dimana saya akan menceritakan dengan lebih mendalam tentang "RC" INI.

No comments:

Post a Comment

INDAHNYA PENGALAMAN

Hye, bertermu kembali untuk blog kali ini.hahaa. Yaa, mungkin ini blog terakhir untuk sesi tahun 2018. Jika deberi kesempatan, bertemu kemba...