Ada tiga
orang yang berlainan bangsa, iaitu seorang Arab, seorang Afrika dan seorang
India. Mereka ni telah sama-sama ingin mengembara di lautan, sampai masa dan
ketikanya mereka pun belayarlah seperti yang dihajatkan.
Setelah sekian lama belayar, sehingga suatu ketika mereka telah menempuh suatu taufan dan ombak bak cerita "Deep Impact" yang kuat sehingga menyebabkan kapal mereka telah terbelah dua lalu tenggelam ala "Titanic". Mereka telah hanyut dan terdampar di sebuah pulau yang tiada berpenghuni melainkan mereka bertigalah yang menghuninya setelah tersadai.
Hari demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan hinggakan tahun demi tahun sampai jadi belas tahun mereka menginap di pulau itu. Hidup aman dan damai kata orang, saling bekerjasama. Mereka ni jadi tersangatlah akrabnya.
Akhirnya salah seorang dari mereka terjumpa sebuah bekas. Lalu dia pun memanggil dua lagi kengkawannya. Setelah kata sepakat, mereka pun membuka bekas tadi tu. Amat terkezutlah mereka sebaik sahaja terbuka sahaja penutup bekas tu, keluarlah asap. Aetelah terbatuk-batuk beberapa kali dan jerebu pun reda, mereka terperasan ada penambahan bilangan dari segi penduduk. Wujud satu jin depan mereka. Mereka bertiga jadi takut, tapi jin tu selamba je, terkebil-kebil. Belum sempat mereka berbuat apa-apa lagi jin dah berkata:
"Thank you, thank you, kerana you all telah selamatkan saya dari belenggu belanga ni. Oleh kerana you all telah selamatkan jiwa dan raga saya, saya akan tunaikan apa sahaja permintaan you all, tetapi seorang akan dapat satu sahaja permintaan je tau."
Mereka bertiga punye le gumbira apabila mendengar berita terkini hiburan sensasi yang disampaikan oleh jin tu.
"Baiklah," kata orang pertama iatiu si Arab, "Wahai jin, saya telah tersangat lama tinggal di pulau ini dan ana tidak dapat menahan rindu untuk pulang ke kampung halaman, boleh anta tunaikan."
Kata jin tu, "Boleh, no problemo, tapi tak nak ke ucapkan babai ke apa-apa ke, kat kawan kau dua orang tu."
Setelah bersalam-salaman, bersedih-sedihan maka tiba-tiba tusss! Tertunailah permintaan si Arab. Kemudian tibalah giliran si Afrika. Setelah terdiam beberapa ketika si Afrika berkata, "Wahai jin tolonglah saya kembalikan saya ke pangkuan keluarga saya, mungkin mereka menyangkakan bahawa saya telah mati, saya mahu pulang, saya mahu pulang.."
Tusss! (ada asap jugak) tak sampai hati jin tu mendengarkannya lebih lama lagi. Si Afrika tu hilang dari pandangan, nak ucap selamat tinggal kat kawan dia seorang lagi tu pun tak sempat. Tinggallah si mamat India ni seorang. Jin tu pandang dia, dia pandang jin tu.
Jin tu kata kat dia,"Kamu tu tunggu apa lagi, mintalah apa yang kamu hajati supaya aku boleh tunaikan permintaan kamu dan selesaikan janji aku kat kamu bertiga. Aku dah tak sabar nak enjoy ni.."
Si India tu kata, "Ala jin rilek la jin. Aku sebenarnya masih bersedih kerana kehilangan kekawanku yang sangat sejati..."
Lalu dia pun berkata , "Mr. jin sekarang kau tunaikanlah permintaanku yang tak seberapa ni. Aku meminta supaya engkau kembalikan semula mereka ke pangkuan ku. Aku rindukan mereka berdua."
Jin tu pun menunaikan permintaan si mamat india tu. Tusss! Kembalilah si Arab dengan si Afrika di depan si India tu.
Si India tu tersangat gembira. Si Arab dan si Afrika tadi walaupun asap dari perkembalian mereka dah hilang tapi kini masih ada asap lagi di tubuh mereka iaitu asap dari api kemarahan yang terpendam.

No comments:
Post a Comment