Pasti Orang akan terliur apabila melihat air tebu lagi-lagi apabila di bulan Ramadhan.
Jadi pada kali ini saya ingin menceritakan cara mendapatkan Jus tebu yang asli.
Untuk menikmati kenikmatan tebu ini kita mesti pandai memilih tebu yang elok dan rosak,Hal ini kerana faktor menjadi asas kepada kesedapan air tebu yang dimesin kelak.
Anda disarankan untuk memilih tebu yang tidak lebam,ringkas kata di mata penglihatan kita ia tidak kelihatan lebam atau merah kemerahan.
Diingatkan juga untuk melakukan proses mendapatkan jus tebu ini,kita mesti berhati-hati menggunakan segala alatan seperti pisau tebu,mesin tebu dll.Perkara ini penting kerana banyak kejadian telah berlaku melibatkan kelalaian ketika menggunakan peralatan berikut.
Okayy...sekarang kita mulakan dengan penyediaan alatan untuk memproses air tebu;
Pisau pemotong dan pisau buang kulit |
Mesin tebu |
Seterusnya,Cara penghasilannya;Di peringkat ini tebu dilenyekkan menggunakan mesin untuk mendapatkan jusnya.
Proses mendapatkan jus |
Hampas tebu setelah dimesin |
Akhir sekali,diingatkan juga bahawa tebu yang dimesin perlu ditapis dahulu sebelum dimasukkan ke dalam bekas;
Proses menapis |
Ha...Dah siap untuk diminum |
Sekian Sahaja pengkongsian saya pada kali ini......sehingga bertemu lagi
No comments:
Post a Comment