Tuesday, 13 March 2018

WIND ORCHESTRA

Assalamualaikum, hari ini saya ingin menceritakan pengalaman saya sebagai ahli wind orchestra di

sekolah . Wind orchestra ini adalah sebuah persatuan di sekolah saya . Apabila saya terlibat dalam

persatuan ini saya diwajibkan untuk menyertai pasukan wind orchectra sekolah . Pada mulanya saya

hanya lah terpegun dengan pakaian pasukan pancaragam kerana pakiannya agak segak dan bergaya .

Setiap orang mestilah memilh instrument masing2 pada hari pemilihan . Terdapat banyak instrument

dalam orchestra contohnya adalah flute, oboe, clarinet , trumpet, trombone dan banyk lagi . Saya

memilih instrument french horn.
Double french horn
(google image)

Saya tidak tahu menahu tentang instrument itu, saya hanya memilih sahaja . Dari hari ke hari saya

berlatih daripada senior2 . Guru muzik juga membuat kelas tentang cara membaca note pada lagu .

Bermain orchestra nampak mudah bagi orang biasa , tetapi bagi pemain itu sendiri adalah sukar . Ini

kerana untuk mendapatkan bunyi yang perfect, semua instrument mestilah dimainkan dengan

serentak dan melodi yang sama . Jika satu sahaja instrument lari atau tersalah note, maka bunyi

sesuatu lagu itu akan berubah . Orang menggelarkan nya "ONE BAND ONE SOUND" . Untuk

mendapat kan bunyi yang perfect, instrument mestilah:

1) ditune menggunakan tuner sebelum memulakan latihan
2) membuang semua air didalam instrument (air liur)
3) semua valve mestilah diletakkn minyak pelincir valve


Mozac winds di TKC.


Masa untuk menghabis kan sesuatu lagu adalah lebih kurang 4 bulan , depends kepada berapa kali

seminggu mengadakan latihan dan kepantasan menghabiskan sesuatu part dalam lagu itu sendiri .

mostly dalam jangka masa 4 bulan . Disiplin juga adalah penting jika ingin menyertai wind ochestra.

Ini kerana kita perlu datang 15 minit awal sebelum memulakan latihan . Selain itu kehadiran juga

adalah sangat penting kerana dalam setiap instrument ada beberapa orang yang memainkan note

tinggi dan beberapa orang note rendah . So jika orang yg bermain note tinggi tu tidak hadir pada sesi

latihan , bunyi lagu akan berubah kerana note tinggi tiada. Lagu akan menjadi tidak menarik dan rata

sahaja kerana tiada melodi .

Sesi pemanas badan sebelum pertandingan.


Pada masa yang sama, pemain wind orchestra juga mestilah mempunyai fitness. Ini kerana dalam

orchestra, semua instrument mestilah dimainkan menggunakan mulut (meniup) . Ini banyak

mengunakan pernafasan . Jika seseorang itu kurang tidak cergas, dia akan mengalami kesukaran

untuk bermain dan mengawal nafas mereka . Selain itu juga , orang yang ada asthma tidak

digalakkan untuk menyertai wind orchestra kerana akan membahayakan kesihatan mereka .

Antara pertandingan yang saya sertai adalah Wind Orchestra Competition (WOC) SBP pada setiap

tahun . Adat pertandingan , ada yang kalah dan ada yang menang . Pencapaian terbaik adalah ketika

2011 kerana pasukan sekolah mendapat pingat emas division dua. Seterusnya juga pada 2011 di

pertandingan wind orchestra melaka . Ketika itu juga kami pendapat pingat emas. Setelah berbulan-

bulan latihan akhirnya kepuasan tercapai .


No comments:

Post a Comment

INDAHNYA PENGALAMAN

Hye, bertermu kembali untuk blog kali ini.hahaa. Yaa, mungkin ini blog terakhir untuk sesi tahun 2018. Jika deberi kesempatan, bertemu kemba...