Tuesday 13 February 2018

MAKANAN KEBANGGAAN KAMI


Budu atau sos ikan bilis ialah sejenis pekasam yang dibuat menggunakan ikan bilis. Ia merupakan makanan tradisional yang terkenal di Malaysia dan dipasarkan di Kelantan dan Terengganu.Makanan favourite abang tu.hehhe.
Apa yang istimewa mengenai budu ni??meh abang kongsi sikit.hehhe.. Budu ni didapati berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal. Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab cirit (diarrhoea), penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi.

Budu with asam limau geng

Budu cap Ketereh.

Sempoi + PADU beb!!!

Budu Paket Yang Dieksport ke Luar Negara

Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya, kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah.Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan masalah kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. 2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air (vitamin B kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K). Penelitian yang dilakukan di Universiti North Carolina, Amerika Syarikat,menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan barah payu dara.Siap mat salleh pun mengakui kebaikan budu ni geng..hehhehe..Jadi itu la serba sedikit tentang makan tradisional yang famous dan kami banggakan..sekian.

Source from google : https://ms.wikipedia.org/wiki/Budu
Semua gambar diambil dari Google Image

No comments:

Post a Comment

INDAHNYA PENGALAMAN

Hye, bertermu kembali untuk blog kali ini.hahaa. Yaa, mungkin ini blog terakhir untuk sesi tahun 2018. Jika deberi kesempatan, bertemu kemba...